Caladium Hortulanum 'Marie Moir'
Caladium hortulanum 'Candidum'
Caladium hortulanum 'Candidum'
Pelbagai lagi jenis bunga kertas yang terdapat di rimba.com

Caladium Hortulanum 'Ciation'

K 001-RM5.00
K 002-RM5.00
K 003-RM5.00
K 004-RM5.00

PAKAR LAMAN ANDA
SEBELUM
SELEPAS
MENU UTAMA
KATALOG PRODUK
TEMPAHAN
HUBUNGI KAMI
PRODUK  
 
line decor
 
line decor
   

KELADI

 

FAKTA
Nama Botani :Caladium
Nama Tempatan : Pokok Keladi
Famili : Araceae
Jenis: Keladi hutan, minyak, gajah, putih, betawi, udang

 

 


POKOK keladi mudah diperoleh di Malaysia walaupun mengikut kajian awal pokok itu berasal dari kawasan tropika Amerika. Pokok yang mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh subur di kawasan bertanah gambut yang redup


Pokok itu lebih sesuai sebagai tanaman hiasan, sama ada ditanam dalam pasu atau di halaman rumah kerana tumbuhan ini hanya memerlukan cahaya matahari yang sederhana. Ada juga yang gemar meletakkan bunga ini di ruang tamu.

Bahang matahari yang terik akan menyebabkan daunnya pucat dan cepat layu. Kadar suhu paling sesuai bagi tanaman ini antara 25 hingga 30 darjah Celsius.

Antara variasi keladi yang cantik dan menjadi pilihan peminat seni taman ialah Caladium Bicolor yang mempunyai warna merah cerah di tengah dan hijau pada bahagian tepi daunnya.

Caladium Splendens yang hidup meliar di kebun kelapa sawit dan getah mempunyai daun sederhana besar yang berwarna hijau berbintik merah dan putih.

Keladi Changjur pula menyerlahkan kecantikannya dengan urat daun yang berwarna putih seolah-olah membahagi-bahagikan kehijauan klorofilnya. Bagaimanapun, keladi Hortulanum pula mempunyai urat daun yang berwarna hijau dan latarnya berwarna putih. Keladi Humboldtii Schott ada urat daun berwarna merah berlatarkan warna hijau dan berbintik putih.

Bahkan, ramai peminat seni taman berminat menanam keladi gajah yang mempunyai daunnya yang melebar walaupun hanya mempunyai satu warna iaitu hijau.Perbezaan seperti inilah ditakrifkan sebagai suatu kesenian yang ada pada setiap jenis pokok keladi

Sesetengah peminat seni taman sanggup membina sangkar kalis panas untuk mengekalkan suhu dan kelembapan bagi membolehkan pokok keladi hidup dengan subur. Teknik ini membolehkan keladi ditanam di atas tanah dan tidak perlu menggunakan pasu. Kesuburannya juga tidak terbantut.

TEKNIK MENANAM DAN MENJAGA:

MEDIUM TANAMAN

  • ia sesuai di tanam dalam medium tanaman yang sentiasa boleh mengekang kelembapan. Campuran medium tanaman yang kaya dengan baja kandang seperti najis ayam,kelawar dan kambing adalah yang terbaik. Camputran medium yang disyorkan adalah 3:2:1 tanah peroi:baja kandang:pasir sungai)

AIR

  • ia sangat gemar kepada persekitaran lembap terutama pada musim panas. Siramdua kali seharipada waktupagi dan petang. Sembur daun untuk mengekalkan persekitaran yang lembap dan jangan bairkan medium kering. Siram bila perlu pada musim hujan.

CAHAYA

  • Spesies ini sesuai ditanam di kawasan separuh teduh. Dedahan kepada cahaya matahari terik boleh menyebabkan daunnya cepat melecur dan rosak. jika terjadi,potong daun berkenaan untuk merangsang pertumbuhan daun yang baru.
  • Bagi penanaman di dalam rumah,pokok keladi masih memerlukan sinar cahaya matahari. Keladi yang mendapat sedikit cahaya terutama di tempat yang gelap menjadikan tangkainya panjang dan sukar diurus.

BAJA

  • Baja kandang adalah paling sesuai untuk pokok ini.Baja paling baik untuk meningkatkan kesuburan pokok keladi ialah bahan yang mengandungi kadar nitrogen yang tinggi.
  • Jika menggunakan baja cecair dan garam larutan, pastikan ia mengikut sukatan dan kekerapan yangdisyorkan pada pek baja.

PEMBIAKAN

Pokok ini sesuai dibiakkan dengan dua cara:

  • Belahan rumpun-bagi tanaman yang telah mempunyai rumpun besar,belahan rumpun adalah kaedah yang sesuai untuk menambah koleksi tanaman
  • Ubi-ubunya boleh ditaman secara individu dengan memindahkannya daripada rumpun asal dan tanam dalam pasu lain. setipa ketul ubi akan tumbuh dan menjadi pokok baru.

IDEA PAMERAN

  • Kebijaksanaan penanam amat penting untuk menyusun tona warna keladi supaya kelihatan lebih menarik. Misalnya, keladi berwarna digabungkan dengan keladi hijau yang bersinar daunnya dan pada bahagian belakang pula diserikan dengan latar keunikan warna daun pokok andung (Cordyline Terminalis Var) yang berwarna merah dan hijau florosen.
  • Bagi pokok keladi yang tidak tinggi latarnya boleh dihiasi dengan pokok pisang sepit, Dracaena atau tumbuhan kumpulan Pleomele (pandan India) yang boleh dibiakkan dengan keratan batang.
  • Keladi putih pula boleh diserlahkan keunikan daunnya dengan menanam pada rumpun pokok palma yang berdaun hijau tua dan persekitarannya boleh dihiasi sama ada dengan batu kerikil, batu bukit atau batu pulau.
  • Bagi keladi gajah atau keladi gergasi, penanamannya kelihatan lebih menarik apabila pokok bunga mawar, bunga lili atau carnation dijadikan objek hiasan bawahan

 

 



 
     
Hosted by www.Geocities.ws

1