PENGENALAN DIRI
PENDIDIKAN
KERJAYA
HOBI




Saya bermula ke alam persekolahan ketika saya berumur seawal 4 tahun . Ibu saya menghantar saya ke Tadika Kemas berdekatan dengan rumah saya . Saya ingat lagi , pada waktu itu saya tidak dapat mencapai makanan di atas meja kerana saiz yang terlalu kecil . HAHAHAHAHAHAHA :) .

Dua tahun kemudian , saya ke alam sekolah rendah . Hari pertama saya begitu teuja kerana ingin berjumpa kawan baru kerana sudah bosan duduk di rumah . Saya ingat lagi waktu itu ibu saya mengajar saya memakai stokin sebelum bergerak daftar ke sekolah .


Saya memulakan alam sekolah rendah saya di SK Sungai Nibong , Sekinchan , Selangor . Banyak kenangan manis dan pahit saya di sekolah ini . Antaramya ialah saya begitu takut akan guru matematik tahun 6 saya iaitu Cikgu Suhaimi kerana apabila anak muridnya tidak menyiapkan kerja , beliau akan mencubit ketiak pelajar yang tidak menyaipkan kerja itu . Sangat menyakitkan walaupan kelihatan lucu .


Selepas tamat peperiksaan UPSR pada 2011 , saya bercadang untuk menyambung persekolahan di SMKA Simpang Lima , Sungai Besar . Saya memilih sekolah ini kerana mempunyai asrama dan hanya pelajar yang cemerlang dalam UPSR sahaja yang dapat menunutu ilmu di sekolah ini . Alhamdulillah , saya dengan jayanya dapat menamatkan 5 tahun di sekolah ini dengan jayanya .

Dan akhirnya ... Saya dapat menyambungkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan . Saya amat menyukai persekitaran di sini walau keadaan bangunannya yang agak usang . Rakan rakan dan pensyarah pensyarah di sini amat baik baik belaka dan sporting . :)