Kenapa
Dan Mengapa Linux ?
Laman ini di Internet http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/mengapalinux.html
Laman cermin di http://harisfazillah.tripod.com/nota/mengapalinux.html
Dapatkan dalam bentuk PDF mengapalinux.pdf
Artikel ini
saya tulis sebagai jawapan saya kepada soalan yang diajukan kepada saya.
Kenapa dan mengapa saya menggunakan Linux? Diharapkan artikel ini boleh dijadikan
sebagai panduan asas untuk anda lebih mendalami Linux sebagai sebuah sistem
operasi pilihan anda.
Artikel ini adalah pandangan
peribadi saya sendiri yang berdasarkan pengalaman saya menggunakan Linux.
Artikel Linux yang lain boleh anda dapati di http://linuxmalaysia.tripod.com/
Sebelum itu, Linux adalah sebuah
sistem operasi seperti mana sistem operasi Windows95, 98, 98SE, ME, NT,
2000 dan XP. Sistem operasi adalah perisian yang menjadi perantaraan antara
perisian lain dan perkakas komputer. Rujuk laman ini untuk keterangan lanjut.
http://www.linux.org/
Lesen Penggunaan
Percuma
Sebab utama
saya mula mencuba Linux dan kemudian terus menggunakannya disebabkan ia
dilesenkan dibawah General Public Licenses atau GPL sebagai
singkatan. Bagi kalangan pengguna Linux Malaysia ia lebih disebut sebagai
Lesen Penggunaan Umum.
Linux dengan perlesenan GPL membolehkan
ia digunakan dan disebarkan tanpa perlu membayar apa-apa lesen penggunaan
dan pengedaran. Dengan pelesenan sebegini saya tidak perlu risau untuk memasang
sebanyak mana Linux yang saya mahu atau menyalinkan ia untuk disebarkan
kepada rakan-rakan saya yang lain.
Rujukan GPL boleh anda dapatkan disini
http://www.opensource.org/
Untuk bahasa Melayu anda boleh lihat disini
http://www.opensource.org/docs/osd-bahasamelayu.php
Distribusi
atau Distro Linux boleh dimuat turun dengan percuma dan anda juga boleh
membeli CD Distro Linux daripada mana-mana pihak yang menyediakan CD-CD
ini. Anda hanya dikenakan bayaran untuk CD dan kos penghantaran.
http://kedai.ittutor.net/
http://www.linuxiso.org/
Kita juga
boleh mendapatkan sokongan perkhidmatan jika kita mahukannya melalui syarikat-syarikat
yang dilantik sebagai pengedar rasmi sesebuah distribusi Linux.
Sistem
Operasi Matang
Linux adalah
sistem operasi yang stabil, laju, penggunaan sumber komputer yang cemerlang
dan mudah untuk diolah mengikut kehendak kita.
Jika anda pengguna Unix, sebuah
lagi sistem operasi yang stabil dan sudah lama wujud dan matang. Linux adalah
"clone" atau kembar kepada Unix. Linux mengikut standard dan piawai POSIX
dan pelbagai lagi standard Unix dalam pembangunannya.
Pasukan pembangunan Linux terdiri
daripada pelbagai golongan pembangunan sistem yang berpengalaman. Mereka
memberikan sumbangan dalam pembangunan secara sukarela dalam menghasilkan
kernel sistem operasi yang terbaik.
Oleh kerana Linux tidak dikuasai
oleh mana-mana syarikat atau bermaksud untuk keuntungan. Para pembangunan
Linux lebih berminat untuk membina Linux supaya ia piawai dengan standard
dalam setiap pembangunannya.
Dengan mematuhi standard dan
piawaian, ia menjadikan Linux boleh diterima pakai dalam banyak perkara
tanpa banyak masalah malah boleh dikatakan setiap penyelesaian Linux tidak
mendatang banyak masalah berbanding dengan sistem operasi lain.
Kematangan sistem operasi juga
maksud ia adalah sistem operasi yang stabil dan boleh dipercayai. Adalah
tidak menghairankan anda boleh melihat pelbagai laporan tentang Linux yang
dijalankan selama setahun tanpa timbul masalah ia perlu "reboot".
Perisian
Yang Setanding
Harga yang
percuma sahaja tidak cukup untuk meyakinkan saya.
Distribusi Linux didatangkan
dengan pelbagai perisian sumber terbuka daripada peringkat "server" sehinggalah
komputer peribadi.
Perisian seperti Apache untuk
"web server", Postfix dan Sendmail untuk "Email server", SAMBA dan NFS untuk
pengkongsian fail di dalam rangkaian, BIND untuk kemudahan DNS, DHCP, VPN
dan pelbagai lagi kemudahan "server".
