Pelbagai lagi jenis bunga ati-ati yang terdapat di rimba.com
Coleus blumei
Coleus blumei-hybrid (green)
Coleus blumei-hybrid (gold)
PAKAR LAMAN ANDA
C 002-RM 5.00
C 003-RM 5.00
C 004-RM 5.00
C 001-RM 5.00
Coleus blumei hybr-(red)
SEBELUM
SELEPAS
MENU UTAMA
KATALOG PRODUK
HUBUNGI KAMI
TEMPAHAN

PRODUK

 

 

 

 

line decor
    
line decor
   

POKOK ATI

FAKTA

Nama Botani :Coleus Blumeii
Nama Tempatan : pokok ati-ati, pokok pelangi
Famili : Labiateae
.


 

 

Pokok hiasan ini dicadang bagi kaedah tanaman pasuan dan penghias laman yang mudah diuruskan. Ia boleh diperoleh dengan harga murah berbanding nilai kecantikannya. Selain Malaysia, pokok ini sebenarnya popular di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia yang dikenali penduduknya sebagai pokok berdaun cantik.

Varieti Coleus terkenal dengan keunikannya kerana memiliki kombinasi daun berwarna warni dalam serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu dan merah jambu. Spesies yang paling menarik ialah Coleus blumei dan Coleus hybridus dan ia mudah ditanam menggunakan keratan batang muda. Proses pengakarannya juga cepat dan tidak memerlukan penjagaan rapi.

Spesies ini anggun ditanam dalazm pasu atau dalam satu barisan memanjang untuk hiasan tepi rumah.

Berbeza dengan pokok puding yang rimbun tegak dan melampai walaupun cara pengurusan penanamannya mudah seperti ati-ati. Ini kerana tekstur pokok ini berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter.

Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau.

TEKNIK MENANAM DAN MENJAGA:

MEDIUM TANAMAN

  • Tanah gembur yang banyak mengandungi bahan organik tetapi tidak menakung air akan membantu pertumbuhan dan proses pengakaran yang baik. Campuran medium ayng sesuai adalah 3:2:1 (tanah peroi:tanah gambut/baja kandang: pasir sungai)
  • Pokok ati-ati memerlukan cahaya penuh tetapi tidak begitu terik bahangnya. Pokok yang telah matang mengeluarkan bunga kecil dalam satu jambak dan setelah berbunga, proses mengeluarkan daun muda berhenti yang lazimnya tidak lagi menampakkan serinya.
  • Disyorkan dahan bunganya dipangkas bagi menggalakkan pertumbuhan daun baru. Pokok tua yang susah untuk digubah atau dibentuk berikutan serlahan warna daun semakin pucat boleh dijadikan baka untuk semaian pokok baru dengan penanaman semula menggunakan batang.

AIR

  • Ati-ati memerlukan banyak siraman air untuknya cepat membesar dan mempamerkan warna daunnya yang terang dan menarik. siram dua kali sehari pada pagi dan petang dan jika hujan, siram bila perlu sahaja.

PEMBAJAAN

  • Baja kandang dalam campuran medium hanya dapat membekalkan nutrien selama lebih kurang tiga bulan sahaja. selepas itu baja semula dengan menggunakan baja kandang yang telah di proses.
  • Atau gunakan baja kimia yang tinggi kandungan nitrogen perlu dibekalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk mendapatkan daun yang cantik. awas jika menggunakan baja ini kerana jika terkena pokoknya, ia boleh menyebabkan ia melecur.

PEMBIAKAN

Ada tiga cara pembiakan

  • Biji benih - Boleh dibeli di dari pusat tanaman atau supermarket. oleh kerana bijinya terlalu halus, eloklah dicampurkan dengan pasir sumnagidan di taburkan di atas meidum semaian. Siramlah sekerap mungkin bagi mempercepatkan pertumbuhannya.
  • Keratan batang - ia senang di biakkan dengan cara ini. kerat ebebrapa batang tuadan semaikan dalam emdium pasir sungai untuknya berakar ia juga boleh diletakkan adlam air bertakung untuknya berakar sebelum ditanam semula dalam medium yang sesuai.
  • lenturan ranting - pilih ranting yang matang dan lenturkan kedalam air untuk memudahkannya berakar. apabila berakar, potong dan tanam semula dalam medium yang tersebut di atas.

IDEA PAMERAN

  • Dalam pasu-Ia cantik ditanam dalam pasu sebagai pokok spesimen. adalah dicadangkan anda menanam beberapa jenis pokok dengan pelbagai bentuk, corak dan warna daunnyasebagai satu gubahan pokok dengan pameran warna daunnya.
  • Atas tanah-sesuai di tanam atas tanah sebagai pokok sempadan untuk hiasan di laman kediaman.
  • Ia boleh juga dijadikan salah satu pokok dalam gubahan taman hiasan dicampurkan dengan pokok berbunga atau berdaun cantik.

TIPS

  • Rebahkan batang pokok untuk menggalakkan pertumbuhan banyak ranting.
  • Potong pucuk bagi menggalakkan pertumbuhan rating baru dan merimbunkan pokok
  • Potong bunganya bagi pertumbuhan pokok yang lebih sihat, cantik dan menarik.

 

 

 

 
     
Hosted by www.Geocities.ws

1