| Aku dilahirkan lebih kurang 34 tahun dahulu di sebuah kampung dalam daerah negeri Johor. Sila congak sendiri daerah nya. Keluarga aku bukan dari golongan orang berada. Tak adalah nak merasa makan kentang dan daging ayam ker lembu ker masa tu. Cuma masa raya atau kenduri kawin jer dapat merasa makanan yang dianggap "mewah" tu. Tapi Alhamdulillah tak ada peristiwa kebuluran sepanjang mak bapak aku menyara hidup anak beranak pada masa tu. |

| Masa sekolah rendah aku dok sebok main-main tak terfikir pasal masa depan. Sebab tu aku tak score dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Aku sekolah menengah form 1 - 3 kat pekan / bandar dalam daerah aku dilahirkan tulah. Result SRP boleh-lah tahan jugak. Aku mohon form 4 - 5 kat Sekolah Teknik Johor Baharu dan aku diterima masuk. Kira glamour jugaklah. Orang kampung dapat belajar kat luar daerah kelahiran. Alhamdulillah. Result SPM pun kira OK jugak lah. |

| Habis SPM tunggu pulak kalau ada tersangkut panggilan U. Dalam tempuh penantian tu dapat pulak tawaran form 6 kat Sekolah Sultan Ismail, Johor Baharu. Tak pergi pun sebab masalah ongkos & logistik- jauh nak berulang alik. Nak tinggal kat asrama, banyak belanja. Ambil risiko tunggu panggilan U sebab situasi dulu taklah seteruk masa ni. Dulu, pelajar dapat pangkat 1 taklah seramai masa ni. Jadi aku rasa confident dapat masuk U. Kadang-kadang kesian jugak aku tengok budak-budak lepasan SPM masa ni. Punyalah ramai dapat pangkat 1 sampai terlebih quota nak masuk U. Siap ada kolej swasta pulak tu. |

| Entah macam mana sangkut pulak nama aku kena pergi oversea. Bayangkan aku punya english yang berterabur. Tak faham satu benda pun dia punya rules, main hentam keromo jer masa ambik peperiksaan penilaian ker, SRP ker maupun SPM. Tapi aku terima jugak tawaran tu sebab JPA bagi 6 bulan kursus intensif english kat Shah Alam, Selangor. Dalam tempoh 6 bulan tu, bolehlah aku faham sikit-sikit english ni. Result TOEFL pun cukup makan jer - 455. Aku pun terbanglah ke Texas, USA pada December 1984. Kelas mula January 1985. |

| Bila kat negeri orang ni, kehidupan kat sana tak sama dengan Malaysia. Jadi, kenalah sesuaikan diri. Masa belajar dalam tahun 1986 kat sana, bapak (arwah) aku meninggal dunia. Satu cabaran buat aku yang tengah belajar, kat negeri orang pulak tu. Alhamdulillah, aku graduate jugak dapat BSc Degree in EE. Aku pun terbang balik ke Malaysia pada December 1989. |

| Dah balik Malaysia nak buat apa? Tak kan nak mintak duit emak kot? Nak raya pulak tu. Pergilah macam-macam interview nak cari kerja kat JB, Muor & KL. Satu pun tak sangkut. Hampir give-up jugak aku dibuatnya. Last sekali aku mintak jer post Diagnostic Technician kat JB gunakan lesen Degree ku. Nak cari duit raya...terpaksalah. Sangkut pulak yang satu ni. Alhamdulillah. Berkerjalah aku sebagai technician di kilang PCB kat Pandan Johor Baharu. Masa ni pulak aku tengah bercinta dengan gadis Muor. Dulu masa belajar, bukannya bercinta, mak we pun tak da. Tapi, bila dah berkerja ni, terasa pulak nak cari pasangan hidup. Biasalah kan. |

| Entah macam mana, aku dapat tawaran kerja pulak di kilang microelectronics kat Muor pada tahun 1990. Tawarannya pun agak menarik. Aku pun quit daripada Pandan dan pindah ke Muor. Kiranya balik lubok semula-lah. Makwe pun orang Muor juga. Aku tahan kerja kat sini satu tahun jer sebab dapat tawaran kerja lain pada tahun 1991. Walaupun tawarannya tak berapa menarik, tapi aku rasa aku boleh bertahan lebih lama berdasarkan bidang kerjanya. Alhamdulillah, masa aku kerja dengan organisasi baru ni, aku pun melangsungkan perkahwinan dengan mak we Muor ni pada 3 November 1991. Sehingga kini aku masih berkerja kat organisasi ni. |

| Kiranya aku dah berkahwin / bernikah hampir 9 tahun. Aku hanya dikurniakan cahaya mata pada 29/1/1997. Dalam tempoh 6 tahun tu, kami telah berikhtiar bermacam-macam untuk memperoleh cahaya mata. Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan sorang cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga kami. Sekarang, hero tu berusia 3 tahun 7 bulan dan kami amat menyayangi-nya. |

|
|
[menu][pengenalan][biodata][koleksi
lagu][Koleksi Kartun] [Koleksi
Ilmiah] [Links] [Pedoman
Agama] [Rekod Updates]
[Texas
Alumni Dinner]
[sign
guestbook] [View
Guestbook]