Kempen Peningkatan Sokongan Komputer Dan Internet Malaysia.
KemSoIT
Matlamat Kempen KemsoIT
Lawat Penaja Laman Ini Supaya Dunia Internet Terus Percuma :-
Kempen sokongan komputer dan Internet adalah kempen
untuk meningkatkan sumber sokongan kepada masalah komputer dan Internet
secara maya dan agar mudah dicapai oleh golongan yang memerlukan. Ia ditumpukan
kepada kepada pengguna komputer dan Internet di Malaysia dan rantau ASEAN
terutama yang berbahasa melayu. Tumpuan kepada satu bahasa disebabkan bahan-bahan
sokongan komputer dan Internet lebih banyak terdapat dalam bahasa Inggeris
dan sukarlah bagi pengguna yang tidak menguasai bahasa ini.
Tumpuan Kempen KemSoIT
Kempen ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian
pertama Kempen yang ditujukan kepada mereka yang ingin bertanyakan soalan
dan mengemukakan masalah. Bahagian kedua ditujukan kepada golongan pakar
dan berpengetahuan untuk giat memberikan bantuan dan sokongan kepada mereka
yang memerlukan.
Bahagian pertama kempen adalah untuk memberikan panduan
ringkas dan petunjuk ke arah bantuan tambahan bagi mereka yang mempunyai soalan
dan masalah yang ingin diajukan. Masalah utama, dimanakah ingin kita bertanya
?.
Dalam kempen ini beberapa laman dan kumpulan perbincangan
telah dipilih sebagai cadangan . Laman dan kumpulan perbincangan ini boleh
dicapai sama ada melalui applikasi pelayar ataupun email. Cadangan laman
boleh anda lihat dalam nota Haris disambungan ini
http://hafnie.tripod.com/nota/bantuan.html
http://www.geocities.com/lovhafnie/nota/bantuan.html
Cadangan laman dan kumpulan diskusi juga diletakkan
dihujung dokumen kempen ini. Anda boleh memgemukakan masalah dan soalan
anda dimana-mana laman dan kumpulan perbincangan yang sesuai. Sertai satu
atau lebih atau kesemua mengikut kemampuan anda. Yang penting anda bergerak
aktif.
Bahagian Pertama Kempen KemSoIT
Dalam kempen bahagian pertama ini juga, ia turut
mengajak pengguna komputer dan Internet, mematuhi netika yang baik dalam
mengemukakan soalan dan masalah dan apa yang perlu dilakukan dalam situasi
jawapan tidak jelas. Dalam mengemukakan soalan, mereka yang mahu
memberikan jawapan memerlukan beberapa maklumat tambahan yang perlu untuk
mereka dalam membuat penilaian. Antara maklumat yang diperlukan adalah
jumlah memori, jenis CPU, besar cakera keras, jenis modem dan kelajuannya,
nama ISP dan pelbagai lagi maklumat setakat mana yang anda boleh berikan.
Anda bolehkan gunakan applikasi "System
Information" pada ruang menu Start -> All Programs -> Accessories
-> System Tools, untuk mendapatkan makklumat yang sesuai. Cuba sertakan
juga ralat-ralat yang timbul daripada masalah yang dihadapi. Salin kod-kod
ralat yang muncul kerana ia dapat membantu lagi dalammencari jawapan.
Setiap soalan diutarakan, mungkin dibalas dengan
pelbagai jawapan dan penyelesaian. Ini disebabkan setiap masalah ada satu
atau pelbagai cara penyelesaiannya. Anda perlu pilih mana yang sesuai dengan
masalah anda. Mereka yang memberikan jawapan sukar memberikan cara dan
jawapan yang tepat, ini disebabkan mereka tidak berada didepan komputer
yang bermasalah.
Disini ingin dinyatakan. Sama ada mereka yang memberikan
jawapan, laman dan kumpulan perbincangan, kempen ini dan saya sendiri tidak
dapat bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung kepada setiap
jawapan dan penyelesaian. Anda mesti menganggap ia sebagai cadangan dan
anda perlu buat keputusan yang terbaik sama ada anda berbincang dengan
mereka yang berpengetahuan atau anda sanggup menanggung risiko daripada
masalah yang mungkin timbul. Keadaan jarak dan Internet itu sendiri
menyukarkan jaminan untuk dibuat.
Walau bagaimanapun anda tidak perlu risau, kebanyakan
nasihat dan jawapan adalah selamat untuk diikuti dan anda selalunya akan
diberi amaran oleh mereka yang memberikan jawapan, jika jawapan dan penyelesaian
akan melibatkan kehilangan data. Jika anda tidak pasti anda boleh bertanya
kepada laman dan kumpulan diskusi lain, yang penting, anda ringan tangan
bertanya dan memberikan maklumat terperinci sebaik yang ada untuk memudahkan
jawapan tepat diberikan.
