MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Tempat Pelancongan | Tempat Membeli-belah | Tempat Penginapan | Makanan | Peta Melaka
Makanan

Asam Pedas memang terkenal di Melaka. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu Ia popular di Melaka. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga di Melaka yang mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka.
 Kebiasaan masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka. Ia bukan saja terkenal dan di sukai oleh penduduk negeri Melaka sahaja bahkan pelancong dari dalam dan luar negara juga meminati masakan asam pedas ini.

   Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.
   Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.
Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakanMakanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu kini digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia.

  
   Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang  Geragau yang dimampatkan. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ia dapat membangkitkan baunya. Belacan juga merupakan salah satu bahan utama bagi menghasilkan sambal belacan.

    
    Gula Melaka, juga dikenali dengan nama Gula Tuak, Merupakan salah satu sumber gula yang banyak terdapat di Melaka. Gula ini diperbuat daripada air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan Gula Melaka asli berbeza dengan gula tiruan yang banyak terdapat di pasaran kini.
Proses membuat Gula Melaka mempunyai beberapa peringkat. Seseorang yang pakar dalam membuat Gula Melaka dapat mengenal pasti kelapa yang menghasilkan air nira yang baik. Ini penting bagi mendapatkan Gula Melaka yang bermutu tinggi.


  
  Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan manis (manisan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Di kebanyakan negara Asean, Dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi Dodol yang berlainan sama ada dari segi warna bentuk atau rasanya.