Kempen Menjadikan Internet Ini
Percuma
Pengenalan
Sekitar tahun 2000, apabila ekonomi yang berasaskan
teknologi mengalami kemerosotan, banyak syarikat Internet dan teknologi
mengalami kerugian dan ada yang ditutup. Kesannya bukan setakat ramai pekerja
hilang perkerjaan, malah ia menamatkan pelbagai kemudahan Internet yang
disediakan secara percuma boleh syarikat-syarikat ini. Dahulunya kita dengan
mudah boleh mendapatkan kemudahan email dan
penempatan laman secara percuma. Sekarang dalam tahun 2002 hanya beberapa
laman besar yang menyediakan kemudahan ini. Kejatuhan ini bukan setakat
dirasai di Silicon Valley malah kesannya menghantui seluruh dunia termasuklah
Malaysia.
Sokonglah usaha ini dan jadikan Internet percuma dengan melawat laman penaja :-
Para pakar ekonomi menjangkakan bahawa keadaan
tidak akan pulih seperti dahulu disebabkan para pelabur hilang kepercayaan
kepada syarikat Internet, sikap berhati-hati dan kesan kemerosotan sektor
lain.
Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah keadaan
ini. Kerajaan telah memainkan banyak peranan dan kita telah lihat banyak
sektor telah kembali pulih. Kita tidak boleh berharap kepada kerajaan Malaysia
sahaja. Malah kita perlu membantu untuk mempercepatkan lagi proses ini
dan kembalikan ia seperti dahulu.
Industri Internet dan teknologi ini unik. Oleh
kerana ia masih baru, ia begitu bergantung kepada kepercayaan pengguna.
Kepercayaan pengguna digunakan sebagai penilaian kemajuan
syarikat. Berbanding dengan sektor lain yang kebanyakan barangan telah
menjadi sesuatu keperluan bagi industri Internet, penggunaannya masih menjadi
pilihan dan barangan teknologi IT umpama barangan mewah. Perkara ini juga
dirasai oleh syarikat-syarikat Internet Malaysia.
Penampungan Kos Dengan Iklan
Keuntungan dan penampungan kos syarikat-syarikat yang
berasaskan Internet banyak bergantung kepada dana pelabur dan hasil
keuntungan pengiklanan digunakan untuk membayar semula dana tersebut. Operasi
syarikat Internet umpama operasi surat khabar dan majalah. Kos operasi
ditampung daripada pembelian ruang iklan dan penajaan. Bagi syarikat Internet,
mereka menyediakan kemudahan-kemudahan
kepada pengguna Internet dan kebanyakan kemudahan ini adalah percuma. Dengan
kemudahan ini diharapkan dapat menarik ramai pengunjung ke laman mereka,
menggunakan perkhidmatan dan melihat dan melawat laman pengiklan dan penaja
mereka.
Kesan kemerosotan dahulu mengakibatkan industri
pengiklanan kurang dan ada ynag hilang kepercayaan kepada Internet sebagai
medium pengiklanan. Sukar kepada mereka untuk menaja laman atau membeli
ruang iklan dalam mana-mana laman.
Sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan rasa
kepercayaan ini. Jika ia tidak dilakukan, semakin banyak syarikat Internet
akan gulung tikar dan ini mengakibatkan kita sebagai pengguna Internet
kehilangan banyak kemudahan percuma. Perkara ini juga ditakuti turut mengancam
perkembangan syarikat-syarikat berasaskan Internet di Malaysia.
Internet diasaskan pada prinsip, penggunanya bersama-sama
berkongsi kos. Maka kehilangan banyak perkhidmatan percuma mengakibatkan
pengguna perlu menggunakan kemudahan berbayar untuk terus mendapatkan kemudahan
Internet. Ini dilihat sebagai satu perkara yang negatif. Kos tidak lagi
dikongsikan bersama, malah kos telah dipindahkan kepada pengguna. Pengguna
perlu membayar untuk memasuki Internet, perlu membayar masa penggunaan
dan ditambahkan lagi dengan bayaran pengunaan perkhidmatan.
