Pengakap Muda


Lencana  Ahli Pertolongan Cemas
(Ujian ini mesti diuruskan oleh mereka yang mengetahui mengenai Pertolongan Cemas)

1. Menerangkan susunan anggota jasmani manusia dan fungsi tiap-tiap satu.
2. Mengetahui kedudukan urat nadi dan tahu bagaimana memberhentikan darah mengalir.
3. Menunjukkan cara memulihkan mangsa terkejut (shock) termasuk yang terkena kejutan letrik.
4. Mengetahui cara menggunakan balutan tiga segi pada luka di kepala,kaki,tangan,lutut dan siku.
5. Cara menggunakan  kain balutan bergulung pada anggota badan.
6. Cara memberi rawatan kecemasan bagi patah tulang selangka.
7. Cara memastikan bahagian yang patah tidak dapat bergerak-gerak.
8.  Cara pemulihan nafas.
9. Cara menghantar berita kecemasan dengan betul dan tepat.


Lencana Ahli Jurubahasa
(Lulus ujian berikut dalam bahasa lain selain dari bahasa ibunda)

1. Memberi ceramah kepada Pengakap atas tajuk yang ditentukan oleh Penilai. ( 5 minit)
2. Menulis sebuah karangan 150 patah perkataan atas tajuk yang diberi oleh Penilai.
3. Menterjemah satu petikan dari suratkhabar / majalah yang panjangnya 100 patah perkataan.
4. Menjadi jurubahasa kepada pelawat asing ATAU
     Menulis surat kepada Kumpulan Pengakap/Sekolah  mengenai satu lawatan. ATAU
     Berkirim-kirim surat dalam jangkamasa 6 bulan dengan seorang Pengakap / sahabat pena luar negara.


Lencana Kuartermaster (QM)

Lencana Ahli Anti-Dadah
Lencana Ahli Komuniti


Hosted by www.Geocities.ws

1