PERSATUAN KEBAJIKAN PENDUDUK ISLAM TAMAN SRI SAUJANA

LINKS
HOME
AKTIVITI
SEJARAH
MAKLUMAT

June 2004 Released



Ahli-ahli yang berminat untuk memberikan sumbangan dalam apa juga bentuk atau menjalankan kerja-kerja sukarela adalah dialu-alukan dan boleh menghubungi AJK-AJK atau terus menghubungipengerusi atau setiausaha. Kami sentiasa terbuka untuk ide dan komen konstruktif dari pihak anda.


-Hadis-
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali silaturrahim."
-Diriwayatkan oleh Bukhari-
Aktiviti yang telah dijalankan


BilAktivitiKeterangan
01 Mesyuarat Agong Pertama
(22 Mei,2004)
Mesyuarat ini telah dijalankan pada 22 Mei, 2004 jam 10:30 malam bertempat di Sekolah Ren. Keb. Sri Saujana yang dihadiri oleh lebihkurang 157 orang ahli Persatuan Kebajikan Penduduk Islam Taman Sri Saujana (PKPITSS) yang terdiri dari ahli baru dan lama (penaja).
02 Mesyuarat AJK Pertama
(30 Mei,2004)
Mesyuarat ini telah dijalankan pada 30 Mei, 2004 jam 3:30 petang bertempat di No. 25, Jalan SS 2/25. Mesyuarat ini menemukan semua AJK yang telah terpilih untuk membuat perancangan untuk persatuan ini termasuk penubuhan biro-biro serta AJK yang terlibat. Di sini juga dibincangkan tentang mengadakan pejabat untuk persatuan.
03 Majlis Tahlil & Yasin
(30 Mei,2004)
Majlis ini telah dijalankan selepas Isyak di salah sebuah rumah ahli di Jalan SS 2 untuk menunaikan hajat tuan rumah untuk majlis memotong jambul untuk anak tuan rumah. Selain itu juga diadakan berzanji dan marhaban. Kedatangan menggalakkan.
04 Mesyuarat Biro Pendidikan
(22 Jun,2004)
Mesyuarat ini dijalankan untuk menentukan aktiviti biro ini untuk tahun 2004.
05 Mesyuarat Induk
(27 Jun,2004)
Mesyuarat ini dijalankan untuk mengetahui perjalanan aktiviti persatuan.


Persatuan Kebajikan Penduduk Islam Taman Sri Saujana (PKPITSS)
Kota Tinggi, Johor
-Dari Kita Untuk Kita-

Ad Deen Nun Nasiha...
Hosted by www.Geocities.ws

1