Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Khusus untuk anak bangsa yang di perantauan, yang rindukan masakan bonda di tanah air,
kami menyediakan pelbagai resepi dan menu masakan berempah yang mudah disediakan.
Semoga hasrat menikmati masakan tempatan dapat dinikmati dari kejauhan ini.
: Syabas MALAYSIA
.
Kami ingin memberitahu dunia bahawa Malaysia kaya dengan pelbagai jenis masakan,
dan terus berusaha mendukung cita-cita anak bangsa untuk maju seiring
dengan negara-negara lain dan meraih kejayaan demi
kejayaan di bidang pendidikan, ekonomi, sosial dan kerjayanya.
Semoga kalian akan terus maju dalam bidang kerjaya masing-masing dan menjulang nama
Malaysia di persada dunia.
Dalam era globalisasi masa kini Malaysia tidak ketinggalan menggarap kemajuan
ini dengan memberi peluang yang terbuka luas untuk anak-anak bangsa mengakses
maklumat dari dunia tanpa sempadan ini demi kemajuan dalam segenap lapangan.
MALAYSIA, Namamu Kujulang Tinggi.
Halaman ini memaparkan pelbagai menu dan resipi masakan yang mudah diikuti MALAYSIAN SPICES di samping
menikmati masakan luar negeri di tempat anda berada, khusus untuk pelajar
Malaysia di luar negeri- Ingat MALAYSIA MADANI.Semoga ianya dapat
dimanfaatkan demi kemajuan generasi muda kita di peringkat antarabangsa.