Setiap pokok memerlukan medium tanaman yang sesuai untuk pembesaran. Campuran medium yang sesuai perlu bagi:
- Memudahkan pertumbuhan akar pokok
- Membekalkan nutrient secukupnya dan seimbang bagi pertumbuhan
- Mengekalkan air atau kelembapan secukupnya untuk pertumbuhan pokok
- Memastikan pokok tumbuh tegak dan subur
Di antara jenis medium yang biasa digunakan ialah campuran tanah mengandungi tanah peroi, tanah gambut dan [pasir sungai dalam nisbah tertentu yang biasa digunakan. Di antaranya:
- Jelly - sejenis agar-agar yang mengekalkan air untuk pertumbuhan pokok
- Air – sesuai untuk pokok air seperti keladi bunting, kiambang dan teratai. Air juga sesuai untuk tanaman hidrofonik
- Pecahan bata merah, pasu tanaman, arang dan sabut kelapa adalah medium sesuai untuk orkid
- Lumut ‘sphagnum moss” juga boleh dijadikan medium tanaman untuk pokok pepanjat seperti ‘Devil Ivy’ atau sireh puteri
- Bahan lain seperti pasir sungai untuk semaian keratan batang, sekam padi dicampur dalam medium tanah
Untuk medium tanaman menggunakan tanah dipaparkan nisbah campuran pelbagai kegunaan:
- Campuran tanah biasa un tuk pokok berpasu yang terbaik ialah campuran John Innes iaitu 7:3:2 atau 3:2:1 ( tanah peroi : tanah gambut : pasir pasir) campur satu bahagian baja organik seperti najis ayam atau najis lembu
- Untuk semaian biji benih halus, gunakan campuran 2:1:1 (tanah peroi :baja organik : pasir sungai
- Campuran medium untuk tut gunakan 2:1 (tanah peroi:baja organik) campuran hendaklah melekit supaya senang diletakkan di atas dahan yang hendak ditut
- Tanaman anak pokokdalam pasu memerlukan campuran 7:3:2 (tanah peroi:baja organik:pasir sungai)
Aktiviti mencangkul dan menggembur tanah secara manual adalh cara menyuburkan tanah, begitu juga merumput, menambah bahan organik,membuat sungkupan boleh menyuburkan pertumbuhan akar dan seterusnya menyuburkan pokok.
|