| Jantina
Anak Dari Hubungan Kelamin
Para ilmuan Islam terdahulu berpendapat bahawa
sifat tertumpahnya air mani ke rahim sewaktu bersetubuh iaitu dari segi
sama ada mani suami atau mani isteri terdahulu keluarnya, dari segi kuantitinya,
melambangkan jantina anak yang akan dilahirkan.
Menurut Sheikh Ajhuri, jika mani lelaki itu banyak
daripada maninya perempuan, maka anak yang bakal dilahirkan itu akan menyerupai
bapanya dan jika mani perempuan yang lebih banyak kuantitinya maka anak
itu akan menyerupai ibunya.
Walau bagaimanapun menurut Syekh Ibn Hajar bahawa
keadaan anak itu sama ada menyerupai bapanya atau ibunya bergantung kepada
enam keadaan:
-
Mani lelaki dahulu keluar dan lebih banyak, anak
yang bakal dilahirkan adalah anak lelaki yang menyerupai bapanya.
-
Mani perempuan dahulu keluar dan lebih banyak, anak
yang bakal lahir adalah (lelaki) yang menyerupai ibunya.
-
Mani lelaki dahulu keluar tetapi mani perempuan lebih
banyak, anak yang bakal dilahirkan ialah (perempuan) menyerupai ibunya.
-
Mani perempuan dahulu keluar, tapi mani lelaki lebih
banyak, anak (perempuan) menyerupai bapanya bakal dilahirkan.
-
Mani lelaki dahulu keluar dan sama banyak dengan
mani perempuan, Bakal dilahirkan anak (lelaki) yang tiada serupa dengan
kedua ibu bapanya.
-
Mani perempuan keluar dahulu, dan sama banyak dengan
mani lelaki. Bakal dilahirkan anak (perempuan) yang tiada menyerupai kedua
pasangan tersebut.
Apabila diteliti adanya tanda-tanda ini, amatlah
sukar dipastikan mani suamikah atau isteri yang keluar dahulu dan mani
siapa yang lebih banyak. Menurut seksologi moden, perempuan hanya mengeluarkan
satu ovum pada satu pusingan haid dan sperma lelaki akan berenang menuju
ovum itu untuk bersenyawa. Kemungkinan besar bahawa apa yang dimaksudkan
dengan keluarnya mani itu ialah inzal, kerana inzal boleh terdahulu terkemudian.
Bagaimanapun, hakikat anak menyerupai bapa atau ibu masih belum dapat dipecahkan
rahsianya oleh sains.
Pendapat Barat
Perbezaan dalam bentuk dan saiz, serta nisbah
keseluruhan kandungan sperma mengikut seks, menunjukkan bahawa faktor-faktor
lain juga terlibat, selain dari banyaknya jumlah sperma itu. Kelajuan sperma
mengalir untuk bersenyawa nampaknya lebih menguntungkan sperma yang mengandungi
benih lelaki (jenis Y) kerana mereka adalah lebih kecil. Pada ketika kesuburan
isteri, sperma ini akan dapat berenang dengan pantas dengan tenaga yang
sama berbanding benih wanita (Jenis x).
Menjarangkan perlakuan senggama atau bersetubuh
akan lebih memungkinkan sperma jenis Y (benih untuk anak lelaki) menjadi
lebih banyak. Menjarangkan melakukan persetubuhan akan membanyakkan endosperma
(yang akan menghasilkan anak lelaki) sedangkan kandungan sperma yang sedikit
adalah lebih mirip kepada melahirkan anak perempuan.
Antara pendapat barat untuk mendapatkan anak
perempuan ialah:
-
Hentikan persetubuhan dua atau tiga hari sebelum
kesuburan isteri.
