Codiaeum variegatum 7-yellowish
Codiaeum variegatum 'lillian staffinger'
Codiaeum-variegatum
Pelbagai lagi jenis bunga kertas yang terdapat di rimba.com
P 001-RM 5.00
P 002-RM 5.00
P 003-RM 5.00
Codiaeum variegatum 'tortilis major'
P 004-RM 5.00
PAKAR LAMAN ANDA
MENU UTAMA
KATALOG PRODUK
TEMPAHAN
HUBUNGI KAMI
SEBELUM
SELEPAS
PRODUK  
 
line decor
    
line decor

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PUDING

 

 

POKOK bunga puding dipercayai berasal dari kepulauan Fiji, Australia dan Maluku. Pokok itu tidak berbunga, tetapi daunnya unik dan berwarna warni yang cukup sesuai untuk hiasan taman yang agak luas.

SPESIS

  • Platifilum - Puding yang mempunyai saiz daun yang lebar di bahagian hujung dan tepian yang licin.
  • Krispum - Daun yang berpintal-pintal, kerinting dan tepi daun .
  • Kornutum - Manakala yang berdaun kecil dengan urat daun utama yang tertonjol.
  • Lobatum - mempunyai daun yang bercuping tiga dan lebar di bahagian tengah.
  • Apaendikulatum pula dari jenis daun yang berbentuk garisan di bahagian tengah.

Pokok yang matang boleh mengeluarkan bunga dalam jambakan sepanjang 10 hingga 25 sentimeter yang dikeluarkan pada aksil (celahan daun) dengan warna putih atau kuning krim yang tidak menarik untuk hiasan.

  • Aucubifolium - mempunyai daun yang kecil berwarna hijau berbintik kuning di mana daunnya berbentuk tirus ke arah pangkal.
  • Connutum - menyerlahkan daunnya seakan-akan bujur panjang dengan kedua-dua sisi yang hampir selari dan tidak simetri. Hujung daunnya berbentuk dempak dan sesetengahnya membulat. Tepi daunnya beralun dengan warna hijau muda dan bercampur dengan tompokan warna kuning terang.

TEKNIK MENANAM DAN MENJAGA:

PEMBIAKAN

Cara pembiakannya terlalu mudah menerusi keratan dahan, batang, cantuman sending ataupun tut. Mereka yang menggemari tanaman ini boleh membuat pilihan sama ada untuk menanamnya dalam pasu ataupun di dalam lubang.

PEMBAJAAN

Satu bahagian bahan organik, tiga bahagian tanah dan baja permulaan TSP dengan kadar 50 gram untuk setiap pokok mesti disediakan.

PENCAHAYAAN

Pokok itu memang mudah diurus dan mampu menyerlahkan kecantikannya. Harganya murah dan cara menanamnya juga mudah. Ia boleh ditanam sebagai hiasan dalaman dengan menggunakan pasu tetapi memerlukan dedahan cahaya yang banyak dan suhu panas lembap dengan kesesuaian tanah peroi dan bekalan air yang sederhana.

IDEA PAMERAN

Spesies tumbuhan berbatang ini hanya mempamerkan keindahan warna dan reka bentuk daunnya saja. Ia turut sesuai ditanam secara kelompok sebagai tanaman tumpuan.

Sekiranya teknik kombinasi menjadi pilihan, ia bermanfaat sebagai latar belakang kepada pokok hiasan lain.

Seni landskap turut mengklasifikasi kesesuaian puding sebagai elemen pagaran, ditanam di pinggir jalan, taman rekreasi atau di pembahagi jalan di mana ketinggiannya dikawal secara seragam.

 
 

 

 

 

 
Hosted by www.Geocities.ws

1