MALAYSIA | KELANTAN | TERENGGANU

 



     Negeri Terengganu Darul Iman merupakan salah satu negeri daripada negeri - negeri di Malaysia . Negeri Terengganu terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian Selatan dan barat daya negeri Pahang .

       


    Pantai Batu Buruk
sudah lama menjadi bualan ramai penduduk di Terengganu dan di Malaysia khusunya.  Kedudukannya tidak jauh dari Bandar Kuala Terengganu menjadikannya ianya mudah dikunjungi oleh para pelancong .Dengan pohon-pohon rhu dan tiupan angin Laut China Selatan menjadikan pantai ini sebagai lokasi pilihan untuk beristirehat dan berkelah.







     Keropok lekor
merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia , khususnya
di Terengganu yang terkenal.  Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garamTerdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali sebelum direbus didalam air panas. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor di beberapa negeri lain selain Terengganu.






       Nasi kerabu
 merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng,daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit. Penggunaan daun atau herba na-dam
Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.dalam bahasa Siam menjadikan warna nasi hitam.

Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.