|
Informasi Gunung

more picture
Malaysia kaya dengan flora dan fauna maka kita harus berbangga kerana ia telah wujud sejak 130 juta tahun lamanya. Hutan hujan tropika ini mengandungi khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Oleh itu harus kita pelihara untuk generasi yang datang daripada tercemar. Banyak tempat-tempat hutan di Malaysia yang belum tercemar dengan aktiviti pemusnahan seperti pembalakan dan projek pembangunan. Gunung-ganang yang terdapat di negara kita ini adalah merentasi beberapa buah banjaran antaranya Banjaran Titiwangsa, Banjaran Tahan, Banjaran Mulu , Banjaran Kinabalu dan sebagainya.
Gunung
Kinabalu
Ciri-ciri
- Ketinggian Gunung Kinabalu ialah
4,905.2 meter (13,455 kaki) dari aras laut.
- Memanjang di Banjaran Crocker
- Suhu di gunung boleh mencecah ke 0 darjah selsius
- Terbentuk dari batu granite yang masih muda
Bagaimana
Hendak Ke Sini ?
- Jarak dari Kota Kinabalu ke Taman
Kinabalu (National Park) ialah kira-kira 90 km
- Anda boleh menaiki pelbagai jenis kenderaan darat dari Kota
Kinabalu, tetapi yang popular ialah bas dan bas mini.
- Tambang bas dari K. Kinabalu ke National Park ialah RM7.00 hingga
RM15.00 (one way)
Urusan-urasan
Yang Perlu Di buat
Selain daripada mengikuti pakej-pakej
yang disediakan oleh agensi-agensi pelancongan anda boleh
menguruskan perjalanan anda sendiri dengan:
- Menempah tempat tinggal; sebaik-baiknya menginap di penginapan
yang disediakan oleh Kinabalu
Gold Resort kerana pengurusan anda untuk mendaki gunung lebih
mudah dengan bantuan mereka.
- Kos penginapan adalah dari serendah RM12.00* (Menggilan &
Medang Hostel)
- Bayaran permit pendakian, premium, guide dan porter (kalau mahu).
Semuanya diurus setibanya anda di Taman Kinabalu. Sila hubungi Kinabalu
Gold Resort untuk mendapatkan maklumat terkini.
Ringkasan
Pendakian
- Tempoh pendakian biasa ialah selama
3 hari 2 malam
- Hari Pertama : Sebaik-baiknya anda bermalam di Taman Kinabalu
supaya anda dapat bersedia untuk mendaki pada sebelah pagi
keesokannya.
- Hari Kedua : Anda akan mula mendaki dari Timpohon Gate (permulaan
pendakian) ke paras 11,000 - 11,500 kaki dari aras laut. Anda akan
bermalam pada ketinggian tersebut di rumah rehat yang disediakan.
- Hari Ketiga : Awal pagi (selalunya 2.30 / 3.00 pagi) anda akan
meneruskan perjalanan ke puncak (Low's Peak). Setelah puas di puncak
anda di kehendaki turun semula hingga ke Timpohon Gate.
Keadaan
Semasa Pendakian
- Pada peringkat awal anda akan
mendaki dengan melalui jalan-jalan kecil yang mempunyai anak-anak
tangga yang dibentuk berdasarkan bentuk muka bumi dan akar-akar
pokok.
- Cuaca yang cerah boleh menjadi berkabus dan hujan dengan sekelip
mata. Sentiasalah bersedia dengan baju hujan. Sebaik-baiknya anda
membungkus pakaian anda didalam beg plastik sebelum memasukkannya
kedalam beg.
- Sepanjang laluan ada disediakan beberapa pondok tempat berehat dan
tangki air untuk mengisi botol air.
- Kebanyakkan pendaki mengalami pening-pening dan ada yang muntah
semasa mendaki. Jangan lupa membawa ubat yang berkaitan.
- Semakin tinggi anda mendaki, anda akan berasa semakin cepat letih.
Ini adalah disebabkan kandungan oksigen diudara semakin nipis.
- Hidung anda akan cepat berair dan anda mungkin akan menghidap
selsema. Ini adalah disebabkan udara yang sejuk dan lembap.
- Kebanyakkan pendaki akan hilang selera makan. Bagaimanapun anda di
nasihatkan supaya makan untuk mengembalikan semula tenaga anda.
- Keadaan disekitar yang sejuk boleh menyebabkan penguncupan pada
otot betis secara tiba-tiba. Ia boleh menyebabkan kekejangan otot
(cramp). Anda dinasihatkan supaya membawa ubat yang berkaitan dan
kurangkan banyak berhenti berehat semasa anda berjalan. Biarlah anda
berjalan perlahan-lahan daripada anda terpaksa mengalami kekejangan
otot.
- Permukaan batu granite adalah licin (terutama apabila hujan). Anda
dinasihatkan supaya berhati-hati, jangan berlari-lari dan pakailah
kasut yang bertapak getah.
Kelengkapan
Asas Untuk Dibawa
- T-shirt lengan panjang / baju panas
& baju ekstra
- Kasut bertapak getah (Sport / tennis / gym shoes / hiking boots)
- Kasut / sandal ekstra
- Sarung tangan (sekurang-kurang 2 pasang), topi / topeng muka
- Stokin ekstra
- Pakaian pelindung hujan dan angin (baju hujan / wind breaker)
- Tuala, berus gigi dan semua alat kelengkapan diri yang lain
- Lip gloss (cuaca sejuk menyebabkan bibir pecah)
- Ubat-ubatan & plaster untuk blister
- Lampu suluh
- Makanan yang mempunyai kandungan tenaga yang tinggi (coklat,
kekacang, kismis, glukos)
- Beberapa beg plastik untuk pelbagai guna.
Keistimewaan
- Taman Kinabalu mempunyai suhu
persekitaran yang rendah; mencapai hingga serendah 14 darjah selsius.
- Gunung Kinabalu mencapai suhu 0 darjah selsius
- Terdapat spesis flora yang tidak dijumpai ditempat lain (Rafflessia,
Nepenthes Rajah)
- Pemandangan sekitar yang indah dan aman
- Mudah untuk didaki (tidak memerlukan pengalaman)
- Penduduk disekitar yang peramah
- Memberikan servis yang baik
- Banyak lagi keistimewaan yang tidak dapat saya katakan; berbaloi
dengan perbelanjaan anda
|