Pengakap Muda


Kuartermaster (QM)
( Melaksanakan kumpulan ujian A atau B )

Kumpulan A

1. Telah membantu kuartermaster pasukan dengan baiknya selama 6 bulan.
2. Mengetahui dan bersedia menunjukkan:-
(a) Cara menjaga tali / membuat pemecut /mematikan hujung tali/ menganyam / memintal /melingkar /memeriksa dan menyimpan tali.
3. Cara menyimpan rekod stok alatan pasukan.
4. Mengetahui dan bersedia menunjukkan:-
(a) Cara menyimpan alatan kegunaan pengakap.
(b) Cara menyimpan alatan dengan sistem warna ,nombor atau kod.
5. Cara menyimpan semua alatan pandang dengar kepunyaan kumpulan.
6. Mengetahui cara menilai barang dan harga barang yang hendak dibeli.

Kumpulan B

1. Telah membantu kuartermaster dalam satu perkhemahan pasukan.
2. Bersedia menunjukkan cara menjaga semua alatan perkhemahan.
(a) Khemah  (b) Alatan kerja  (c) Alatan memasak.
3. Cara menyimpan rekod stok alatan pasukan.
4. Menunjukkan cara menjaga semua alatan khas untuk perkhemahan, alatan mengembara, alatan mendaki.
5. Menyediakan satu daftar makanan  dalam perkhemahan selama 48 jam.
6. Cara menyimpan barang makanan dalam perkhemahan.
7. Menyediakan satu senarai alatan yang perlu dibawa untuk satu perkhemahan.
8. Mengetahui prinsip kebersihan semasa berkhemah.


Lencana Ahli Pemadam Api
Lencana Ahli Pemandu

Ahli Pertolongan Cemas
Lencana Ahli Jurubahasa

Hosted by www.Geocities.ws

1