Untuk komputer peribadi dan "desktop",
Linux mempunyai "Windows" atau GUI ia sendiri yang dipanggil X-Windows.
Dengan X-Windows anda akan dapat melayari internet dengan Mozilla, membaca
email dan membuat muka laman dengan Mozilla
http://www.mozilla.org/
Anda jangan terkejut distribusi
Linux juga didatangkan dengan perisian kemudahan pejabat setanding dengan
Microsoft Office yang dipanggil Open Office
http://www.openoffice.org/
.
Selain Linux, Open Office juga
dibina untuk Microsoft Windows 95,98,ME,2000 dan XP.
Pelbagai kemudahan "desktop"
disediakan, malah keperluan anda boleh diselesaikan dan disesuaikan dengan
pelbagai pilihan perisian.
Di dalam Distribusi Linux Mandrake
9.0 sahaja, anda boleh mendapatkan lebih daripada 2500 perisian untuk "server"
dan "Desktop" anda.
Jika kita letakkan semua perisian
yang disediakan oleh distribusi Linux dan perisian oleh sistem operasi berbayar,
kita akan dapati apa yang disediakan oleh sistem operasi berbayar turut
disediakan oleh distribusi Linux. Yang membezakan antara keduanya adalah
dalam distribusi Linux semuanya adalah berlesenkan lesen penggunaan percuma.
Sokongan
Syarikat Besar Dan Utama
Syarikat-syarikat
besar dan ternama di dalam dunia ICT juga menunjukkan minat dan sokongan
yang padu terhadap Linux.
IBM dengan pengalaman yang luas
di dalam bidang "Mainframe" dan Unix memberikan sokongan yang padu kepada
Linux.
http://www.ibm.com/linux
Malah rangkaian organisasinya
mempunyai cabang khusus untuk Linux di peringkat ibu pejabat dan kawasan Asia
Tenggara.
IBM telah banyak melaburkan dengan
banyak untuk Linux. Dengan sokongan ratusan kakitangan mereka di dalam komuniti
sumber terbuka, IBM menyediakan dan berkongsi pengalaman teknologi dan perniagaan
dala membantu Linux mencapai standard dan piawai yang tinggi agar
ia boleh menyokong perisian skala besar seperti perbankan, transaksi nyata
maya dan pelbagai lagi yang memerlukan penggunaan sumber komputer yang besar
dan banyak.
HP dan SUN juga telah menunjukkan
minat dan penumpuan yang mendalam terhadap Linux. Dengan pengalaman meluas
mereka dengan Unix, ia membantu komuniti pembangunan Linux menghasilkan
sistem operasi yang lebih baik malah sama taraf dengan Unix, yang kita boleh
dapati dengan percuma dan dengan perkakas yang jauh lebih murah.
http://linux.hp.com/
http://opensource.hp.com/
http://wwws.sun.com/software/linux/
Dengan sokongan syarikat-syarikat
besar ini, ia menyakin saya Linux akan terus berkembang dan saya yakin ia
mampu bersaing dan duduk sama tinggi dengan abangnya, Unix.
Open Source Development Lab (OSDL)
diasaskan oleh Hewlett-Packard, IBM dan Intel adalah badan bebas industri
yang pertama dan sebuah makmal pembangunan tidak berasaskan keuntungan. Ia
bertujuan untuk membantu para pembangun perisian sumber terbuka yang mahu
meningkatkan perisian mereka bagi tujuan perniagaan dan industri besar. Untuk
keterangan lanjut sila lawat laman
http://www.osdlab.org/
Linux Adalah
Sumber Terbuka
Kod-kod kernel
Linux boleh anda dapati untuk dilihat dan dikaji oleh mana-mana pihak. Malah
dengan prinsip sumber terbuka, kod-kod kernel Linux boleh diubah mengikut
kehendak sistem anda.
http://www.kernel.org/
Malah dengan cara ini sebarang
masalah yang timbul boleh dikesan daripada awal oleh pelbagai pihak yang
mahir di dalam bidang masing-masing. Dengan ini kernel Linux dapat dibaiki
malah ia lebih cepat lagi berbanding dengan sistem operasi yang lain.
Ini yang menjadi kepentingan
kepada saya. Saya yakin bahawa masalah yang timbul daripada penggunaan Linux,
akan dikesan dan dibaiki. Melalui laman kernel Linux, sebarang bug atau
masalah dapat diketahui dan saya dapat menggunakan penyelesaian sementara
yang telah disediakan.