Ini sepatutnya tidak berlaku.
Inilah adalah kempen peribadi saya untuk melihat
perkara ini tidak terus merugikan pengguna malah harapan tinggi kempen
ini agar perkhidmatan Internet akan terus percuma dan satu hari capaian
Internet juga menjadi percuma.
Kita mesti yakinkan industri pengiklanan terutama
di Malaysia bahawa medium Internet juga boleh menjadi medium yang berkesan
dalam penyampaian iklan. Kita kena yakinkan mereka bahawa setiap penajaan
akan menghasilkan kesan yang positif dan baik kepada industri IT. Syarikat-syarikat
Internet akan terus berinovasi dan meningkatkan nya daya kreatif. Pengguna
akan manfaat daripada perkembangan ini dan syarikat yang iklan dan menaja
sesuatu perkembangan IT akan lebih disebut daripada teknologi itu sendiri.
Contohnya Intel disebut oleh pengguna bertanya tentang chip komputer
berbanding perkataan chip komputer itu sendiri.
Industri pengiklanan mahu melihat apa yang mereka
sumbangkan sama ada melalui penajaan dan pengiklanan mempunyai kesan positif
dan sampai kepada pengguna. Kejayaan pengiklanan di Internet diukur berdasarkan
jumlah pelawat yang melawat dan lawatan itu mencapai matlamat
tertentu. Mereka mempunyai cara dan format untuk mengukur tarif kejayaan
sesuatu iklan dan penajaan.
Ramai pelawat tidak semesti menunjukkan iklan itu
berjaya. Ia dikira berdasarkan pelawat melakukan sesuatu di laman yang
mereka lawati, jangka masa lawatan akan menunjukkan sama ada mereka membaca
ruang iklan atau tidak dan peningkatan dalam penyertaan sesuatu aktiviti
hasil pengiklanan itu akan menunjukkan kejayaan iklan.
Pengiklanan pula dilakukan dengan pelbagai cara,
sama ada dengan "banner", "Pop-up windows", sambungan penaja di laman,
icon di laman dan "exit banner".
Apakah Usaha kita ?
Apa yang kita boleh lakukan untuk tingkatkan keyakinan
ini ?.
Kita mula melawat laman pengiklan dan kita jadikan
ia satu lawatan yang bermutu. Perkara ini kita boleh lakukan dalam masa
2 atau 3 minit sehari. Bayangkan kita luangkan masa 2 atau 3 jam dalam
Internet, dalam kempen ini kita luangkan 2 atau 3 minit kita melawat laman
penaja.
Kita tentu mempunyai laman kesukaan kita. Laman-laman
ini adalah antara laman yang kita akan lawati setiap kali kita berada di
Internet. Sudah tentu kita menggunakan kemudahan yang disediakan oleh laman
ini. Sudah tentunya kita mahu kemudahan yang ada terus percuma dan laman
ini terus wujud.
Bila anda berada di laman kesukaan anda, Klik mana-mana
cara pengiklanan dan iklan yang sesuai untuk kita. Cuba luangkan masa membaca
kandungan iklan, jika ianya sesuai
cuba gunakannya dan sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Klik sahaja
tidak bermakna, kerana laman pengiklan perlu dilihat isi kandungannya.
Pengiklan mempunyai cara untuk menilaikan mutu setiap lawatan. Sama ada
ia hanya klik tanpa dibaca atau pelawat yang mahu luangkan sedikit masa.
Cukup sekali sehari Internet anda, selama 2 atau
3 minit, anda telah lanjutkan jangka masa perkhidmatan percuma yang anda
gunakan dan laman yang anda selalu lawati.
