MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
Tempat Pelancongan | Tempat Membeli-belah | Tempat Penginapan | Makanan | Peta Melaka
Tempat Pelancongan

Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir Melaka,(bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.

Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.

Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultana Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.

 


Melaka River Cruise merupakan perkhidmatan bot yang membawa pengunjung-pengunjung menyusuri Sungai Melaka dari Taman Rempah, Pangkalan Rama hingga ke Muara Sungai Melaka dan kembali semula ke Taman Rempah. Bot akan melalui kawasan-kawasan Sungai Melaka yang indah dan menarik termasuklah kawasan Bandaraya Warisan Dunia yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh pelusuk dunia. Dianggarkan lebih daripada setengah juta orang telah menaiki bot ini dalam masa setahun.

 

Ramai pengunjung menaiki bot menyusuri  Sungai Melaka pada waktu malam kerana pemandangan di sepanjang Sungai Melaka sangat menarik dengan keindahan lampu-lampu yang pelbagai jenis dan warna. Disamping bangunan-bangunan lama yang indah di sepanjang sungai, jambatan-jambatan indah yang merentasi sungai. Sungai Melaka adalah salah satu sungai yang terindah di dunia.

 


Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St.Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal diAsia.

Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah kata penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /É‘/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").

 


Stadthuys dalam bahasa Belanda dikenali sebagai dewan perbandaran.  Bangunan Stadthuys yang serba merah warnanya merupakan sebuah binaan yang bersejarah yang dibina oleh kuasa Belanda semasa menguasai pentadbiran Melaka.  Bangunan ini dibina di antara tahun 1641 hingga 1660 dipercayai merupakan bangunan Belanda yang paling lama di Timur. Bangunun ini penuh dengan reka bentuk bercirikan Belanda. Stadthuys digunakan sebagai penempatan rasmi gabenor Belanda. Bangunan bersejarah ini terletak bersebelahan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan Stadhuys dikekalkan sehingga hari ini.  Kini, bangunan ini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium sastera serta Muzium pemerintahan demokrasi.

Gereja St. Paul merupakan sebuah gereja yang terletaknya di Bandar Hilir, Melaka. Ia dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho pada tahun 1521 dan dinamakan "Our Lady of The Hill".

Gereja ini kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan di namakan gereja St. Paul. St. Francis Xavier telah dipelihara di dalam perkuburan terbuka pada tahun1553 sebelum dibawa dengan kapal ke Goa, India

Di bawah gereja ini terdapat Kota A Famosa.