Ini tidak sahaja kepada kernel
Linux. Malah perisian-perisian lain didalam distribusi ini pun turut mengamalkan
sumber terbuka. Bug dan masalah dapat diatasi dengan cepat.
Dengan perkembangan perkakas
komputer. Sesiapa sahaja boleh menulis "driver" baru untuk perkakas itu
tanpa perlu menunggu pembangun kernel Linux melakukannya. Dengan mengetahui
kod asal kernel Linux, para pembina perkakas komputer dapat menyediakan "driver"
yang sesuai dan stabil dengan kernel Linux.
Menggunakan Linux juga adalah
tanda sokongan saya kepada perisian sumber terbuka. Saya percaya dengan menghasilkan
perisian sebegini (PST atau OSS), kita boleh perkembangkan ilmu komputer
dan Internet kepada ramai pihak tanpa sekatan lesen dan politik. Kita boleh
belajar dengan orang lain sama ada dengan melihat kod-kod perisian atau bersama-sama
menyumbang di dalam projek sumber terbuka.
Penggunaan
Perkakas Yang Minimum
Dengan Linux,
saya boleh menggunakan perkakas-perkakas komputer yang lama untuk menjalankan
beberapa tugasan penting.
Sebagai contohnya, "Server" lama
yang dijalankan oleh Chip Pentium, saya gunakan untuk penyelesaian DNS dan
SAMBA bagi membolehkan beribu-ribu komputer mendapatkan laman intranet dan
email.
Anda mungkin tidak dapat menjalankan
sitem operasi lain dalam "server" lama seperti yang Linux dapat lakukan.
Komputer lama dengan chip 486 dan 386 boleh dijadikan "Firewall" dan router.
http://www.linuxrouter.org/
Ini yang saya lakukan dalam menyakinkan
Linux kepada orang lain. Jika Linux dapat melakukan pelbagai tugas "server"
dalam perkakas yang sudah hendak buang, bayangkan kemampuannya jika ia
dijalankan dengan perkakas terkini. Tentu ia lebih baik daripada sebarang
sistem operasi yang memerlukan perkakas terkini dan mahal supaya ia boleh
djalankan dengan baik.
Linux bukan sahaja dijalankan dengan Intel. Ia boleh dijalankan dengan pelbagai
Chip keluaran syarikat seperti AMD, Motorola dan SUN. Anda boleh mendapatkan
distribusi yang boleh dijalankan dalam perkakas Apple dan SUN.
Linux Adalah
Sistem Operasi Rangkaian
Dengan perkembangan
Internet dan sistem rangkaian, kita mahukan satu sistem operasi yang mampu
menjalankan kerja-kerja rangkaian dengan baik dan stabil.
http://www.tldp.org/LDP/nag2/
Linux dibangunkan atas dasar
ini. Oleh kerana para pembangun kernel Linux dipisahkan dengan jarak dan
zon masa. Para pembangun kernel Linux memastikan, sistem operasi yang mereka
bangunkan mendapat perhatian khas daripada segi penggunaannya di Internet
dan sistem rangkaian.
Pelbagai perisian rangkaian dan
Internet dibangunkan bersama Linux. Mana-mana distribusi Linux boleh menjadi
"Server" yang baik dan mampu memberikan anda keputusan yang anda mahukan.
Keselamatan
Linux adalah
diantara sistem operasi yang "SELAMAT" untuk digunakan. Oleh kerana ia dibina
melalui Internet maka penekanan banyak diberikan dalam memastikan ia tidak
mudah untuk dicerobohi.
Wujudnya perisian seperti tcp-wrapper
dan Ipfilter yang memastikan kita boleh menentukan apa yang keluar masuk
dalam Linux kita melalui sistem rangkaian.
Malah telah wujud pelbagai perisian
pembantu yang membantu kita dalam menggunakan perisian yang disebutkan tadi.
Bastille Firewall sebgai contohnya,
membantu kita memastikan kita mematuhi taraf keselamatan yang dikehendaki
dengan hanya menjawab soalan-soalan yang diberikan.
Shorewall adalah "firewall" yang membantu
kita mewujudkan sistem "firewall" dalam Linux itu sendiri. Boleh saya katakan.
Linux dengan Ipfilter bersama Bastille dan Shorewall boleh menjadi "firewall"
yang sukar dicerobohi.
Malah rangkaian pergerakan sumber
terbuka akan memastikan sebarang masalah keselamatan yang timbul akibat
bug perisian akan dibaiki secepat mungkin.
