HomeIndexNext Last Previous

Apakah dia model OSI?
OSI membawa makna Open System Interconnection yang direka oleh sebuah badan International Standards Organisations . Sebab direka OSI Model ini antaranya adalah bagi memudahkan pemahaman proses networking dan integrasi antara produk networking daripada vendor yang berlainan dapat digunakan tanpa sebarang masalah.

Senarai 7 Lapisan OSI
Saya terbaca dari sebuah buku Cisco yang mengajar cara untuk mengingati kesemua Lapisan OSI tersebut adalah dengan menggunakan ayat berikut:-

Please Do Not Throw Sausage Pizza Away

Physical DataLink Network Transport Session Presentation Application

Penjelasan 7 Lapisan OSI
Physical
 Lapisan fizikal adalah lapisan pertama menjelaskan sambungan fizikal seperti elektrikal,optikal dan infrared. Selalunya apabila kita berbincang lapisan fizikal ini kita akan rujuk tentang sambungan fizikal networking seperti peralatan sambungan kabling seperti RJ45,V.35 dan lain-lain. Secara teknikalnya bekerja mengikut spesifikasi mereka sendiri seperti jenis pin,bentuk connector dan juga signalling yang digunakan. Antara yang duduk di lapisan ini adalah EIA/TIA-232, V.35,EIA/TIA- 449, V.24,RJ45, Ethernet, 802.3,802.5, FDDI, NRZI,NRZ, B8ZS. Contoh peralatan yang berada di lapisan ini adalah hub. Hub tidak mempedulikan tentang addressing, data dan sebagainya tetapi hanya nampak signal elektrikal dan berfungsi menguatkan signal tersebut dan menghantar semula.

Home

Datalink
Dalam protokol datalink perkara paling penting yang perlu diketahui adalah MAC address dan Logical Link Control(LLC). Router (yang bekerja di lapisan network) hanya menjalankan tugasnya menunjukkan network mana packet dihantar berdasarkan informasi IP address. Tetapi untuk mengetahui host mana packet perlu dihantar, lapisan datalink yang memainkan peranan mencari komputer destinasi berdasarkan hardware address. PDU pada lapisan ini dipanggil frame.

Contoh ahli pada lapisan datalink ini adalah 802.3 and 802.2,IEEE 802.3/802.2,HDLC, Frame Relay,PPP, FDDI, ATM, IEEE 802.5/ 802.2.

Contoh peralatan yang bekerja di lapisan ini adalah seperti switches dan bridges. Cara ia Dalam satu switch ada banyak port yang disambungkan kepada beberapa host (komputer contohnya) . Switches/bridges menggunakan maklumat berdasarkan MAC address host yang disambungkan kepadanya itu dan dan membina sebuah table maklumat tentang kesemua host tersebut. Jika ada data sampai, switch akan menggunakan maklumat dari table tersebut seterusnya menghantarkan ke destinasi..

Network
Lapisan ke 3 ini menguruskan penghantaran packet "end to end" berdasarkan "logical addressing" seperti IP. Ia juga lapisan di mana routing berlaku dengan meng"segmen"kan network berdasarkan logikal addressing tersebut . Lapisan ini juga ertanggungjawab memecahkan packet kepada fragmen yang lebih kecil sebelum dihantar ke lapisan seterusnya mengikut kemampuan media berdasarkan nilai MTU -maximum transmission unit.

Contohnya ahli pada lapisan ini adalah IP, IPX, AppleTalk DDP. Contoh peralatan yang bertugas di lapisan ini adalah router. Ada juga switch yang dipanggil Layer 3 Switch yang juga menjalankan kerja-kerja routing.

Home

Transport.
Lapisan ini bertugas memastikan packet dihantar dengan betul . Contohnya TCP yang dikategorikan sebagai protokol "connection oriented" akan memastikan packet sampai ke destinasi dan mungkin dalam susunan yang betul. Jika ada packet yang hilang ia akan dihantar semula. Berbanding dengan UDP (dipanggil connectionless) packet dihantar dengan cara "best effort" basis tanpa perlu dihantar semula.

Contoh ahli pada lapisan ini adalah TCP,UDP dan SPX. PDU pada lapisan ini dipanggil segmen.

Session
Lapisan ini bertugas untuk mentakrifkan bila untuk memulakan,menamatkan dan juga mengawal perhubungan komunikasi yang dipanggil "session". Ini termasuklah kawalan dan pengurusan perhubungan komunikasi dua hala supaya aplikasi tahu sama ada ia telah sempurna atau belum .

Contoh ahli dalam lapisan ini adalah RPC, SQL, NFS,NetBios names,AppleTalk ASP, DECnet dan SCP.

Presentation
Lapisan ini bertugas untuk menterjemahkan format data contohnya JPEG, GIF dan sebagainya. Encryption, decryption, compression dan decompression juga berlaku di lapisan ini. Secara amnya semua kerja-kerja terjemahan dilakukan pada lapisan ini.

Contoh ahli pada lapisan ini adalah JPEG, ASCII, EBCDIC,TIFF, GIF, PICT,encryption, MPEG dan MIDI

Home

Application
Seperti namanya lapisan ini melibatkan aplikasi seperti telnet dan http. Ia adalah lapisan tertinggi dan bergantung kepada lapisan-lapisan dibawahnya supaya data dapat sampai dari sumber ke destinasinya. Ia adalah medium hubungan antara user dan komputer.

Contoh ahli adalah seperti Telnet, HTTP, FTP,pelayar Web,NFS,SMTP gateways(Eudora, CC:mail),SNMP, X.400 mail dan FTAM

Home

Hosted by www.Geocities.ws

1