|
|
Kavyan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor dan The Malaysia Book of Records sudah berjaya menganjurkan acara "Baca Cerpen Kavyan" iaitu acara membaca naskhah cerpen berterusan selama 96 jam 32 minit. Terima kasih kepada orang ramai (dan ramai orang!) yang sudi menjadi peserta. Terima kasih kepada semua pihak (walaupun tidak ramai) yang sudi menghulur bantuan dan sumbangan. Baca maklumat terkini mengenai Baca Cerpen Kavyan di www.bacacerpen.cjb.net atai klik pada sepanduk di atas. |
|
Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Kavyan 2004 akan diadakan pada 27 September 2003 di Shah Alam. Mana-mana ahli Kavyan yang ingin bertanding sila baca maklumat/panduan dengan teliti sebelum membuat keputusan. [Sila klik di sini] |
|
Tarikh tutup penyertaan pada 31 Disember 2003. Dapatkan syarat lengkap sayembara di laman www.sayembara.cjb.net atau klik pada sepanduk di atas.
|
|
Syarikat Maharanee yang digelar "Mahligai Sari" (Saree Palace) di 23 & 93 Jalan Tengku Kelana, Klang, Selangor menawarkan harga istimewa untuk semua barangan khusus untuk para pembaca Kavya. Tawaran istimewa ini sah dari 1 September hingga 31 Oktober 2003. Untuk mendapatkan diskaun Kavyan-Diwali, sila nyatakan bahawa saudara adalah pembaca surat berita Kavya. Atau lebih mudah jika saudara membawa rantai kunci (key chain) acara Baca Cerpen Kavyan. |
|
Pisang Emas Dibawa Berlayar Masak Sebiji Di Atas Peti Terima kasih kepada saudara kerana telah sudi menyebar luaskan maklumat mengenai Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading dan Baca Cerpen Kavyan kepada rakan-rakan dan kenalan. Hutang Emas Boleh Dibayar Hutang Budi Dibawa Mati |
|
Jangan ketinggalan mengetahui aktiviti dan perkembangan terbaru berkaitan Kavyan serta pelbagai maklumat untuk manfaat bersama. Daftarlah di www.ekavyan.cjb.net |
|
Terima Kasih Daun Keladi Terima kasih kepada semua pihak yang tidak lupa menjemput wakil dari Kavyan ke segala majlis dan acara yang dianjurkan. Tindakan pihak saudara membuktikan bahawa Kavyan diiktiraf akan kewibawaannya mewakili sasterawan kaum India di Malaysia. Pihak Kavyan akan berusaha memenuhi setiap undangan. Kalau Boleh Hendak Lagi |
|
Nandri! Ashwin Trading, 264A-266A Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur kerana menjadi penaja Sayembara Menulis Cerpen Kavyan-Ashwin Trading. Komitmen pihak tuan menyemarakkan semangat Kavyan. |
|
Apakah pandangan, komen, saranan dan kritikan saudara terhadap surat berita Kavya? Sudikanlah mengisi Buku Tetamu >>> |
|
Surat
berita Kavya diusahakan oleh Kavyan
mulai September 1999 untuk diedarkan
kepada para ahli secara percuma. Mulai Julai 2002, surat berita ini mula
dimuatkan di laman web. Kavya
bertujuan menyebar luaskan maklumat mengenai karyawan, sasterawan dan seniman di kalangan
kaum India di Malaysia; tanpa bernaung di bawah mana-mana parti politik atau
pertubuhan lain. Orang ramai digalakkan mengirim bahan yang sesuai untuk
dimuatkan dalam surat berita ini.
di
www.syarat.cjb.net
©
Karya: Para Penulis. Editor: Uthaya Sankar SB Tel: 013-3913278
E-mel: [email protected]
|
|