home    about me    email me    guest book    cerpen    mp3    cni    jokes    wallpapers (coming soon)   

MENU:

  • LELAKI ITU
  • HADIRMU
  • SEMALAM

     

  • CERPEN PILIHAN DARI RELEXJAP EGROUP

    SEMALAM

    27 March 2003

    Setelah sekian lama
    Aku seolah menyepikan diri

    Semalam....
    Kedengaran lagi lagu yang biasa telah kudengar
    Yang terbit dari hujung seruling buluh perindu mu
    Mengalunkan rentak, mendendangkan irama
    Dengan gema yang amat dasyat
    Ibarat tiupan sangka kala

    Setiap tiupan yang menyelinap
    Menggeletarkan tubuh
    Menggigilkan jasad
    Meremangkan roma

    Darah mengalir pantas
    Jantung berdegup kencang.....

    Akibatnya....
    Tiada lagi kedengaran suara alam
    Tiada lagi kelihatan keindahan alam
    Ibarat jasad bujur tak bernyawa kaku
    Umpama sangkar kehilangan burung

    Suara seruling itu....
    Telah mengkafankan kujur sangkar ini
    Manakala sang burungnya pula terbang bebas menuju kepada yang hak
    Ke sebuah negeri yang tidak bersempadan
    Membawa tujuh yang abadi
    Meninggalkan tujuh yang fana

    Aku pasti akan merindui seruling buluh perindu...
    Kepunyaan guruku...
    Anugerah dari Yang Maha Esa


    QS
    Petaling Jaya
    24/03/2003

    Back To Top

    HADIRMU

    25 March 2003

    Hadirmu..,
    Dalam hidupku..,
    Banyak merubah warna,
    Ada biru,merah hati,jingga..
    Bagai pelangi,
    Lepas hujan-reda-.
    Tak kuduga..,
    Dapat 'bertemu' dgn dirimu,
    Tak kupercaya ..,
    Kau ingin kenali diriku,
    Ingin kubisikkan..padamu,
    "terimakasih,sungguhku hargai dirimu".
    Bagaimana mungkin..,
    Hati ini berbicara,
    Ataupun mungkin,
    Pernah dulu kukecewa..,
    Ataupun mungkin,
    Sekarang masih kuterasa,
    Berat utk ku terima 'salam kenal',
    dr mu....,
    Pada mulanya..,
    Yang pasti kini,
    Aku bahagia :-)

    Lincolnshire de amore @ [email protected]


    Back To Top

    LELAKI ITU

    Lelaki itu.....
    Hadirnya tanpa diundang
    Datangnya mengejutkan jiwa
    Lelaki itu....
    hanya kenalan pada awalnya
    Menimbulkan bibit2 kasih kemudiannya
    Dengan kesederhaan pada sifatnya
    Dengan wajah yang mendamaikan jiwa

    Gadis itu....
    Hanya gadis biasa
    Cuma senyuman dan lirikan mata bisa mengoncangkan jiwa

    Setelah kasih termenteri
    Janji diikati
    Dengan Dua jiwa satu hati
    Tiba-tiba ia direntap kembali
    Bagai layang-layang terputus tali
    di tinggalkan tanpa rasa simpati
    Dan gadis itu terkapai-kapai sendiri

    Dalam mencari kesilapan diri
    Mengapa gadis itu ditinggalkan pergi
    Dimana janji yang yang telah diberi
    Gadis itu pasrah sendiri
    Mencari kekuatan diri
    Yang seakan-akan hampir mati

    Perkhabaran lelaki itu disatukan
    Dengan gadis idaman
    Pilihan keluarga lelaki itu hanya sangkaan
    Rupanya gadis itu dijadikan sandaran
    Kerana gadis idaman belum membuat pilihan

    Mungkinkah gadis itu dapat memaafkan?
    Mungkinkah gadis itu dapat melupakan?
    Mungkinkah gadis itu mengubat kelukaan?
    Senduan,rayuan dan aduan diserah hanya padaMU TUHAN.


    wassalam..
    perawansolo @ [email protected]
    250303
    6.45pm

     

    home   about me    email me    guest book    cerpen    mp3   cni    jokes    wallpapers (soon)   

    Hosted by www.Geocities.ws

    1