KARYAWAN IPS

                   Selamat Datang ke Laman Web Kami        

Sahara JaisRosnah RadinAbd Naddin ShaiddinRobby aDiana CT Khatizah Mohd DerinMohd Azrone SarabatinMarlenny Deen ErwanHasyuda AbadiRafidah MatasanJasni YakubOneh Latifah OsmanShuhaibun YussufDayang Salmah SalamAida ARJulius MokejalDg Zuraizah Pg FauziMaskunah Asir

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

 

 

 

 

 

 

 

 

Hasyuda Abadi

Shuhaibun Yussuf

Dg Salmah Salam

Abd Naddin Shaiddin

Oneh Latifah Osman

Jasni Yakub

Robby A.

Sahara Jais

Rosnah Radin

Muharsafa Kirana Bacho

Mohd Fuad Bebit

Mabulmaddin Shaiddin

R.A.M. Papar

Aida A.R.

Badri Haji Ahmad

Julius Mokejal

Mohd Azrone Sarabatin

Rafidah Matasan

Aida A.R.

Dg. Zuraizah Pg. Fauzi

Maslian Padih

Amisah Mahmud

Agus M

Masalmah Ahmad

Marlenny Deen Erwan

 

 

 

                                         

 

Karyawan IPS> Sajak > Shuhaibun Yussuf

 

 

s h u h a i b u n  y u s s u f @ p e n g e m b a r a

 

PENDUKUNG BUDAYA BANGSA

(hasyuda abadi)

 

Anakanda,

Keikhlasan kunjungan anda

bersama keluarga  dan rakan sebaya

pendukung budaya bangsa

bahasa ibunda tercinta

arkitek kepada pencipta sastera

tanpa membezakan darjat, kasta

adat istiadat berbagai kaum serta

kefahaman keyakinan kepercayaan 

beragama

karyawan muda mahu pun yang tua

atau remaja dan yang dewasa

itulah sebenar kegembiraan berharga

yang lebih mahal nilainya dari intan mutiara

 

sebagai salah seorang kembara

ketika dalam zaman remaja

menghadapi berbagai peristiwa 

merupakan perkara biasa

pernah merentas hutan rimba

pernah mengharung belukar dan belantara

ke bukit bukan turun paya

ke lembah perhimpunan manusia

ke perpustakaan negeri kita

demi kata lisan atau aksara

untuk bahan karya berbagai genre

menambah perbendaharaan kata

 

ini, di antara salah satu caranya

mencari bahan rujukan menyiapkan karya

yang baik dan sempurna

yang berjaya dan mempesona! 

 

Papar

2000

 @

 

 

MISTERI 

 

Dalam kamus terkini

agak suka dimengerti

atau difahami - dihayati

perkataan misteri

yang menyelubungi fana ini

meskipun para pengkaji

institusi pengajian tinggi

sama ada terdiri dari 

pakar astrologi

sebulat suara mendapati

bahawa erti misteri

sesuatu yang masih

belum dapat difahami

atau tidak dimengerti

segelintir penghuni

di mayapada luas ini

 

kerana perkataan misteri

adalah rahsia hati

amat sukar ditembusi

ia bak mekar pagi

baunya semerbak mewangi

tidak sesiapapun mengerti

terkecuali sepasang merpati

membisu menagih simpati

dari ibubapa dan Ilahi

agar adunan kasih diberkati!

 

Papar

2000

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

        

Hakcipta © 2003 Ikatan Penulis Sabah (IPS).  
Dikemaskini pada: 20 May 2003 02:01:34 AM .
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1