Rangkaian
Sokongan Linux
Anda boleh
mendapatkan sokongan untuk masalah Linux anda di Internet. Pelbagai kumpulan
dan laman wujud di Internet khusus untuk membantu anda dalam mencari jawapan
dan masalah Linux anda.
Bagi kita di Malaysia pelbagai
laman diskusi komputer dan Internet wujud untuk anda bertanyakan masalah
Linux anda. Antaranya
http://www.bincang.net/
http://www.ittutor.net/
Laman-laman lain boleh anda rujuk
melalui
http://www.geocities.com/linuxmalaysia
dan
Kempen Peningkatan Sokongan Komputer
Dan Internet Malaysia
http://kemsoit.cjb.net/
Malah setiap distribusi Linux
utama seperti RedHat, Mandrake dan Suse menyediakan kemudahan sokongan kepada
mereka yang membeli CD Linux daripada mereka.
Jika anda inginkan sokongan melalui
vendor, anda boleh dapatkan sokongan melalui vendor utama seperti IBM, HP
dan SUN. Vendor-vendor ini menyokong Linux dan mempunyai sokongan bagi syarikat
yang berminat untuk mendapatkan jaminan sokongan daripada vendor-vendor
besar.
Rujukan
Lain
Perkembangan terkini Linux di
http://www.linux.com/
Why Open Source Software / Free Software (OSS/FS)?
Look At The Numbers
http://www.dwheeler.com/oss_fs_why.html
Why Linux? (Dokumen lama sebagai bandingan)
http://www.seul.org/docs/whylinux.html
(lama)
http://pel.cs.byu.edu/~alen/computers/Linux/WhyLinux/
(baru)
SIG Linux - Pertubuhan Pakar ICT Malaysia
http://www.mysig.org.my/
Linux Malaysia
http://linuxmalaysia.cjb.net/
http://linuxmalaysia.isCool.net/
Saya dan Linux
http://www.geocities.com/lovhafnie/blinux.html
Lain-lain nota
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/
Penutup
Sekarang adalah masa yang sesuai
untuk anda mencuba Linux. Minat kerajaan kepada Linux juga semakin meningkat.
Pada bulan Ogos 2002 kerajaan Malaysia telah menyatakan minatnya terhadap
perisian sumber terbuka dan mahu mana-mana penyelesaian yang boleh dibuat
dengan PST dibuat dengannya.
Kini ramai
pihak kian sedar dengan menggunakan Linux kita dapat megurangkan kos perlesenan,
kita tidak terikat dengan sesebuah syarikat atau penyelesaian, kita menyokong
usaha pembangunan perisian sebaik pergerakan sumber terbuka, kita hentikan
pengaruh monopoli kerana dalam sumber terbuka, semuanya adalah hak umum.
Malah anda tidak rugi apa-apa untuk mencuba. Saya sudah mencuba dan terus
menggunakannya, mengapa anda tidak?
Linux adalah sistem operasi masa hadapan.
Artikel lama ini Di Internet
http://www.geocities.com/linuxmalaysia/kenapalinux.html
http://linuxmalaysia.tripod.com/kenapalinux.html
http://www.freewebs.com/linuxmalaysia/linuxmalaysia.html
Laman ini dibina dengan Mozilla Composer yang anda boleh dapati di http://www.mozilla.org/ .
---------
Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman
antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum balas diterima.
Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan menghantar
email kosong kepada [email protected]
atau melalui link ini http://duniadigital.cjb.net/
Haris juga sering berada di Bincang Komputer http://www.bincang.net/
dan http://www.ittutor.net/ dengan
nama Internet hafnie.
Dapatkan nota-nota dan email terus daripada saya
dengan menyertai senarai terhad Harisfazillah Bin Jamel. Anda hanya mendapat
email hanya daripada saya sahaja yang mungkin hanya sekali sehari. (Buat
masa ini hanya dua atau tiga email sebulan, saya masih sibuk dengan tugasan
lain).
[email protected]
atau melalui link ini http://www.yahoogroups.com/subscribe/haris
---------------
------- Disclaimer - Pelepasan
Nota ini hanyalah pengkongsian peribadi tanpa ada
kaitan dengan mana-mana pihak secara rasmi atau tidak rasmi. Tiada juga
sokongan dan tidak boleh buat tuntutan kos dan liabiliti.
Used it at your own risk.
Terima Kasih.
Harisfazillah Bin Jamel
http://harisfazillah.cjb.net/
http://www.geocities.com/lovhafnie/utama.html
09 November 2002
Buat carian dengan katakunci Linux Malaysia , forum Linux Malaysia , diskusi Linux Malaysia . Panduan disini.
---
|