-
Setiap persetubuhan mestilah didahulukan dengan memasukkan
cecair zat asam yang disediakan dengan cara membancuh dua camca besar cuka
putih (cuka makan) ke dalam satu gelas besar air. Ini untuk menjamin kemenangan
benih perempuan (jenis x) dari sperma suami dan akan melumpuhkan pergerakan
benih lelaki (jenis Y).
-
Jika isteri biasanya mencapai inzal pada masa senggama
itu, dia patutlah cuba untuk mengelakkannya. Ini kerana inzal akan meningkatkan
pengeluaran zat pahit rahim faraj dan ini akan melemahkan suasana zat asam
yang telah dibentuk menerusi langkah 2 di atas.
-
Posisi senggama yang patut dilakukan ialah cara berhadapan.
Ini akan mengelakkan mani dari terpancut betul-betul pada dasar rahim dan
dari itu tidak berpeluang melalui suasana zat asam yang telah dibentuk
melalui langkah 2 di atas.
-
Suami hendaklah menarik sedikit zakarnya agar hanya
separuh batang zakar berada dalam faraj ketika suami inzal. Ini untuk menjamin
bahawa sperma suami terdedah dengan zat asam di dalam faraj dan mesti berenang
melintasinya untuk sampai ke dasar rahim.
-
Tidak perlu menangguhkan persetubuhan. Ertinya, suami
isteri haruslah kerap melakukan senggama hinggalah persetubuhan akhir yang
berlaku dua atau tiga hari sebelum keluarnya benih isteri. Ini adalah kerana,
dengan kerap bersetubuh maka kandungan sperma di dalam mani akan berkurangan
dan mungkin akan meningkatkan benih perempuan di dalamnya. Maka melakukan
persetubuhan lebih kerap untuk mendapatkan anak perempuan adalah digalakkan.
Pendapat barat untuk mendapatkan anak lelaki:
-
Persetubuhan hendaklah dilakukan serapat atau sehampir
yang boleh dengan masa keluarnya benih isteri (ovum) pada masa kesuburan.
-
Setiap persetubuhan haruslah didahului dengan memasukkan
cecair dari zat pahit, iaitu dengan mencampurkan soda penaik (baking powder)
sebanyak dua sudu besar ke dalam cawan besar air.
-
Inzal isteri tidak penting tetapi adalah digalakkan
dalam usaha ini, jika seorang wanita biasanya mengalami inzal, suaminya
patutlah melakukan inzal bersaing dengan isterinya atau membuatkan isterinya
inzal terlebih dahulu.
-
Posisi bersetubuh dari belakang adalah posisi yang
paling baik bagi tujuan ini. Ini dapat menjamin agar mani suami terpancut
pada pintu rahim dan tidak pada dua ruang yang berada bersetentang dengannya
(dinamakan cul-de-sac dan fornix hadapan). Ini penting kerana mazi isteri
yang keluar dari rahim itu mempunyai zat pahit (alkali) yang tinggi, dan
suasana zat pahit ini adalah paling sesuai untuk benih anak lelaki (andosperma).
-
Semasa suami memancutkan maninya, hendaklah dia meletakkan
zakarnya jauh ke dalam fajar, sedalam-dalamnya untuk menjamin bahawa mani
itu dihantar dekat dengan rahim.
-
Adalah perlu untuk tidak kerap bersetubuh. Persetubuhan
perlu dielakkan sepenuhnya dari mulanya haid kering hinggalah pada ketika
kesuburan. Ini menolong untuk membanyakkan kandungan benih anak lelaki
di dalam mani suami. Ini bermakna, jika persetubuhan pertama pada bulan
itu berlaku tepat pada masa kesuburan, iaitu bila mazi rahim adalah banyak
dan mempunyai zat pahit, maka benih anak lelaki akan berenang dengan lajunya
menuju benih isteri. Tapi jika persetubuhan itu berlaku tercepat dua atau
tiga hari sebelum kesuburan itu, maka sebilangan besar dari benih anak
lelaki itu akan lumpuh pada masa ketibaan benih isteri.
|