HOME
AKTIVITI
SEJARAH
MAKLUMAT
June 2004 Released
Ahli-ahli yang berminat untuk memberikan sumbangan dalam apa juga bentuk atau
menjalankan kerja-kerja sukarela adalah dialu-alukan dan boleh menghubungi AJK-AJK atau
terus menghubungi pengerusi atau setiausaha. Kami sentiasa terbuka untuk ide dan komen
konstruktif dari pihak anda.
-Hadis-
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Siapa yang
ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali
silaturrahim."
-Diriwayatkan oleh Bukhari-
|
Jawatankuasa baru telah dilantik melalui Mesyuarat Agong Pertama yang telah dijalankan di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Saujana pada 22 Mei, 2004 pada jam 10:30 malam. Seramai
157 orang ahli dapat dikumpulkan pada malam itu. Pengerusi, setiausaha dan tiga orang
jurukira (untuk mengira undi) sementara dilantik pada majlis tersebut.
Sebelum undian untuk AJK baru dilaksanakan, pembubaran AJK Penaja Persatuan telah
dijalankan.
Ahli Jawatankuasa Yang Terpilih Melalui Undian Semasa
Mesyuarat Agong (22 Mei, 2004)

| Bil | Jawatan | Nama |
| 01 | Pengerusi | Aris Padilah bin Sani No. 52, Jalan
SS 2/4, TSS (013)7673566 (07)8826734 |
| 02 | Timbalan Pengerusi | Mat Nasir Tasrip No. 25, Jalan SS 2/15,
TSS (013)7389858 |
| 03 | Setiausaha | Abdul Hisham bin Abd Hamid Mahmud
No. 66, Jalan SS 2, TSS (017)7787345 (07)8823002 |
| 04 | Penolong Setiausaha | Tuan Haji Nordin bin Bokari
Jalan SS 2/4, TSS
|
| 05 | Bendahari | Abdul Rahman bin Abu No.45, Jalan SS 2/3, TSS
(019)7105051 (07)8837885 |
| 06 | AJK | Jamaludin Muhamad No.132, Jalan SS 2/5, TSS
(013)7098433 |
| 07 | AJK | Awang Sulaiman bin Awang Mat -
(07)8826584 |
| 08 | AJK | Hanizan bin Kasim No.109, Jalan SS 2/4, TSS
(019)7340879 |
| 09 | AJK | Zaidi bin Hj. Toherin No.19, Jalan SS 5/4, TSS
(012)3035693 |
| 10 | AJK | Ahmad Saifuddin bin Said No.35, Jalan SS 5/6, TSS
(16)7049497 |
| 11 | AJK | Tusimin bin Hj. Jemakir No.33, Jalan SS 8/1, TSS
(017)-7722170 |
| 12 | AJK | Azhar bin Aziz TSS
3, Jalan SS 2/5 |
| 13 | AJK | Ali bin Elias TSS
16, Jalan SS 5/9 |
| 14 | AJK | Mohd Amer bin Jarmin TSS
56, Jalan SS 2/15 |
KEAHLIAN
Ahli persatuan adalah terdiri dari penduduk atau penyewa di taman perumahan ini. Semua
penduduk dialu-alukan untuk menyertai persatuan ini untuk memudahkan perlaksanaan aktiviti-
aktiviti yang akan dijalankan.
Untuk menjadi ahli, borang perlu diisikan (ambil
dari pejabat PKPITSS). Ahli-ahli mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan (rujuk
kepada perlembagaan persatuan) dan membayar yuran RM10 bulanan untuk tujuan aktiviti
persatuan. Ahli yang tidak membayar yuran selama tiga bulan boleh digugurkan
keahliannya dan tidak boleh menyuarakan pendapat di dalam persatuan ini.
AKTIVITI
Banyak aktiviti yang akan dijalankan mengikut aktiviti yang
telah dirancangkan oleh setia biro persatuan. Di antara aktiviti yang akan dijalankan
ialah :
- Majlis Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri
- Majlis Yasin
- Marhaban
- Hari Keluarga & Sukanika
- Membuat Permohonan Untuk Surau (sedang dibangunkan di Jalan SS 2/5)
- Membantu Di Dalam Menjaga Keselamatan & Kebersihan TSS
KESELAMATAN
PKPITSS juga menganjurkan aktiviti mengawal keselamatan taman ini pada setiap malam
melalui ahli-ahli yang sudi memberikan khidmat secara sukarela. Semua penduduk (tidak kira
bangsa) yang tinggal di taman ini dialu-alukan untuk bersama-sama berkerjasama dalam
aktiviti ini untuk membantu dalam menjadikan taman ini lebih selesa dan selamat.
|
Beberapa aktiviti di bawah anjuran PKPITSS akan dijalankan pada 31 hb Ogos di Taman Sri
Saujana(TSS) bertempat di tasik TSS. Sila datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi aktiviti-
aktiviti tersebut.
|