HomeIndexNext Last Previous

 

Rangkaian Komunikasi Data

Kemudahan komunikasi data yang diperlukan bergantung kepada jenis aplikasi, bilangan komputer yang terlibat dan jarak pemisahan di antara komputer.

Contoh:

pertukaran data di antara komputer di dalam ruang pejabat yang sama berlaku menggunakan talian titik-ke-titik.

Jika dua komputer terletak di bandar yang berbeza, penghantaran data akan melibatkan rangkaian pensuisan telefon awam (PSTN) dan modem.

Index

Rangkaian tempatan (LAN) biasanya dipasang untuk menghubungkan komputer di dalam sebuah pejabat atau bangunan yang sama.

Jika komputer-komputer yang hendak dihubungkan berada di tapak yang berbeza (contoh: ibu pejabat di KL, cawangan di Rawang), maka rangkaian kawasan luas (WAN) digunakan.

Jenis WAN bergantung kepada keperluan organisasi berkenaan dan jenis apliaksi yang digunakan.

Piawaian

Diperlukan untuk membolehkan komputer berkomunikasi antara satu sama lain.

Contoh: interaksi antara dua orang yang bertutur bahasa yang berbeza.

Kebaikan/kepentingan piawaian:

mengelakkan monopoli

memberikan pengguna lebih banyak pilihan.

Terdapat berbagai organisasi piawaian: ISO, ITU, ANSI, SIRIM dll.

Model Piawaian Open Systems Interconnection (OSI)

Diperkenalkan oleh International Standard Organisation (ISO)

‘Open system’ – model yg membenarkan mana-mana dua sistem yg berbeza utk berkomunikasi tanpa mengambilkira senibina disebaliknya (their underlying architecture)

Tujuan penggunaan OSI – utk membuka ruang komunikasi antara sistem-sistem yg berbeza tanpa memerlukan perubahan pada logik disebalik perkakasan & perisian (the logic of the underlying hardware and software)

Merupakan model utk memahami dan merekabentuk satu senibina rangkaian yg fleksibel, lasak (robust) dan interoperable.

 

Model OSI – a ‘layered framework’ utk merekabtk sistem rangkaian yg membenarkan komunikasi di antara semua jenis sistem berkomputer

Ia tediri drp 7 lapisan yg berasingan tetapi yg saling berhubungan dimana setiap lapisan melaksanakan fungsi-fungsi tertentu yang telah ditakrifkan.

Setiap lapisan menakrifkan satu segmen dlm proses menghantar maklumat melalui sesuatu rangkaian

Model OSI

 

Peer-to-peer process

Di dlm satu mesin, setiap lapisan akan memanggil ‘services’ lapisan di bawahnya

Di antara mesin pula, lapisan x pada satu mesin akan berkomunikasi dgn lapisan x pada satu mesin yg lain

The process on each machine that communicate at a given layer are called peer-to-peer processes

Interface between layers

Penghantaran data dan maklumat rangkaian melalui setiap lapisan OSI boleh berlaku dgn wujudnya antaramuka di antara setiap pasangan lapisan yg bersebelahan

Setiap antaramuka akan menakrifkan apakah maklumat dan perkhidmatan yg perlu disediakan oleh setiap lapisan kepada lapisan di atasnya.

 

Organisasi Lapisan

Tiga lapisan terbawah (1, 2 dan 3)

merupakan kump. sokongan rangkaian (network support group).

bertanggungjawab ke atas aspek fizikal dlm menggerakkan data dr satu alat ke alat yg lain.

Ia adalah bersandar kepada rangkaian yg digunakan & adalah berkaitan dengan protokol-protokol yg digunakan oleh rangkaian komunikasi data yg menghubungkan dua komputer.

 

Organisasi Lapisan (samb..)

Tiga lapisan teratas (5-7)

merupakan kumpulan sokongan pengguna

membenarkan interoperability antara perisian sistem yg tidak related.

Ia adalah berorientasikan aplikasi & berkaitan dgn protokol(x2) yang membolehkan proses(x2) dua pengguna berinteraksi.

Lapisan tengah (4)

memastikan end-to-end reliable data transmission.

Ia melindungi operasi-operasi lapisan atas daripada perincian operasi-operasi lapisan bawah.

 

Penukaran data menggunakan model OSI

Penghantaran data

Proses bermula di lapisan 7, dan bergerak dr satu lapisan ke lapisan di bawahnya.

Pada lapisan 2, 3, 4, 5 dan 6, header akan ditambah kp unit data yg ingin dihantar, manakala di lapisan 2, trailer akan ditambahkan.

Bila data yg tlh diformatkan ini sampai ke lapisan 1, ia akan ditukarkan ke isyarat elektromagnetik dan akan dihantar keluar melalui pautan fizikal ke destinasi.

Penerimaan data

Bila tiba di destinasi, isyarat akan dihantar ke lapisan 1 di mana ia akan ditukarkan semula kp btk bit.

