Klik untuk masuk ke laman web rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan

PERBELANJAAN Kelab Seni Budaya

Kewangan

   Segala aktiviti yang dijalankan pada tahun 2003 mendapat sumbangan dan penajaan daripada pelbagai pihak termasuk Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Dewan Bahasa dan Pustaka, pihak swasta, Persatuan IbuBapa dan Guru-guru (PIBG), pihak sekolah sendiri dan orang perseorangan kerana aktiviti Kelab Seni Budaya ini bergerak di peringkat negeri dan kebangsaan.

   Mulai tahun 2004 ini, perancangan telah disusun mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. Namun Kelab Seni Budaya amat berbesar hati sekiranya dapat mempunyai sebuah bilik khas untuk tujuan beroperasi, menyimpan peralatan dan tempat menjalankan aktiviti. Mulai bulan Februari tahun ini, aktiviti Seni Budaya dijalankan di padang sekolah dan menumpang di makmal komputer baru buat sementara.

Keperluan segera:

  • Set komputer lengkap dengan scanner, printer dan CD Writer serta dapat berfungsi online dengan pihak luar.

  • Set kamera-video digital bagi tujuan dokumentasi dan penilaian.

  • Set radio dan alat perakam kaset dan CD yang berkualiti.

  • Sebuah bilik khas untuk menyimpan peralatan sedia ada yang juga sesuai untuk menjadi sudut pameran budaya sekolah serta tempat menjalankan aktiviti.

Anggaran pendapatan 2004:

Sumber Pendapatan :
Yuran RM 3 x bilangan ahli.
Sumbangan PIBG.
Sumbangan Unit Kokurikulum.
Sumbangan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
Sumbangan Pejabat Kebudayaan & Kesenian Negeri Sembilan.


Perbelanjaan :

Bengkel dan Latihan Unit / Kelab Seni Budaya (Teater, tarian, kompang, caklempong, puisi, nasyid)

: RM 1,000.00
Pementasan teater (PMR dan SPM) : RM 5,000.00
Program "Sejenak Bersama Seni Budaya SMK Seri Ampangan" : RM 2,000.00
Program "Festival Seni & Budaya SMK Seri Ampangan" : RM 5,000.00
Peralatan (Radio, bateri, peralatan dokumentasi, CD) : RM 1,000.00
Runcit (Bayaran letrik kantin, minuman pelajar dan kegunaan lain) : RM 500.00
JUMLAH : RM 14,500.00


Unit Pembangunan Sekolah :
Penyediaan sebuah bilik khas untuk latihan dan penyimpanan alat perabot (Rak menyimpan kompang, almari menyimpan alat kostum, meja & kerusi guru penasihat, set komputer lengkap, papan putih, dan papan kenyataan seni budaya).

 


Kelab Seni Budaya 2004 SMK Seri Ampangan.
Laman web ini telah dilancarkan pada 29 Julai 2004.
© 2004 - Semua hakcipta terpelihara.

LAMAN UTAMA  |  LATAR BELAKANG  |   AJK  |  LAPORAN  |   PERBELANJAAN  |  GAMBAR  |  VIDEO  |  HARAPAN

Hosted by www.Geocities.ws

1