Semua aplikasi Internet bergantung kepada protokol TCP (Transmission Control Protocol) dan UDP (Unit Data Protocol). Sementara itu TCP dan UDP pula bergantung kepada IP (Internet Protocol). IP menyatukan pelbagai koleksi hos, LAN (Local Area Network) dan WAN (Wide Area Network) kepada rangkaian maya tunggal yang besar. Tanpa IP, Internet yang kita kenali sekarang ini tidak akan wujud.
Internet Protocol (IP) adalah satu cara atau protokol untuk menghantar data dari satu komputer ke satu komputer yang lain melalui Internet. Data yang dihantar adalah dalam bentuk paket. IP hanya menghantar data. IP adalah protokol yang "connectionless", iaitu tiada sambungan yang tetap di antara titik akhir yang berkomunikasi. Setiap paket yang melalui Internet dianggap sebagai satu unit atau data yang bebas tanpa mempunyai kaitan dengan unit data yang lain. Di dalam model komunikasi Open Systems Interconnection (OSI), IP berada pada lapisan ke-3, iaitu lapisan Networking. Versi IP yang popular pada masa sekarang adalah Internet Protocol Version 4 (IPv4). Tetapi IP versi terbaru iaitu IP version 6 (IPv6) mula menggantikan IPv4. Ini kerana terdapat beberapa masalah dalam IPv4 seperti masalah kekurangan ruang bagi pengalamatan. Di dalam sesi yang seterusnya akan dibincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh IPv4. Sebagai penyelesaian kepada masalah ini IPv6 telah mengantikan IPv4 di mana IPv6 meningkatkan keupayaan IPv4 dan banyak tambahan dibuat kepada IPv6 ini. Kelebihan IPv6 akan dibincangkan kemudian.
|
Aplikasi |
telnet, ftp |
Tftp, SNMP, PING | |
|
Transport |
TCP |
UDP |
|
|
Network |
IP, ICMP |
ARP, RARP |
|
|
Physical |
Ethernet, Token Ring, FDDI, X.25, FR, ATM |
||
Rajah di atas menunjukkan kedudukan IP iaitu pada lapisan ke-3 (lapisan network)
2. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH IPv4
2c) Kefleksibelan pengalamatan
Internet Protocol Version 6 (IPv6)
Internet Protocol Version 6 (IPv6) adalah versi terbaru bagi Internet Protocol (IP) dan ianya merupakan sokongan kepada banyak produk termasuk sistem pengendalian komputer yang besar. IPv6 juga dikenali sebagai "IPng" (IP Next Generation). IPv6, adalah set spesifik daripada Internet Engineering Task Force (IETF). IPv6 dibina sebagai set evolusi pembaharuan kepada IPv4 yang ada sekarang. Hos network dan nod pertengahan samada bagi IPv4 ataupun IPv6 boleh mengendalikan packet yang di format samada peringkat Internet Protocol. Pengguna dan pembekal servis boleh mengemaskinikan kepada IPv6 secara bebas tanpa perlu mengkoordinat antara satu sama lain.
4. PENYELESAIAN BAGI IPv4 MELALUI IPv6
Tujuan pembinaan IPv6 adalah bukannya untuk mengambil alih IPv4. Fungsi yang ada dalam IPv4 di kekalkan dalan IPng. Fungsi yang tidak memenuhi keperluan dikeluarkan dan perubahan telah dibuat untuk menjadikannya lebih baik.
Penyelesaian yang wujud dalam IPv4 telah diatasi dalam IPv6. Disamping itu juga terdapat beberapa tambahan ciri-ciri yang dirsakan perlu untuk keperluan IP pada mas kini telah dibuat. Perubahan dari IPv4 kepada IPv6 dibahagikan kepada beberapa kategori:-
4a) Meningkatkan/menambah keupayaan saiz pengalamatan
4b) Penakrifan jenis alamat baru yang dikenali sebagai "anycast"
|
versi |
keutamaan |
Aliran label |
|
|
Payload length |
Header selepas |
Hop limit |
|
|
Sumber alamat |
|||
|
Destinasi alamat |
|||
Format header IPv6
4d) Meningkatkan sokongan untuk penambahan dan pilihan
- Hop-by-hop option header
- Routing header
- Fragment header
- Authentikasi header
- Encapsulating security payload header
- Destinasi option header
4f) Keupayaan authentikasi dan privasi
Interenet sekarang ini mengalami pelbagai masalah keselamatan. Oleh itu IPv6 menyediakan 2 pilihan untuk servis keselamatan. Mekanisme tersebut dikenali sebagai
- "IPv6 Authentication Header" iaitu header tambahan yang menyediakan authentikasi dan integriti (tanpa kerahsiaan) kepada IPv6 datagram.
- "IPv6 Encapsulating Security Header" yang menyediakan integriti data dan kerahsiaan kepada IPv6 datagram. Ia adalah lebih mudah dari protokol keselamatan yang seiras dengannya (eg. SP3D, ISO NLSP) tetapi masih lagi fleksibel dan bebas algoritma.
Internet Protocol (IP) telah menjadi tulang belakang kepada Internet dan juga kesemua multivendor internetworks persendirian. Protokol ini telah mencapai ke tahap akhir penggunaannya dan protokol baru yang dikenali sebagai IPv6 (IP versi 6) telah diperkenalkan untuk mengantikan IP. IP adalah protokol yang telah ketinggalan dan banyak keperluan masa kini tidak dapat dipenuhi. Oleh itu adalah wajar ntuk IPv6 dibangunkan untuk menutup kekurangan dan melengkapkan keperluan masa kini. Aspek keselamatan, kefleksibelan routing dan sokongan trafik telah dibina dalam IPv6. IPv6 dibina untuk dilarikan dengan baik dalam perlaksanaan rangkaian yang tinggi (eg. ATM) dan dalam masa yang sama masih lagi berfungsi dalam rangkaian bandwidth yang rendah (eg. Wireless). Sebagai tambahan IPv6 menyediakan platform untuk fungsi Internet baru yang akan diperlukan di masa yang akan datang.
[1] Teks Business Data Communications (William Stallings,
Richard Van Slyke)
[2] Nota Kuliah (Mr.Phang)
[3] http://playground.sun.com/pub/ipng/html/INET-IPng-paper.html
[4] http://www.comsoc.org/pubs/surveys/stallings/stalling-orig.html
[5] RFC 1825
[6] RFC 1180
[7] RFC 1183
[8] RFC 1184
[9] RFC 1185