Unit data ini akan dihantar melalui setiap lapisan mengikut arah ke atas

 

Apabila setiap blok data sampai ke setiap lapisan di atas, ‘headers’ & ‘trailers’ yg ditambah sebelum ini akan disingkirkan dan langkah yg bersepadan akan diambil (mengikut lapisan tertentu).

By the time it reaches layer 7, the message is again in a form appropriate to the application and is made available to the recipient.

 

Lapisan-lapisan OSI

Lapisan Aplikasi

Membenarkan pengguna mencapai rangkaian

Menyediakan antaramuka pengguna untuk membolehkan pengguna mencapai maklumat dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan, spt electronic mail, remote file access and transfer, etc.

Capaian ke atas perkhidmatan yang disediakan adalah melalui suatu set primitif yang telah ditakrifkan.

‘headers’ dan ‘trailers’ tidak ditambahkan pada data

 

Di antara perkhidmatan yang disediakan:

Mengenalpasti komputer destinasi berdasarkan nama atau alamat yang diberi.

Mengesahkan komputer destinasi atau komputer yang ingin berkomunikasi.

Menentukan sintaks data yang dihantar.

Memastikan prosedur pengesanan/pembetulan ralat yang digunakan.

Network virtual terminal : membenarkan pengguna log-on ke ‘remote terminal’

File transfer, access and management (FTAM) : membenarkan pengguna mencapai, mendapatkan dan menguruskan fail di lokasi yg jauh

Perkhidmatan mail : asas kp perkhidmatan e-mail forwarding dan storing

Perkhidmatan direktori: menyediakan punca pangkalan bg data teragih dan capaian kp maklumat global

 

Lapisan Persembahan

Bertanggungjawab ke atas perwakilan (sintaks) dan semantiks data yang ditukar di antara dua komputer yang berkomunikasi.

Menentukan perwakilan yang digunakan berdasarkan beberapa sintaks data abstrak yang telah ditakrifkan.

Penghantar: menukarkan data drp format ‘sender-dependent’ kp format yg umum

Penerima: menukarkan data drp format umum kp format ‘receiver-dependent’

Juga bertanggungjawab untuk melakukan penyulitan (encryption) dan pemampatan (compression).

 

Lapisan Sessi

Ia mengasaskan, memelihara dan menyegerakkan (synchronize) interaksi di antara sistem-sistem yg berkomunikasi.

Ia bertanggungjawab menyediakan dan memutuskan saluran komunikasi di antara dua pihak yang berkomunikasi – membenarkan 2 sistem enter into a dialog.

Membolehkan kedua-dua pihak menyegerak-kan dan menguruskan pertukaran data.

Perkhidmatan tambahan:

pengurusan interaksi,

penyegerakan,

laporan ralat.

 

Lapisan Pengangkut

Bertanggungjwb ke atas penghantaran ‘source-to-destination’ keseluruhan mesej

Melakukan fungsi kawalan ralat dan kawalan aliran (flow control) - memastikan yg keseluruhan mesej dihantar bebas ralat dan dlm turutan yg betul

Mungkin mewujudkan satu ‘sambungan khusus’ di antara lapisan pengangkut penghantar dan penerima supaya mesej dapat dihantar dgn tepat & selamat – establish connection, transfer data, release connection

Bertindak sebagai antaramuka di antara lapisan atas dan lapisan-lapisan bawah.

Menyediakan kemudahan pertukaran utusan yang tidak bersandar kepada jenis rangkaian yang digunakan kepada lapisan sessi.

 

Lapisan-lapisan Bawah

Tiga lapisan terbawah adalah bersandar kepada jenis rangkaian yang digunakan.

Lapisan rangkaian:

Bertanggungjawab dlm penghantaran mesej dari source ke destinasi

menyediakan dan memutuskan sambungan antara dua pihak yang berkomunikasi,

Melakukan fungsi-fungsi: -

penghalaan(routing) – digunakan utk menghalakan mesej dalam internetwork

pengalamatan(addressing) – menambahkan alamat logikal penghantar dan penerima kedlm mesej

 

Lapisan pautan:

Bertanggungjwb utk penghantaran nod-ke-nod

Framing: membahagikan aliran bit yg diterima drp lapisan rangkaian kp pecahan unit data yg dipanggil ‘frames’

Pengalamatan fizikal: menambah alamat fizikal penghantar dan penerima ke dlm frames yg akan dihantar ke lapisan fizikal

Bertanggungjawab ke atas pengesanan ralat dan penghantaran semula frame yg rosak atau hilang.

Bertanggungjwb ke atas kawalan aliran dan kawalan capaian.

 

Lapisan fizikal:

Mengko-ordinasikan fungsi yg diperlukan utk menghantar satu aliran bit melalui suatu medium fizikal

Bertanggungjwb ke atas spesifikasi elektrikal dan mekanikal bagi antaramuka dan medium transmisi

Menakrifkan prosidur dan fungsi yg perlu dilakukan oleh alatan fizikal dan antaramuka utk membolehkan penghantaran isyarat berlaku.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1