MALAYSIA | KELANTAN | TERENGGANU




     
     Kelantan Darul Naim
( Loghat Kelantan : Klate) atau nama pendeknya ialah Kelantan adalah salah sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia . Kelantan bersempadan dengan Provisit , Narathiwat , Thailand. Kelantan juga dikenali sebagai Tanah rendah Sekebun Bunga , Tanjung Pura , Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Negeri Serambi Mekah suatu ketika dahulu.  Penduduk Kelantan menggunakan bahasa melayu Kelantan , bahasa ini merupakan loghat dari bahasa melayu piawai . Bahasa ini berbeza dengan bahasa melayu Terengganu tetapi digunakan sehingga di Pulau Perhentian dan bahagian utara daerah Besut Terengganu. 

 





  


     Masjid Kampung Laut merupakan masjid yang tertua terletak di jajahan Kota Bharu , Kelantan . Ia terletak berhadapan dengan Universiti Malaya , Nilam Puri , iaitu 20 KM dari Bandar Kota Bharu . Usia Masjid ini berusia lebih 300 tahun dan turut dikaitkan dengan kedatangan islam di kepulauan Nusantara pada abad ke 17 . Selain diiktiraf sebagai masjid yang tertua di negara ini , Masjid ini turut disenaraikan antara masjid yang paling bersejarah di Asia Tenggara , seangkatan dengan Masjid Nat Tanjung dan Wadi Hussin di Thailand , Masjid Demak di Jawa , Indonesia dan Masjid Kono ( Champa , Kemboja) .







   
  




     
   
    Pantai Cahaya Bulan
merupakan salah satu pantai yang terkenal di kalangan penduduk di Kelantan serta masyarakat yang berada di luar Kelantan. Kira-kira 10 KM dari Bandar Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British semasa Perang Dunia Kedua meletus. Perjalanan menuju ke pantai ini membawa pelancong melalui kawasan Pekan Melayu Tradisional . Ini adalah kawasan kraftangan yang terpenting di negeri ini untuk pencetakan batik,penenunan songket dan pembuatan layang-layang serta loyang .

     


     Dikir Barat merupakan sebuah persembahan yang disampaikan secara berkumpulan . Setiap kumpulan  biasanya diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara . Dikir Barat adalah muzik tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Kelantan . Ia wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung dan di pinggir bandar .
Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak - awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.
     
    Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang.


    



     Budu
salah satu makanan yang paling popular di negeri kelantan.Sekarang masyarakat makin mengenali budu dan semakin tahu tentang khasiatnya . Budu ialah sejenis pekasam yang dibuat dengan  ikan dan merupakan makanan tradisional bagi masyarakat Kelantan.Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari ramai kerana baunya yang agak kuat. 
     
     Budu diproses daripada ikan yang diperam sehingga hancur dan ia biasanya dihasilkan oleh syarikat perusahaan kecil dan dijualdi kedai dalam pembungkusan botol. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan  lain seprti lada ,bawang dan air perahan limau.