| Petua
Melambatkan Pancutan Mani
Pancutan mani sebelum masa adalah berkait rapat
dengan faktur-faktur yang disenaraikan di bawah:
-
Kesihatan fizikal suami
-
Suhu udara sekeliling semasa jima' berlangsung.
-
Berapa lama jarak masa berjimak kini dan sebelumnya.
-
Lama masa yang diambil untuk melakukan jima'.
-
Posisi jima'
-
Kelajuan atau tempo serta cara dan gaya dayungan.
-
Kesihatan psikologi lelaki.
-
Jenis makanan, minuman dan cara bernafas.
Masyarakat Cina kuno telah menemukan cara yang baik
bagi menghalang mani dari terpancut terlalu awal. Mereka mendapati bahawa
perkara-perkara yang di atas tadi mendatangkan kesan terhadap buah zakar.
Maka mekanisma yang menjadi rahsia cepat atau lambatnya pancutan mani berada
di situ, iaitu dengan membelai dan memegangnya. Berikut adalah langkah-langkahnya:
-
Mulakan proses ini bila zakar suami kelihatan tegang
dengan pertolongan pasangan. Anda diingatkan supaya tidak melakukan istimta'
terlalu lama, ini akan menjadikan anda terlalu ghairah.
-
Isteri menggenggam buah zakar suami / anda dengan
lembut dan hati-hati. Jangan terlalu kuat, kerana menyakitkan suami.
-
Jangan sekali-kali isteri memegang batang zakar suami
disepanjang masa bersetubuh / jima'.
-
Dengan gerakan perlahan, isteri memasukkan zakar
suami ke dalam farajnya dengan menggunakan buah zakar suami sebagai pemegangnya.
-
Mulakan dayungan dengan menusuk perlahan dan menarik
dengan cepat.
-
Paling baiknya buah zakar suami hendaklah selalu
dipegang oleh isteri sepanjang masa dayungan.
-
Apabila anda berasa geli atau ngilu tanda mahu inzal,
suruh isteri mengeluarkan zakar dengan memegang buah zakar sambil menarik
sedikit buah zakar itu ke bawah. Lakukan dengan agak perlahan dan lembut.
-
Anda menarik nafas panjang dan dalam-dalam dan menunggu
sehingga perasaan anda kembali tenang.
-
Apabila anda sudah kembali tenang, maka isteri memasukkan
semula zakar itu ke dalam farajnya sebagaimana cara di atas.
-
Apabila inzal mahu dicapai serentak dengan isteri,
maka dayungan itu diteruskan sahaja.
Jika cara ini dilakukan dengan betul, maka anda akan
dapat menahan mani hingga 30 minit lamanya, bahkan lebih sehingga 1 hingga
2 jam barulah inzal. Petua ini baik dilakukan sekiranya suami mempunyai
masalah cepat inzal, terutama bagi pasangan yang baru mendirikan rumah
tangga kerana keghairahan amat tinggi waktu itu.
Mungkin kelemahan cara ini ialah anda menghadapi
kesulitan untuk mencumbui dan mendayung dengan bebas lantaran buah zakar
dipegang oleh isteri. Walau bagaimanapun sekiranya cara ini berkesan untuk
mengatasi masalah cepat terpancar mani, silakanlah diamalkan. |