HOME | ENGLISH VERSION | EXIT;
Baca Blog Saya :: Kata Mereka...

KEINDAHAN YANG TERANCAM

mesin pemusnah
Dari atas bukit, mesin dan manusia bekerja keras memusnahkan alam sekitar warisan atas nama pembangunan.

Klik di sini untuk melihat lagi gambar-gambar pencetus bencana ini.

SUMBER GAMBAR BANNER
Banner di atas menggunakan gambar pasport lama aku dan dilengkapkan dengan tengkolok daripada gambar DYMM yang diPertuan Agong serta kot dan tai (?) polkadot dari iklan Hugo Boss.

Pengawal peribadi wanita di sisiku (ahaks!) ialah Tiara Jacquelina sebagai Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah a.k.a. Puteri Gunung Ledang. Latar belakang corak arabesque aku terjumpa di Internet, tak ingat di mana.

WARISAN WANITA ISLAM

Salah satu daripada projek aku yang tak siap-siap sejak bertahun lamanya ialah menterjemahkan sebuah buku tulisan Rafiq Zakaria bertajuk The Trial of Benazir Bhutto. Berikut ialah petikan terjemahan aku dari Bab 1, Bahagian 1: Kes Kehadapan Tribunal

Di dalam ucapannya, Benazir menyakinkan masyarakat Pathan yang didominasi oleh kaum lelaki ini: "Orang fikir yang saya ini lemah kerana saya seorang wanita. Tidakkah mereka tahu bahawa saya adalah seorang wanita Islam dan bahawa wanita Islam mewarisi pusaka yang amat kami banggakan? Saya mempunyai kesabaran seperti Bibi Khadija, isteri Rasulullah s.a.w.; saya mempunyai ketekunan seperti Bibi Zainab, saudara perempuan Imam Hussain r.a. dan saya mempunyai keberanian seperti Bibi Aisya, isteri termuda Rasulullah s.a.w. yang menunggang untanya sendiri untuk berperang di hadapan bala tentera Islam. Saya adalah anak perempuan Syahid Zulfiqar Ali Bhutto dan kakak kepada Syahid Shah Nawaz Khan Bhutto dan saya juga adalah saudara perempuan anda semua. Saya cabar penentang-penentang saya supaya bertarung di medan pilihanraya yang demokratik."

HOME
bawa aku kembali ke laman utama
LOMPAT KE
Sila klik di bawah ini untuk ke tajuk tertentu:
Singkir Badong
Singkir Darat
Singkir Genting
Singkir Kedai Keling
Singkir Laut
Singkir Paya
Tanjung Jaga
Dalam Bayangan
Makan Nasi Bukit
Bukit yang Hilang
Gambar-gambar

KELUAR
aku nak keluar dari sini. aku tak kuasa nak baca lagi.
ENGLISH VERSION
show me the english version. thank you.
HAKCIPTA
© 2004 ::
Suhaimi Othman, semua hak terpelihara.
----------------
Banner di atas direka oleh saya sendiri menggunakan Adobe Photoshop 6






Hosted by www.Geocities.ws

1