| Alhamdulillah. Satu kalimah diucapkan kerana berjaya juga aku menghasilkan laman web yang tak seberapa ni. Selama ni, aku dok fikirkan macam mana nak buat laman web. Tak kanlah aku dok surf jer laman web orang lain kat internet ni. Tambahan pula usia aku pun dah mencecah 30an. Tak sempat atau lebih tepat lagi aku tak pasti subjek internet tu ada masa zaman aku belajar dalam tahun 85 hingga 89 dulu. |
![]() |
| Jadi, bila dah berkerja, teringin & minat pulak nak buat laman web ni. Peluang keemasan tak dilepaskan bila aku dibenarkan menghadiri kursus Internet/Intranet Publishing kat TM Multimedia Training Center di Jalan Raja Laut, KL pada 1-5 November 1999. Walaupun tak cover semua topik terutamanya macam mana nak publish laman web kat internet, tapi aku bersyukur tau jugak nak buat laman web yang sempoi jer. Mungkin aku berpeluang belajar nak buat "animations", "java applets", dll. satu masa nanti. |

| Masa aku belajar buat laman web ni gunakan MS Frontpage 98. Ialah dah tua-tua ni nak belajar HTML (Hyper Text Markup Language) program rasanya jenuh juga. Kita gunakan software kategori WYSIWYG (What You See Is What You Get) ni pun dah kira OK-lah. Tempoh kursus pun tak berapa mengizinkan, maklumlah orang berkerja namanya, bukan lagi golongan pelajar. |
![]() |
| Laman Web Orang Muor ni dihasilkan dengan menggunakan Netscape Composer jer. Ianya juga adalah salah satu software jenis WYSIWYG. Aku gunakan software Netscape Composer ni sebab dianya free. Aku tak gunakan MS Frontpage sebab.........................(adalah sebabnya....sila congak sendiri). Netscape Composer ni taklah secanggih MS Frontpage, tak banyak features nya pun. Nak attach e-mail pun tak ada. Atau aku yang tak tau?? Tapi kalau setakat nak buat web yang sempoi macam aku punya ni boleh lah. |

| Jutaan terima kasih kepada instructor
kat TM MTC iaitu Puan Azita Musa kerana mengajar aku nak buat laman web.
Tak juga dilupakan kepada semua rakan-rakan sekerja ku yang turut menyumbangkan
idea dan pertolongan dalam menjayakan Laman Web Orang Muor ni.
Akhir sekali, jangan lupa berikan cadangan atau komen kat laman web ni. Terima kasih. |
[menu][pengenalan][biodata][koleksi
lagu][Koleksi Kartun] [Koleksi
Ilmiah] [Links] [Pedoman
Agama] [Rekod Updates]
[Texas
Alumni Dinner]
[sign
guestbook] [View
Guestbook]