RANGKAIAN
Home
Welcome!
Related Links:
Takrif:
Sistem  Rangkaian (Networking) boleh ditakrifkan sebagai lebih daripada satu hardware  yang terdapat di dalam Teknologi Maklumat dipisahkan secara fizikal kedudukannya  tetapi disambung atau dirangkaikan dari segi operasinya. Ini bererti, Sistem  Rangkaian Komputer (Computer Networking) merupakan satu sistem komputer yang  mengandungi dua atau lebih komputer yang dihubungkan di antara satu sama lain  melalui sistem pengoperasian yang selaras walaupun komputer-komputer tersebut  berada di tempat-tempat yang berbeza.
Tujuan website ini adalah untuk menerangkan tentang rangkaian dan cara penggunaannya

Perkakasan
Perisian
Protokol
Pengkabelan
MANFAAT RANGKAIAN

Wujudnya Sistem Rangkaian  Komputer telah memberikan beberapa manfaat yang besar kepada  penguna-penggunanya. Melalui rangkaian ini, pengguna boleh berkongsi menggunakan  perisian serta fail. Perkongsian , penyalinan serta penghantaran perisian serta  fail dapat dilaksnakan secara talian. Ini bermakna pengguna tidak perlu  menghabiskan sumber kewangan yang besar untuk membelikan perisian untuk setiap  unit komputer mereka. Pengguna hanya perlu membeli sebuah perisian versi  rangkaian contohnya LAN Version sudah memadai untuk semua komputer yang terdapat  di dalam rangkaian tersebut menggunakannya.

Pengguna juga boleh berkongsi  data atau perisian pada masa yang serentak contohnya tiga orang pekerja di dalam  suatu jabatan, bekerja dengan menggunakan hamparan helaian yang sama. Keupayaan  ini khususnya berguna di dalam kes pangkalan data, yang perlu dicapai dan  ditukar oleh beberapa orang di dalam satu organisasi.

Selain daripada itu  ialah kemampuan para pengguna rangkaian berhubung serta berkomunikasi di antara  satu sama lain. Pengguna juga boleh bertukar-tukar mesej atau pesanan melalui  komputer melalui proses yang dikenali sebagai mel eletronik serta perisian  chat di dalam persekitaran rangkaian turut membolehkan sesebuah pejabat serta  tempat kerja berkomunikasi serta berhubung di antara satu sama lain. Malah,  penghantaran memo serta dokumen di dalam sesebuah syarikat yang kelazimannya  merupakan budaya serta kaedah kerja di dalam sesebuah pejabat atau syarikat  sudah menjadi tidak relevan serta berguna lagi.

Sistem Rangkaian Komputer  turut membenarkan beberapa komputer berkongsi perkakasan yang sama contohnya  mesin pencetak, pengimbas, CD ROM dan kelengkapan faks yang mahal. Contohnya,  sebuah pejabat yang mempunyai dua puluh buah komputer, tidak perlu mendapatkan  dua puluh buah mesin pencetak untuk membolehkan mereka melakukan tugas cetakan  mereka. Sebuah mesin pencetak yang disambungkan kepada mana-mana komputer  peribadi di dalam rangkaian tersebut akan dapat dikongsi bersama oleh  komputer-komputer peribadi di dalam sitem rangkaian tersebut.

Konsep  rangkaian juga tidak terhad kepada satu-satu lokasi atau perniagaan sahaja.  Internet sebagai contoh, satu daripada beberapa rangkaian yang ada, berupaya  menghubungkan pengguna komputer dari merata pelusuk dunia. Pengguna boleh  menjalankan atur cara komputer dari benua lain dan boleh mencipta halaman  rerumah (homepage) supaya berjuta-juta orang yang tidak dikenali boleh  membacanya.

Internet juga membolehkan pelajar-pelajar khasnya serta  pengguna-pengguna amnya mencari pelbagai variasi maklumat yang mereka inginkan  mengenai apa-apa sahaja dari mana-mana sudut dunia dengan hanya melayari dunia  internet. Satu kelebihan lagi ialah segala maklumat yang mereka inginkan itu  akan mereka dapati di dalam jangkamasa yang singkat sahaja. 
Disediakan oleh: Syed Hazrul Izmy
Hosted by www.Geocities.ws

1