Kejayaan kempen ini diukur dengan peningkatan kerjasama
antara pengguna Internet. Seandainya kempen ini dapat menarik dua ribu
pengguna Internet dalam satu laman melawat iklan untuk jangka masa dua
minit. Maka jumlah jam iklan yang dapat dikumpul bersamaan empat ribu minit
atau lebih kurang 66 jam.
Yang penting, anda melakukannya selalu sepanjang
jangka masa anda menggunakan Internet. Mungkin seumur hidup anda sebagai
pengguna Internet Malaysia.
Kempen Ini Juga Untuk Pembina
Laman
Kempen ini juga ditujukan kepada pembina laman. Cara
pengiklanan juga perlu disesuaikan dengan kehendak pengguna Internet. Pembina
laman perlu menjadikan sesuatu iklan tidak mengganggu pelawat sehingga
pelawat tidak mahu terus melawat laman atau tidak menyokong usaha pengiklanan
di Internet.
Saya mahu menyarankan beberapa syor. Antaranya.
"Banner" perlu dihadkan 1 hingga ke 3 "banner"
dalam satu muka laman. Sama ada yang paling atas, ditengah muka atau dibawah
muka laman. Muka laman cuba ditetapkan sebesar satu hingga satu setengah
kertas A4. Ia juga boleh diukur dengan ukuran skrin komputer penuh dengan
"skroll" setengah skrin. Ukuran ini yang paling menyenangkan pengguna.
Sila gunakan font Vernada dengan saiz 12 untuk keselesaan pembacaan di
skrin komputer.
"Pop-up Windows" perlu dihadkan hanya sekali muncul
bagi setiap pelawat yang masuk melawat. Pelawat akan merasa tergangggu
bila setiap kali memasuki laman itu semula dalam sehari, terpaksa berdepan
dengan pop-up, sekali tidak mengapa, lebih adalah gangguan. Anda boleh
gunakan Cookies untuk pastikan pop-up hanya sekali dalam 24 jam bagi setiap
pelawat.
"Exit windows" juga perlu dihadkan sekali bagi
setiap pelawat keluar. Sama seperti Pop-up ia boleh menjadi gangguan.
Pastikan anda memberikan ruang yang sesuai dan
jelas untuk pengiklan. Sama ada besar atau kecil, mereka boleh mempengaruhi
perkembangan industri Internet Malaysia dan seluruh dunia.
Umpama petua berniaga. Sekali perniagaan itu baik,
maka seorang pelanggan akan bercerita pada seorang lagi, tetapi sekali
pelanggan dilayan dengan buruk dia akan bercerita kepada sepuluh orang
lagi. Betapa besarnya kesan layanan buruk kepada perniagaan.
Membina laman juga umpama sebuah perniagaan. Untuk
menjadikan ruang iklan kita lebih berkesan, kita perlu jaga laman kita
agar disenangi oleh pelawat. lebih ramai pelawat lebih berpeluang lagi
ruang iklan kita dilawati.
Belajar tentang membina laman forum di http://www.webmastermalaysia.com/
dan di http://www.bincang.net/
- Bahagian IT.
Jangan lupa untuk daftarkan diri anda di laman
http://www.dmoz.org/
Kempen Ini Juga Untuk Industri
Pengiklanan
Bagi industri pengiklanan, Internet adalah medium
yang sesuai untuk pengiklanan berdasarkan matlamat tertentu. Setiap laman
yang wujud mempunyai identiti pelawatnya tersendiri. Ada laman yang kerap
dikunjungi oleh golongan remaja. Ada laman yang sering dikunjungi oleh
mereka yang meminati bindang teknologi tertentu. profil ini boleh didapati
daripada pembina laman.
Pengiklanan di Internet juga adalah antara cara
yang murah dan tepat kepada matlamat iklan. Iklan anda pada laman yang
sesuai dan sering dikunjungi akan memastikan tujuan iklan anda tercapai.
