Klik untuk masuk ke laman web rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan

LAPORAN AKTIVITI Kelab Seni Budaya

Laporan Aktiviti Mingguan 2003 :
- Sepanjang tahun lepas, aktiviti dijalankan mengikut keperluan semasa.

Bil. Aktiviti
1. Seminar dan pementasan teater dan komsas SPM peringkat negeri (25-27 Mac).
2. Kursus dan bengkel penulisan, teater dan seni budaya peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan (Januari-Disember).
3. Program Citrawarna Malaysia (Mei).
4. Festival teater peringkat Negeri Sembilan (Mei).
5. Apresiasi Seni peringkat negeri di Port Dickson - Puisi dan Teater (Jun).
6. Karnival Budaya peringkat negeri (Jun).
7. Karnival Persukuan Adat Perpatih peringkat Negeri Sembilan (Jun).
8. Pementasan Pentomin peringkat sekolah sempena bulan kemerdekaan (Ogos).
9. Program-program baca puisi bulanan peringkat Negeri Sembilan (Mac, April, Julai, Oktober).
10. Persembahan jemputan nasyid sempena Ekspo Kuala Pilah (Julai).
11. Persembahan puisi jemputan (Anjuran PEN, PKKNS, Koperasi Negeri Sembilan).
12. Pementasan Drama Sebabak Peringkat Kebangsaan "Bukit Putus" (Oktober).


Cadangan Aktiviti Kegiatan 2004 :

Aktiviti Jan. Feb. Mac Apr. Mei Jun Jul. Ogs. Sep. Okt. Nov. Dis.
Mesyuarat Agung & mesyuarat bulanan.            
Pemilihan penari SUKMA.                    
Latihan tarian SUKMA.                
Latihan aktiviti Seni Budaya (Teater, tarian, caklempong, kompang, puisi, nasyid).  
Bengkel/ kursus/ seminar.                
Festival Teater NSDK.                      
Program sejenak bersama Seni Budaya SMK Seri Ampangan.                      
Apresiasi Seni.                      
Pementasan teater.       PMR   SPM   Fest.        
Persembahan Seni Budaya/ Festival Seni Budaya.                    
Segmen Seni Budaya (Perhimpunan sekolah).        
Post-mortem aktiviti.                    

( * Semua kegiatan tertakluk kepada perubahan semasa )


Catatan Laporan :

Tarikh : 10 April 2004 (Sabtu).
Tajuk : Sejenak Bersama Seni Budaya.
Tempat : Dewan Fathanah Sek.Men.Keb. Seri Ampangan.

Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari.

Klik untuk besarkan gambar.

Laporan :

Pada 10 april (Sabtu), Program Sejenak Bersama Budaya telah diadakan di Dewan Fathanah SMK Seri Ampangan pada jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari. Program ini diadakan bagi mempromosikan dan melahirkan bakat-bakat Anak Seni SMK Seri Ampangan yang perlu di gilat dan di asah. Tetamu khas yang turut hadir pada program tersebut adalah En. Siri Neng Buah,(Pengarah Kebudayaan Negeri Sembilan), Wakil Tuan Pengarah Pendidikan Daerah Seremban, Dr. Chia Keng Boon (Pengetua SMK Seri Ampangan), guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Seri Ampangan.


Tarikh : 18-23 Mei 2004.

Tajuk : Citrawarna Malaysia.

Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Masa : 3.00 petang - 12.00 tengah malam.

Klik untuk besarkan gambar.

Laporan :

Pada 18-23 Mei 2004,kami telah membantu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bagi memeriahkan lagi program Citrawarna Malaysia yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kami menjalankan latihan disana selama 6 hari. Seramai 40 orang peserta yang telah terlibat dalam program Citrawarna Malaysia. Kami mendapat pengalaman yang bermakna sepanjang program ini.


Tarikh : 6 - 7 Julai 2004.

Tajuk : Bengkel Teater Genting Hingland.

Tempat : Ria Appartment, Genting.

Masa : 8.30 pagi - 11.00 malam.

Klik untuk besarkan gambar.

Laporan :

Bengkel pemurnian penghayatan teater dijalankan selama 2 hari. Dibimbing oleh Puan Siti Salbiah Zahari. Memurnikan dialog dan penghayatan setiap watak. Memasuki tarian dan kreativiti sesuai dengan konsep persembahan jenis eksrerimen.


Tajuk : Bengkel Teater Li Po.
Tarikh : 16-18 Julai 2004.
Masa : 8.00 pagi - 11.00 malam.
Tempat : Paradise Lagoon Appartment Port Dikson.
Tujuan : Memantapkan persembahan dan lakonan Teater Li Po.
Anjuran : Kelab Seni Budaya Sek. Men. Keb. Seri Ampangan.

Klik untuk besarkan gambar.

Laporan :

Bengkel diadakan di Port Dikson selama 3 hari 2 malam. Tujuan bengkel ini diadakan bagi memantapkan lagi lakonan yang akan dipentaskan di Taman Budaya Negeri Sembilan pada 21 dan 24 julai 2004. Seramai 30 orang peserta telah mengikuti bengkel ini yang dibimbing oleh pengarah teater iaitu Pn. Siti Salbiah Zahari. Jadual bengkel amat padat menyentuh pemurnian setiap adegan.


Tajuk : Pementasan Teater Li Po.
Tarikh : 21 - 24 Julai 2004.
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang.
Tempat : Auditorium Taman Budaaaya Negeri Sembilan.

Tujuan : Persembahan kepada pelajar di sekolah-sekolah daerah  Seremban dan Festival Teater.

Anjuran : Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan.

Klik untuk besarkan gambar.

Laporan :

Pementasan teater komponen sastera SPM Puteri Li Po khusus untuk sekolah-sekolah daerah Seremban. Pementasan diadakan pada 21 Julai 2004. Sebanyak 6 buah daerah Seremban telah menghantar wakil untuk menonton. Manakala kami juga telah mengambil bahagian dalam Festival / Mani festasi teater peringkat Negeri Sembilan yang diadakan pada 24 Julai 2004. Dalam pertandingan ini kami mendapat tempat ketiga. Pelakon Dang Wangi menerima hadiah pelakon pembantu harapan.


Kelab Seni Budaya 2004 SMK Seri Ampangan.
Laman web ini telah dilancarkan pada 29 Julai 2004.
© 2004 - Semua hakcipta terpelihara.

LAMAN UTAMA  |  LATAR BELAKANG  |   AJK  |  LAPORAN  |   PERBELANJAAN  |  GAMBAR  |  VIDEO  |  HARAPAN

Hosted by www.Geocities.ws

1