Pelbagai lagi jenis tumbuhan air yang terdapat di rimba.com
Nymphaea spp-peach
T 001-RM 5.00
Nymphaea spp. - purple
T 002-RM 5.00
Nymphaea spp. - white
T 003-RM 5.00
T 004-RM 5.00
Nymphaea spp - yellow
Nymphaea spp. - pink
T 005-RM 5.00
PAKAR LAMAN ANDA
MENU UTAMA
KATALOG PRODUK
TEMPAHAN
HUBUNGI KAMI
SEBELUM
SELEPAS
PRODUK  
 
line decor
   
line decor
   
 
 

TERATAI


Teratai yang turut dikenali sebagai pokok lili air adalah tumbuhan terbiar yang mempunyai nilai komersial apabila digunakan untuk menghiasi taman yang mempunyai kolam

Tumbuhan ini lazimnya mampu hidup subur pada paras suhu tidak melebihi 20 Celsius. Bahang matahari yang terlalu panas boleh menyebabkan tumbuhan itu layu dan terbantut.

Bagaimanapun, kebanyakan pemilik taman tempatan yang mempunyai kolam buatan atau semula jadi kurang mendalami teknik penanaman mengikut keperluan dan kesesuaiannya.

Malah sesetengah pemilik taman menganggap tidak berkemampuan untuk memiliki baka teratai apabila mendapati harga setiap pokok yang diimport agak mahal. Tentunya amat sukar untuk menanamnya bagi memenuhi ruang kolam yang luas.

Penanaman teratai menjadi suatu kemestian untuk menghiasi setiap kolam yang dibina di halaman rumah penduduk di Kemboja, Vietnam dan Thailand. Ia seolah-olah melambangkan tradisi dan kebudayaan hidup rakyat negara itu.

Antara pokok teratai yang mendapat pasaran dunia ialah lysimachia, nuphar luteum, potamogeton natans, lemna minor, hydrocharis (boleh diperoleh di negara ini), eichhornia crassipes (keladi buncis), nymphoides peltata dan nympheae stellata (Sri Lanka).

Masyarakat di Thailand terutama penduduk di Songkla dan Hadyai begitu peka terhadap perkembangan dan keperluan seni taman sentiasa menghargai tanaman ini sebagai tumbuhan air yang menguntungkan apabila menembusi pasaran antarabangsa.

Sumber alam yang hidup di kawasan becak terutama di pinggir sawah dan kawasan berpaya dijaga dengan baik termasuk melakukan pembajaan agar spesies teratai yang mampu menyerlahkan keindahan daunnya.

TEKNIK MENANAM DAN MENJAGA:

PASU

  • Kaedah konvensional iaitu menanam teratai di dalam pasu yang ditenggelamkan di dalam kolam kecil di anjung atau laman rumah. Ada juga yang menanam dalam pasu besar berair.
  • Kreativiti mereka terbukti berjaya apabila kaedah yang diwarisi sejak turun temurun itu membuahkan hasil yang baik.
  • Pokok dapat membiak, hidup subur dan mengeluarkan bunga yang menarik berbanding hidup secara terbiar dan terapung di sawah padi.
  • Mereka menggunakan pasu berukuran 20 sentimeter (sm) tinggi untuk menanam induk teratai dengan kandungan tanah lumpur setinggi 10 sm dan lapisan batu kecil setinggi lima sm pada paras bawah pasu sebelum direndamkan di dalam kolam empat persegi berbentuk seperti kolah.
  • Anak pokok ditanam menggunakan kaedah sama dengan menggunakan pasu berukuran 10 sm dengan kandungan tanah lumpur setinggi lima sm di mana paras bawah pasu diletakkan batu kecil setinggi 3 sm sebelum direndam ke dalam air yang cetek.
  • Kaedah sama turut digunakan untuk menanam pelbagai jenis rumput air yang dikenal pasti dari keluarga lalang untuk dijual bagi keperluan hiasan kolam.
  • Kaedah ini boleh dilihat dengan lebih dekat di pusat pembenihan bunga di negara ini di mana baka teratai dijual dengan menggunakan pasu yang sudah ditutup lubang bawahnya dan sentiasa digenangi air.

BAKUL

  • Teratai yang boleh dibiakkan dengan menggunakan rizomnya juga boleh ditanam menggunakan bakul yang dicipta khusus untuknya. Pertumbuhan akar akan subur apabila campuran tanah yang diperlukan pokok disediakan termasuk pembajaan yang mencukupi keperluan.
  • Walaupun ditanam secara rendaman di dalam air, teratai masih memerlukan siraman berbentuk semburan kasar secara berterusan. Langkah ini akan membolehkan liang udara pada daunnya tidak ditutup oleh debu.
  • Bakul yang dicipta khas tidak perlu disokong dengan bata supaya percambahan akar tidak terbantut dan daunnya tidak akan reput kerana mampu terapung di permukaan kolam.

 

 

 

 
     
Hosted by www.Geocities.ws

1