PENGENALAN DIRI
PENDIDIKAN
KERJAYA
HOBI




 Kerjaya dan cita cita adalah satu kewajipan yang perlu ada dalam diri seseorang . Jika tidak , hidup mereka ibarat tiada arah dan tuju . Saya bercita cita untuk menjadi seorang arkitek yang berjaya . Sejak kecil lagi , saya suka untuk melukis . Jadi , saya ingin mengekspresikan minat saya kepada satu kerjaya . Orang tua tua ada berkata , bekerjalah dalam bidang yang kamu minat , jika tidak , kamu tidak akan berasa pekerjaan kamu itu satu yang menarik pada kamu walaupun di mata orang ianya baik . Pada tahun 6 , cita cita saya ialah ingin menjadi seorang doktor . Hal ini kerana saya ingin merawat ibu bapa saya dia usia tua mereka . Tetapi , cita cita itu berubah ketika saya tingkatan 3 . Pada waktu itu saya ingin menjadi seorang askar . Ini kerana saya melihat pakaian seragam askar amat segak apabila dipakai dengan senapang disisi . Cita cita saya berubah tahun demi tahun dan kini saya ingin menjadi seorang arkitek . :)