Pengakap Muda
(Lencana ini mesti diuji oleh pihak yang
mahir dalam bidang ini )
| 1. Mengetahui tugas dan peranan Jabatan Bomba Tempatan.
2. Memahami bahaya api. Cara mencegah kebakaran di rumah. 3. Merancang pelan tindakan untuk mengelak kebakaran semasa menguruskan aktiviti pengakap. 4) Punca kebakaran belukar, lalang dan cara pengawalan. 5) Tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di dalam dan di luar rumah. 6) Cara memanggil agensi yang terlibat dalam kecemasan yang berkait dengan kebakaran. 7) Cara menjalankan kerja mencegah kebakaran melalui sistem baldi berderet. 8) Cara menggunakan pam kaki ( stirrup pump) dan pam tangan. 9) Cara menggunakan pemadam api. 10) Mengetahui jenis api dan alat pemadam api yang sesuai. 11) Cara menolong mangsa yang terbakar pakaian di badan. |
| 1. Menunjukkan kepada Penilai arah jalan yang mudah
diikuti ke sesuatu tempat.
2. Melakar peta kasar dengan menandakan tempat-tempat penting seperti:- a) Kediaman doktor, doktor haiwan,doktor gigi, hospital, pusat kesihatan, klinik. b) Balai Bomba,Balai Polis, Pejabat Pos, Pondok Telefon, bengkel membaiki kenderaan. c) Stesen bas, Stesen Keretapi, Jalan yang dilalui oleh bas, jadual perjalanan bas. d) Pejabat Pengakap Tempatan, Tempat perhimpunan awam, Tempat rekreasi, Tempat beribadat, Perpustakaan Awam, dan lain-lain tempat menarik di Kerian,Perak. e) Kediaman Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Penolong-Penolong Pesuruhjaya,Pemimpin, Penolong Pemimpin. 3. Menggunakan peta untuk pergi ke sesuatu tempat mengikut arahan Penilai. |
Lencana
Pemelihara
Lencana
Pengawal Perkhemahan
Lencana
Kuartermaster (QM)
![]()