HOME | akademik | GALERI GAMBAR | kata-kata hikmah | hobi ku | kisah teladan | PENGALAMAN HIDUP |
PENGALAMAN HIDUP YANG SUKAR DILUPAKAN
PENGALAMAN BEKERJA
Dalam hidup ini, semua orang mempunyai kisah dan pengalaman hidup yang tersendiri. begitu juga dengan saya.
Terus terang saya katakan bahawa saya merupakan seorang yang agak sukar untuk mencapai sesuatu perkara yang dikehendaki. Dalam hidup saya,
perkara yang paling tidak dapat saya lupakan ialah, pada tahun 2011, saya telah mendapat tawaran bekerja di Bank Islam Malaysia Berhad.

Dengan hati yang seronok saya telah menghantar notis di tempat saya bekerja dan pergi ke headquarters bank islam untuk mengambil surat tawaran kerja.
Namun agak menghampakan apabila mendapati saya telah dihantar ke bank islam cawangan kapar, Klang.
Sebulan saya bekerja disana setiap hari saya harus menyiapkan pelbagai transaksi akaun dan semuanya harus disiapkan dalam masa satu hari.
Tidak dapat dinafikan seandainya saya terus berkhidmat di sana, masa depan saya cerah.
Namun saya hanya mampu bertahan dalam masa dua bulan sahaja.
Rezeki ada di mana-mana. Saya akhirnya mendapat tawaran bekerja di Knowledge Link Sdn Bhd, Petaling Jaya dan ditawarkan gaji yang lebih tinggi.
PERKAHWINAN ABANG SAYA
Pengalaman membuat persediaan Abang kawin pada 7 Disember 2013
PENGALAMAN PAHIT
Pengalaman ini merupakan pengalaman pertama saya
sepanjang beberapa tahun saya mempunyai lesen memandu.
Pada 24 Oktober 2014, buat pertama kalinya kereta saya dilanggar oleh lori bermuatan tinggi dari belakang.
Perlanggaran ini berlaku di traffic light simpang empat berhadapan Tesco Rawang.
Saya masih bersyukur kerana hanya klip bumper sahaja patah dan terdapat kesan calar di bahagian tepi bumper kereta.
Selepas kejadian tersebut, saya nekad untuk lebih berhati-hati semasa memandu kereta terutamanya apabila berhadapan dengan lori.
Hak Cipta Terpelihara Noor Munirah Binti Abd Latif @ No Metriks:
229779 ,Universiti Utara Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Telefon : 603 61870485 | H/P : 60137871476