PERSATUAN KEBAJIKAN PENDUDUK ISLAM TAMAN SRI SAUJANA

LINKS
HOME
AKTIVITI
SEJARAH
MAKLUMAT

June 2004 Released



Ahli-ahli yang berminat untuk memberikan sumbangan dalam apa juga bentuk atau menjalankan kerja-kerja sukarela adalah dialu-alukan dan boleh menghubungi AJK-AJK atau terus menghubungipengerusi atau setiausaha. Kami sentiasa terbuka untuk ide dan komen konstruktif dari pihak anda.


-Hadis-
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali silaturrahim."
-Diriwayatkan oleh Bukhari-
Pada mulanya, beberapa orang penduduk Taman Sri Saujana (TSS) berjumpa dan berpakat untuk memulakan aktiviti seperti majlis Yassin dan Marhaban. Dari hari ke hari, ramai yang telah berkerja sama dan menjalankan aktiviti-aktiviti di atas. Timbul pula ide untuk menjalankan aktiviti yang lebih besar dan dengan itu kutipan yuran telah disyorkan dan dipersetujui oleh kebanyakan penduduk. Tujuannya ialah supaya dapat menampung aktiviti yang lebih besar dan juga untuk menjaga kebajikan penduduk TSS sekiranya berlaku kematian (memberikan derma khairat kematian), memberikan sumbangan kepada rumah yang ingin mengadakan malis Yassin adalah di antara tujuan asalnya. Jamuan Hari Raya (tahun 2002) dan Marhaban (tahun 2003) mendapat sambutan yang menggalakkan. Walaubagaimanapun, kutipan yuran diberhentikan apabila ada kesepakatan untuk menubuhkan persatuan secara rasmi dengan menghantar permohonan kepada Registration of Society (ROS) yang akhirnya memberikan kelulusan kepada persatuan yang diberi nama "Persatuan Kebajikan Pendudukan Islam Taman Sri Saujana" pada 12 April, 2004 mengikut Akta Persatuan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.

Di bawah ialah senarai nama AJK Penaja Persatuan ini yang berusaha untuk mendapatkan kelulusan persatuan ini.

Ahli Jawatankuasa Penaja


BilJawatanNama
01PengerusiAris Padilah bin Sani
No. 52, Jalan SS 2/4, TSS
(013)7673566
(07)8826734
02Timbalan PengerusiHalim bin Ahmad
No. 97, Jalan SS 2/5, TSS
(019)7353236
03SetiausahaAbdul Hisham bin Abd Hamid Mahmud
No. 66, Jalan SS 2, TSS
(017)7787345
(07)8823002
04Penolong SetiausahaKamaruddin Malik bin Mohamad
No. 23, Jalan SS 5, TSS
[email protected]
05BendahariAbdul Rahman bin Abu
No.45, Jalan SS 2/3, TSS
(019)7105051
(07)8837885

Setelah kelulusan diterima, Mesyuarat Agong Pertama telah diadakan di Sek. Ren. Keb. Sri Saujana pada 22 Mei, 2004 untuk membubarkan AJK Penaja dan digantikan pula dengan AJK yang dipilih melalui pengundian semula disamping pengambilan dan pendaftaran ahli-ahli baru. Melalui pengundian yang dijalankan, maka 15 orang telah dipilih iaitu 15 AJK tertinggi dan 10 AJK biasa secara demokrasi.

Ahli Jawatankuasa Yang Terpilih Melalui Undian Semasa
Mesyuarat Agong (22 Mei, 2004)



BilJawatanNama
01PengerusiAris Padilah bin Sani
No. 52, Jalan SS 2/4, TSS
(013)7673566
(07)8826734
02Timbalan PengerusiMat Nasir Tasrip
No. 25, Jalan SS 2/15, TSS
(013)7389858
03SetiausahaAbdul Hisham bin Abd Hamid Mahmud
No. 66, Jalan SS 2, TSS
(017)7787345
(07)8823002
04Penolong SetiausahaTuan Haji Nordin
Jalan SS 2/3, TSS
05BendahariAbdul Rahman bin Abu
No.45, Jalan SS 2/3, TSS
(019)7105051
(07)8837885

Selepas itu, mesyuarat AJK pertama dijalankan pada 30 Mei, 2004 untuk membuat perancangan aktiviti yang perlu dijalankan dengan segera dengan menubuhkan biro-biro untuk memfokus kepada beberapa bidang yang tertentu. Perihal pejabat untuk persatuan juga dibincangkan dalam mesyuarat ini. Di bawah ini adalah senarai nama biro-biro yang telah dipersetujui.
  1. Biro Kebajikan & Ekonomi
  2. Biro Pendidikan
  3. Biro Agama
  4. Biro Sukan, Belia & Wanita
  5. Biro Keselamatan & Alam Sekitar

Persatuan Kebajikan Penduduk Islam Taman Sri Saujana (PKPITSS)
Kota Tinggi, Johor
-Dari Kita Untuk Kita-

Ad Deen Nun Nasiha...
Hosted by www.Geocities.ws

1