Sebaik sahaja anda menyelesaikan masalah, digalakkan
anda kongsikan bersama penyelesaian anda dalam laman dan kumpulan diskusi
yang anda tanyakan soalan. Ini akan memberi peluang kepada pemberi jawapan
menilaikan jawapan yang mereka telah berikan.
Jaga netika anda dalam kumpulan diskusi. Miskipun
kita hanya dikenali dengan "nick name" Internet sahaja, namun sebagai orang
yang berbahasa dan beradab kita perlu jaga keadaan yang hormani dan baik
walaupun di dunia Internet.
Sebagai pengguna anda juga boleh menyumbang. Tidak
semesti mereka yang pakar sahaja yang menyumbang. Adakala jawapan daripada
mereka yang pernah menghadapi masalah yang sama lebih banyak membantu.
Jangan segan untuk memberikan jawapan dan berkongsi pengalaman. Adakala
idea yang lebih baik boleh datang daripada jawapan anda.
Penyertaan anda dalam memberikan jawapan akan memberikan
pengalaman yang tidak ternilai kepada anda. Penumpuan dalam mencari jawapan
dan berkongsi ilmu akan meluaskan pengetahuan anda dalam dunia IT ini.
Bahagian Kedua KemSoIT
Bahagian dua kempen ini adalah untuk mengajak mereka
yang pakar, berpengalaman dan berpengetahuan dalam IT untuk turut serta
menyumbang dalam memberikan jawapan dan penyelesaian.
Kekurangan dalam sistem sokongan komputer dan Internet
kita disebabkan kurangnya mereka yang pakar dan berpengalaman memberi sumbangan
dalam soal sokongan kepada masalah komputer dan Internet. Lebih-lebih lagi
dalam kerja-kerja sukarela sebegini.
Inilah masanya kita menyumbang tenaga, masa dan
wang ringgit untuk memastikan IT kita terus berkembang. Inilah masanya
untuk kita mendidik pengguna komputer dan Internet kita daripada "tahu
apa" kepada "faham apa". Pengguna yang tahu apa sukar berkembang untuk
membentuk identiti IT kita sendiri. Pengguna yang faham akan kembangkan
dunia IT kita sejajar dengan kehendak dan identiti kita.
Kita sendiri pernah menghadapi keadaan dimana masalah
komputer dan Internet yang kita hadapi, sukar diselesaikan disebabkan kita
tidak mendapatkan bantuan dan penyelesaian. Jika ada pun mungkin penyelesaian
itu datang daripada luar negeri dan melibatkan kos. Perkara-perkara ini
akan melambatkan proses perkembangan IT kita kerana ia boleh melemahkan
semangat mereka yang baru dalam dunia IT. Penyertaan kita akan meringankan
beban mereka dan boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan dunia IT kita.
Dunia IT kita tidak perlu lagi bergantung kepada pakar-pakar luar.
Kumpulan pakar dan berpengetahuan IT kita adalah
ramai. Namun disebabkan kesibukan tugas dan pelbagai perkara lagi, mereka
mungkin tidak dapat melibatkan diri. Dalam kempen ini, kita mahu melihat
mereka turut menyumbang walaupun menjawab satu soalan dalam masa sebulan.
Sedikit sumbangan sudah cukup bermakna untuk kempen ini. Semakin ramai
menyumbang begini, semakin kurang persoalan tanpa jawapan atau tiada masalah
tanpa penyelesaian.
Harapan KemSoIT
Harapan saya kepada kempen ini, mahu melihat satu
hari nanti, mana-mana pengguna yang menghadapi masalah, akan memasuki mana-mana
laman forum dan kumpulan perbincangan, mengutarakan masalah dan soalan
dan ia akan disambut dengan jawapan, pelbagai jawapan daripada pelbagai
ahli sama ada pakar atau tidak. Akhirnya pengguna ini akan menggunakan
jawapan-jawapan yang diberi untuk dijadikan panduan untuk tindakan selanjutnya.
Bayangkan keadaan sekarang dimana yang bermasalah
perlu dapatkan orang yang tahu untuk membantu, itupun jika dia tidak sibuk
dengan tugasan lain. Menunggu jawapan email daripada rakan itu tadi. Mungkin
kawannya dapat membantu mungkin tidak kerana setiap masalah tidak semua
orang mengetahui penyelesaiannya. Akhirnya masa dibuang
berhari-hari menantikan jawapan. adakala untuk
cepat komputer perlu dihantar ke kedai, yang tentunya melibatkan kos. Sebenarnya,
kebanyakan masalah boleh diselesaikan sendiri oleh pengguna komputer jika
mereka diberikan panduan yang jelas.
