Bengkel Dan Kelas Linux / Unix Untuk
Pengguna Komputer MalaysiaMaklumat terbaru di http://www.geocities.com/lovhafnie/blinux.html
Saya berpengalaman lebih sepuluh tahun
dalam bidang IT dan Unix dan lebih tiga tahun
dalam Linux, bertugas sebagai sokongan
teknikal IT di sebuah bank tempatan. Sekarang ini
menyokong UNIX daripada pelbagai vendor
seperti HP-UX, Sun dan AIX.
Linux lebih tertumpu kepada distribusi
Mandrake
dan RedHat.
Saya bergiat aktif dalam Kumpulan
Penguna Linux Mypenguin99.
Aktif sebagai pengendali komuniti Internet di
http://www.mtusempoi.org/
dan http://www.ittutor.net/
, kumpulan email Dunia-Digital dan
http://mynuke.info/
. Anda boleh merujuk "Kempen Peningkatan Sokongan
Komputer Dan Internet Malaysia" di http://kemsoit.cjb.net/
. Saya juga adalah ahli kumpulan pakar di dalam
Pertubuhan Pakar ICT Malaysia MYSIG.
Kelas dan bengkel Linux terbahagi
kepada tiga peringkat. Pengenalan,
Pertengahan dan Pakar. Setiap bahagian
mengambil masa selama dua hari atau lebih. Buat masa
ini hari dan masa kelas dan bengkel sama ada pada
hujung minggu (sabtu dan ahad) atau pada sebelah
malam bagi hari-hari yang lain. Kelas dan bengkel
akan dikendalikan dalam bahasa Melayu.
Peringkat Pengenalan
Peringkat ini melibatkan sesi
pengenalan Unix/Linux, sejarah dan kenapa Linux perlu
dipilih sebagai sistem operasi pilihan. Ia dikuti
dengan sesi pemasangan distribusi Mandrake dan Redhat
secara teori dan praktikal.
Pada peringkat ini juga, peserta akan
diperkenalkan arahan-arahan asas Unix/Linux,
penyelanggaraan fail dan penggunaan vi. Penggunaan
shell script secara asas dan ringkas turut
diajar.
Peringkat Pertengahan
Pada peringkat ini peserta akan
didedahkan kepada arahan-arahan lanjutan dalam Linux.
Cara memasang fail-fail pakej dan kompile fail-fail
asal sesebuah perisian.
Peserta juga akan didedahkan kepada
cara-cara untuk mentadbir sesebuah Linux/Unix.
Pemasangan dan pengendalian perisian seperti Apache,
SAMBA, NFS, DNS dan Email. Disini turut disertakan
cara-cara untuk menukar konfigurasi sesebuah Linux
melalui linuxconf, setuptools dan webmin. Diselitkan
juga penggunaan script keselamatan
Bastille. Penggunaan shell script
dan cron dalam mentadbir sistem anda.
Peringkat Pakar
Peringkat ini peserta akan didedahkan
kepada cara untuk menentukan prestasi Linux.
Masalah-masalah yang mungkin timbul dan cara
mengatasinya.
Pada peringkat ini perisian keselamatan
dalam Linux akan diperkenalkan. Antaranya nessus dan
nmap dan cara untuk mempertahankan Linux daripada
dicerobohi.
Peserta akan
didedahkan kepada cara untuk membina semula kernel
dan menjalankan kernel module Linux.
Jadual Kelas Dan
Bengkel---
Mengapa anda perlu belajar Linux
dijawab di laman Laman Linux
Malaysia
Sila rujuk laman MTU Sempoi Moodle di
http://www.mtusempoi.org/moodle
untuk mendapatkan tarikh dan masa kelas Linux cara
Internet. Anda boleh mendaftar secara talian (online)
disini.
---
Bagi mana-mana pihak yang berminat
untuk mendapatkan perkhidmatan saya dalam menyediakan
latihan kepada kaki tangan syarikat atau pun
pertubuhan atau pun kumpulan boleh hubungi saya
melalui PM nick hafnie di
http://www.mtusempoi.org/ atau dengan email kepada
[email protected] atau
[email protected]
(Sila buangkan XXX dhujung alamat
email. XXX diletakkan untuk tujuan lindungan alamat
email daripada SPAM dan trojan).
Bayaran adalah RM100 sejam. Kelas
mengambil masa selama lapan jam sehari untuk dua hari
bengkel atau kelas. Bagi pertubuhan atau kumpulan
persendirian (forum atau kumpulan email). Diskaun
akan diberikan.
Saya juga sedia untuk terlibat dengan
mana-mana projek Unix/Linux dengan bayaran yang
berpatutan. Kepada pertubuhan dan kumpulan
persendirian (forum atau kumpulan email) ianya adalah
percuma.
Wassalam.
Harisfazillah Bin
Jamel.
hafnie
http://www.geocities.com/lovhafnie/utama.html
Aug 2002/Jan 2004
Klik Pada Banner
|