Teknik
Bersetubuh Melayu
Gambarajah di atas sangat sesuai digunakan pada
malam pertama. Pada malam pertama, lebih-lebih lagi untuk melakukan persetubuhan
dengan pasangan isteri yang masih dara merupakan suatu cabaran yang terpaksa
ditempuh dengan sabar oleh pasangan pengantin.
Persetubuhan yang dimaksudkan untuk memecah dara
perlu dilakukan dengan lemah lembut dan bertimbangrasa. Ini akan menolong
meminimakan rasa kesakitan isteri sewaktu dara terkoyak menerusi tusukan
pertama.
Cara yang disarankan oleh orang Melayu ialah,
suami duduk bersila setelah melakukan istimta' yang secukupnya. Isteri
didudukkan menghadap suami dalam keadaan mencangkung dan farajnya berada
di atas zakar.
Di sepanjang posisi ini dilakukan suami tidak
memainkan peranan yang aktif, tetapi hanya mencumbu dan membelai isteri
bagi meningkatkan kenikmatannya.
Zakar dihalakan ke arah lubang faraj, kemudian
isteri akan memasukkan zakar ke dalam liang farajnya dengan memandukannya
dengan tangannya dan kemudian menekan farajnya ke arah kepala zakar dan
memasukkan zakar sedikit demi sedikit. Isteri akan berada di dalam keadaan
nikmat dan sakit yang meningkat dan menurun semasa proses memecah dara.
Isteri akan membuat pilihan, dia akan menekankan farajnya agar zakar masuk
lebih dalam apabila nikmat yang dirasainya lebih hebat dari kesakitan.
Isteri akan berhenti sejauh mana dia merasa kesakitan lebih hebat dari
kenikmatan. Bila kenikmatan meningkat kembali, dia akan menyambung kerjanya
itu, agar zakar dapat masuk lebih dalam. Dengan cara ini akhirnya dara
terkoyak, dan kemudian persetubuhan akan diteruskan dalam posisi yang lain
atau dihentikan lalu dilakukan pada masa yang lain.
Kenikmatan pada isteri masa memecah dara itu dapat
ditingkatkan dengan cumbuan dan rangsangan dari suami ke arah buah dada,
pinggang, tengkuk, leher, mulut dan telinga isteri. Dalam ertikata lain,
suami perlulah melakukan cumbuan yang berterusan agar isteri itu lupakan
dirinya dan kesakitan. Menghisap lidah isteri adalah amat baik dilakukan
pada ketika itu. |