Projek kempen Sokongan Masalah Komputer Dan Internet
ini adalah projek peribadi saya sendiri dalam melihat perkembangan IT kita
terus berkembang dalam keadaan positif dengan ciri-ciri kita. Pengalaman
saya dalam memberikan sumbangan dalam masalah komputer dan Internet menyebabkan
saya giatkan kempen ini kerana, untuk saya seorang sahaja menjawab pelbagai
soalan, melibatkan masa dan tenaga yang banyak. Alangkah bagusnya jika
kita sesama dapat bergotong-royong dan bekerjasama membantu, agar penyelesaian
lebih cepat dan tepat.
Rancangan Masa Depan KemSoIT
Untuk menjadikan sistem sokongan lebih "masa nyata"
sama ada dengan penggunaan IRC, ICQ atau apa sahaja applikasi "messaging".
Pelepasan (Disclaimer)
Projek ini tidak melibatkan mana-mana pihak sama
ada kerajaan atau bukan kerajaan, tidak juga berkait dengan mana-mana laman
dan kumpulan perbincangan dalam dan luar negeri dan tidak melibatkan mana-mana
syarikat sama ada persendirian atau umum.
Ini adalah usaha peribadi saya sendiri.
Maka dengan ini, tiada siapa, laman-laman dan kumpulan
perbincangan, ahli-ahli yang memberikan jawapan, termasuk saya dapat bertanggungjawab
kepada mana-mana pihak
sekiranya timbul masalah langsung atau tidak langsung,
hasil mencuba atau mengikut jawapan dan penyelesaian yang diberikan didalam
mana-mana laman dan kumpulan perbincangan. Tujuan kempen ini hanya sebagai
pelan cadangan dan panduan pencarian jawapan kepada masalah dan persoalan
anda. Bukan sebagai penyelesaian akhir. Sekiranya masih dalam keraguan
dengan masalah anda, dapatkan bantuan pakar dan jadikan jawapan-jawapan
yang anda dapat sebagai sumber penilaian anda. Bukan penyelesaian
akhir.
Dokumen-dokumen dalam kempen ini adalah milik umum,
anda dibolehkan membuat salinan dan menyebarkan kepada rakan-rakan anda.
Tolong jangan SPAM. Dokumen ini boleh diubah dan dibaiki dengan tujuan
untuk meningkatkan mutu kempen asalkan ia tidak lari daripada matlamat
kempen dan tidak mempunyai kepentingan mana-mana pihak. Yang dipinta disertakan
sekali sambungan laman asal kempen ini.
http://www.geocities.com/lovhafnie/kempen/suratkempen.html
http://hafnie.tripod.com/kempen/kemsoit.html
Hakcipta Semua Pihak Dilindungi
Lindungan hakcipta adalah terpelihara kepada mana-mana
pihak yang disebut dalam kempen ini tanpa niat untuk melanggar hakcipta
mana-mana pihak. Lindungi hakcipta semua pihak untuk perkembangan dunia
IT. Hapuskan cetak rompak. Sekiranya kos menghantui anda, gunakan applikasi
daripada projek GPL (General public Licenses) dan pelbagai lagi applikasi
percuma.
Rujuk http://www.opensource.org/
dan http://www.freewarehome.com/
Kempen ini adalah usaha Harisfazillah Bin Jamel
http://hafnie.cjb.net/
15 Julai 2002. Versi Web 2.0
Bukan
Sekadar Internet
Sahaja.
Senaraikan laman-laman dan kumpulan diskusi untuk
sokongan komputer dan Internet. Sertakan sambungan laman, penerangan ringkas,
"nick" pencadang dan tarikh. Sebarkan kembali kepada umum.
(1) http://www.bincang.net/
. Laman forum yang merangkumi pelbagai topik dan IT adalah sebahagian daripada
forum utamanya. Hafnie. 19 Dis 2001.
(2) http://duniadigital.cjb.net/
. Kumpulan diskusi email yang terdiri daripada mereka yang baru dan mahu
berkongsi pengalaman komputer dan Internet mereka. Hafnie. 19 Dis 2001.
(3) http://www.ittutor.net/
. Laman forum ini memberi tumpuan sepenuhnya kepada masalah komputer, internet
dan teknologi IT. Hafnie. 19 Dis 2001.
(4) http://www.geocities.com/lovhafnie/kempen/suratkempen.html
. Email yang anda boleh gunakan untuk sampaikan kepada syarikat IT. Hafnie. 14 Jan 2002.
(5) http://hafnie.tripod.com/kempen/suratkempen.html
. (Cermin) Email yang anda boleh gunakan untuk sampaikan kepada syarikat IT. Hafnie. 14 Jan 2002.
Buat carian dengan katakunci Bincang Malaysia , forum Malaysia , diskusi Malaysia . Panduan disini.
---
|