HOME | akademik | GALERI GAMBAR | kata-kata hikmah | hobi ku | KISAH TELADAN | PENGALAMAN HIDUP |

Kisah Teladan

 AIR MATA RASULULLAH

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seoprang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' Jawap Fatimah, 'Maaf, ayahku sedang demam'.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' Tak tahulah ayahku, orang seperti baru sekali ini aku melihatnya. Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut, 'kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya

Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah', tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, 'kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?' tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja kecuali umat Muhammad, 'kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkan kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,'kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahan lagi.

'Ya Allah, dasyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku'. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii, ummatii, ummatii - 'Umatku, umatku, umatku'

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma solli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

Hak Cipta Terpelihara Noor Munirah Binti Abd Latif @ No Metriks: 229779 ,Universiti Utara Malaysia Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 
Telefon : 603 61870485 | H/P : 60137871476