Dengan Internet juga, anda boleh membina "Brand
name" dengan medium yang murah. Syarikat yang baru naik, mungkin tidak
mampu membelanjakan wang yang banyak untuk pengiklanan di TV ataupun membeli
muka akhbar. Internet boleh menjadi jalan mudah anda.
Anda diminta berhati-hati golongan yang menggunakan
prinsip SPAM untuk menyebarkan iklan. SPAM tidak diterima oleh masyarakat
Internet kerana ia mengganggu ruang email dan laman. Belajar tentang SPAM
di laman ini
http://www.geocities.com/esampah
Pelepasan (Disclaimer)
Projek dan kempen ini tidak melibatkan mana-mana pihak
sama ada kerajaan atau bukan kerajaan, tidak juga berkait dengan mana-mana
laman dan kumpulan perbincangan dalam dan luar negeri dan tidak melibatkan
mana-mana syarikat sama ada persendirian atau umum.
Ini adalah usaha peribadi saya sendiri.
Maka dengan ini, tiada siapa, laman-laman dan kumpulan
perbincangan, ahli-ahli yang memberikan jawapan, termasuk saya dapat bertanggungjawab
kepada mana-mana pihak sekiranya timbul masalah
langsung atau tidak langsung, hasil mencuba atau mengikut jawapan dan penyelesaian
yang diberikan didalam mana-mana laman dan kumpulan perbincangan.
Tujuan kempen ini hanya sebagai pelan cadangan
dan panduan pencarian jawapan kepada masalah dan persoalan anda. Bukan
sebagai penyelesaian akhir. Sekiranya masih dalam keraguan dengan masalah
anda, dapatkan bantuan pakar dan jadikan jawapan-jawapan yang anda dapat
sebagai sumber penilaian anda. Bukan penyelesaian akhir.
Dokumen-dokumen dalam kempen ini adalah milik umum,
anda dibolehkan membuat salinan dan menyebarkan kepada rakan-rakan anda.
Tolong jangan SPAM. Dokumen ini boleh diubah dan dibaiki dengan tujuan
untuk meningkatkan mutu kempen asalkan ia tidak lari daripada matlamat
asal kempen dan tidak mempunyai kepentingan mana-mana pihak. Yang dipinta
disertakan sekali sambungan laman asal kempen ini.
http://www.geocities.com/lovhafnie/kempen/internetpercuma.html
http://hafnie.tripod.com/kempen/internetpercuma.html
Hakcipta Semua Pihak Dilindungi
Lindungan hakcipta adalah terpelihara kepada mana-mana
pihak yang disebut dalam kempen ini tanpa niat untuk melanggar hakcipta
mana-mana pihak. Lindungi hakcipta semua pihak untuk perkembangan dunia
IT. Hapuskan cetak rompak. Sekiranya kos menghantui anda, gunakan applikasi
daripada projek GPL (General Public Lisences) dan pelbagai lagi applikasi
percuma.
Rujuk http://www.opensource.org/
dan http://www.freewarehome.com/
Kempen ini adalah usaha Harisfazillah Bin Jamel
http://hafnie.cjb.net/
22 Dis 2001. Versi Text 1.0
15 Jan 2002. Versi Web 1.0
Bukan Sekadar Internet Sahaja.
Laman kempen Harisfazillah Bin Jamel untuk Pengguna
Internet Malaysia dan ASEAN boleh anda lihat di
http://hafnie.tripod.com/kempen/index.html
atau di http://www.geocities.com/lovhafnie/kempen/index.html
Kempen yang sedang berjalan "Kempen peningkatan
sokongan komputer dan Internet Malaysia"
http://hafnie.tripod.com/kempen/kemsoit.html
atau http://www.geocities.com/lovhafnie/kempen/kemsoit.html
.
Jadikan Internet percuma dengan melawat laman penaja :-
Buat carian dengan katakunci Bincang Malaysia , forum Malaysia , diskusi Malaysia . Panduan disini.
---
Laman ini berada di http://www.geocities.com/penampan4
|