Ixora spp. 1(orange)
ixorasppwhiteflr
Ixora spp. 3 pink flr
Pelbagai lagi jenis bunga siantan yang terdapat di rimba.com
Ixora javanica
S 001-RM 5.00
S 002-RM5.00
S 003-RM5.00
S 004-RM5.00
PAKAR LAMAN ANDA
MENU UTAMA
KATALOG PRODUK
TEMPAHAN
HUBUNGI KAMI
SEBELUM
SELEPAS
PRODUK
line decor
    
line decor

 

 

 

 

SIANTAN

 

Nama Botani : Ixora
Nama Tempatan : Bunga Siantan, Bunga Pecah Periuk
Famili :Rubiaceae.

 

 

 

Pokok siantan adalah tumbuhan renek yang banyak ditanam di kawasan perumahan dan taman. Ia juga sesuai dijadikan tanaman pagar bagi mereka yang mempunyai tanah yang luas. Pokok siantan juga dikenali dengan nama pokok pecah periuk.

TEKNIK MENANAM DAN MENJAGA:

IXORA JAWA

  • Nama botaninya ialah Ixora Jawa dalam keluarga rubiaceae dan berasal dari Malaysia
  • Pokoknya boleh mencapai ketinggian sehingga dua hingga tiga meter jika tidak dicantas. Batangnya berwarna perang dan liat.
  • Daunnya berbentuk bujur tirus, 12 hingga 20 sentimeter panjang dan empat hingga enam sentimeter lebar. Spesies ini mempunyai bunga yang besar dan berjambak-jambak di hujung dahan.
  • Buahnya berwarna hijau dan menjadi merah apabila masak. Pokok ini mempunyai pelbagai jenis warna. Ada yang berwarna merah, oren, kuning dan merah jambu.

IXORA COCCINEA

  • Siantan jenis kedua pula ialah berasal dari Hindia Timur dan kini hidup subur di negara kita. Nama botaninya ialah ixora coccinea juga dalam keluarga rubiaceae.
  • Ia mempunyai daun yang berbentuk bujur yang lebih kecil iaitu tujuh hingga 10 sentimeter panjang dan tiga hingga lima sentimeter lebar. Bunganya juga berjambak di hujung dahan dan lebih kecil yang mempunyai pelbagai warna seperti merah, putih, kuning, merah jambu dan oren.
  • Pengurusan tanaman perlu diberi perhatian sama ada dari segi penyiraman, pembajaan dan pemangkasan.
  • Ikuti panduan betul untuk pembajaan manakala penyiraman pokok dilakukan dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang.
  • Pemangkasan pula boleh dilakukan menggunakan peralatan yang sewajarnya dan jika segala-galanya dapat dilakukan dengan baik, tanaman terbabit juga akan terus hidup subur

 

 

 

   
Hosted by www.Geocities.ws

1