Laman Harisfazillah Bin Jamel

Pakar ICT Di Sini - Jom Bincang - Tutor IT - Dunia Digital - Komuniti Mynuke - Email Percuma - Kembali Ke Laman Utama -

Projek Dan Kempen Peningkatan Sokongan Komputer Dan Internet Malaysia


Surat ini di Internet : http://hafnie.tripod.com/kempen/suratkempen.html

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara diatas.

(1) Email ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan pihak tuan/puan dalam menjayakan kempen peningkatan sokongan komputer dan Internet.

Ingin saya jelaskan secara ringkas tentang kempen ini. Ia adalah projek persendirian saya sendiri, Harisfazillah Bin Jamel, untuk melihat meningkatnya penglibatan tenaga pakar dan profersional dalam membantu pengguna komputer dan Internet Malaysia.

Idea ini mula timbul apabila saya sendiri tidak mampu menjawab semua soalan yang diajukan oleh pengguna komputer dan Internet disebabkan kesuntukan masa dan juga diluar bidang dan pengetahuan saya. Oleh kerana tidak mahu menghampakan sesiapa, saya sering mencadang mereka yang bertanya agar menyertai beberapa kumpulan perbincangan komputer dan Internet.

Berdasar pemerhatian saya, terdapat pertambahan mereka yang bertanya soalan. Pertambahan ini menunjukan semakin ramai yang meminati dan mahu mendalami komputer dan Internet. Namun begitu bilangan mereka yang menjawab masih kurang dan ada kemungkinan banyak soalan tidak mampu dijawab oleh mereka.

Sesuatu perlu dilakukan untuk menarik lebih ramai lagi mereka yang berpengetahuan dan pakar dalam bidang komputer dan Internet untuk turut membantu memberikan jawapan. Kita tidak mahu melihat pengguna komputer dan Internet menjadi lemah semangat dan hilang minat, apabila masalah yang mereka hadapi tidak berjawab dan ini membantut kerja-kerja dan usaha mereka.

Dalam kempen ini beberapa kumpulan perbincangan komputer dan Internet telah dicadangkan sebagai laman perintis. Dengan kempen ini diharapkan mereka yang berminat akan menjadi ahli kumpulan perbincangan dan memberi sumbangan dengan memberi jawapan dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

(2) Pihak tuan/puan dapat membantu kempen ini dengan cara memperkenalkan kempen ini kepada kakitangan tuan/puan yang mahir dan pakar didalam bidang komputer dan Internet. Cara dan masa bagaimana mana kakitangan pihak tuan/puan menyertai kumpulan-kumpulan perbincangan ini bergantung kepada budi bicara pihak tuan/puan. Sama ada pihak tuan/puan membenarkan kakitangan tuan/puan mencapainya di pejabat atau pada waktu terluang mereka di luar pejabat. Yang paling penting adalah pendedahan wujudnya kempen peningkatan sokongan komputer dan Internet dengan kerjasama pihak tuan/puan.

(3) Diharapkan dengan semakin ramainya golongan pakar dan mahir komputer dan Internet menyertai pelbagai kumpulan sokongan komputer dan Internet, akan wujudnya satu sistem sokongan yang mampu menangani pelbagai soalan dan masalah. Perkara ini bukan sahaja dapat dinikmati oleh pihak pengguna malah kepada syarikat tuan/puan.

Masalah komputer dan Internet yang dihadapi oleh pihak tuan/puan dapat dirujuk kepada kumpulan perbincangan yang ada. Ini tentunya dapat mengurangkan kos pembayaran sokongan tahunan syarikat tuan/puan.

Pendedahan kepada kakitangan syarikat tuan/puan kepada masalah dan persoalan komputer dapat mempertajamkan kemahiran mereka serta pengkongsian pengalaman dan pengetahuan dapat membantu kakitangan pihak tuan/puan dalam mengatasi masalah komputer dan Internet didalam syarikat tuan/puan.

(4) Pihak tuan/puan juga boleh melawat laman kempen ini di http://kempenit.cjb.net/ . Dibawah ini turut disenaraikan laman kumpulan perbincangan sebagai laman perintis.

http://www.ittutor.net/
http://www.bincang.net/
http://duniadigital.cjb.net/
http://mynuke.info/

(5) Ingin saya nyatakan sekali lagi, usaha saya ini merupakan usaha peribadi saya sendiri tanpa kaitan mana-mana pihak, sama ada pihak kerajaan atau bukan kerajaan, individu ataupun organisasi, syarikat persendirian ataupun umum. Ini hanyalah usaha peribadi saya, Harisfazillah bin Jamel.

Diharapkan surat saya ini mendapat perhatiaan sewajarnya daripada pihak tuan/puan. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menerima dan membaca email ini.

Salam Hormat.

Harisfazillah Bin Jamel. hafnie
http://harisfazillah.tripod.com/
 
 

Surat ini di Internet http://www.geocities.com/lovhafnie/kempen/suratkempen.html


Laman cermin kemsoit http://www.geocities.com/lovhafnie/kempen/kemsoit.html
dan http://hafnie.tripod.com/nota/bantuan.html
 
 
Iklan anda disini. Lawat Penaja Laman Ini agar Internet Malaysia terus percuma :-


 

Kongsikan email ini dengan sahabat-sahabat anda dengan mengisi borang dibawah ini. Isi kandungan email yang akan dihantar seperti contoh dibawah.

---

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Email ini dihantar oleh mereka yang mengenali anda yang mahu kongsikan bersama sebuah laman Kempen peningkatan sokongan komputer dan Internet. Sila lawat laman

http://kempenit.cjb.net/

----

Do you like this site? Tell a friend!
Name Email
You:
Friend:

[ Get your own FREE referral system! ]

atau melalui email (autoresponder). Hantarkan email kosong kepada
[email protected]

Enter Your Name 
Enter Your Email 

Salam hormat.

: )

Google
Search WWW Search harisfazillah.tripod.com Search bincang.net 

Hosted by www.Geocities.ws

1