KARYAWAN IPS

                   Selamat Datang ke Laman Web Kami        

Sahara JaisRosnah RadinAbd Naddin ShaiddinRobby aDiana CT Khatizah Mohd DerinMohd Azrone SarabatinMarlenny Deen ErwanHasyuda AbadiRafidah MatasanJasni YakubOneh Latifah OsmanShuhaibun YussufDayang Salmah SalamAida ARJulius MokejalDg Zuraizah Pg FauziMaskunah Asir

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

 

 

 

 

 

 

 

 

Hasyuda Abadi

Shuhaibun Yussuf

Dg Salmah Salam

Abd Naddin Shaiddin

Oneh Latifah Osman

Jasni Yakub

Robby A.

Sahara Jais

Rosnah Radin

Muharsafa Kirana Bacho

Mohd Fuad Bebit

Mabulmaddin Shaiddin

R.A.M. Papar

Aida A.R.

Badri Haji Ahmad

Julius Mokejal

Mohd Azrone Sarabatin

Rafidah Matasan

Aida A.R.

Dg. Zuraizah Pg. Fauzi

Maslian Padih

Amisah Mahmud

Agus M

Masalmah Ahmad

Marlenny Deen Erwan

 

 

 

                                         

 

Karyawan IPS> Sajak > Sahara Jais

 

 

s a h a r a  j a i s

 

DI ANTARA TAMAN-TAMAN SUFI (2)

 

Tatkala hijab taman asrar-Mu terkuak

lembut pesona hidayah-Mu mempersilakan masuk 

gementar kerdilkn menyusun santun

sujud di hadapan-Mu

 

Demikianlah, setiap bisik gemersik kasih-Mu

larutnya menyusur salju ke ritma atma

akupun istilam dalam mistik kebenaran cinta-Mu

 

Inilah taman takwa

yang diteguhkan oleh halwa iman

inilah taman nasuha

yang diikrarkan oleh takdis insaf

inilah taman cinta

yang dimahligaikan oleh asyik tsbih

inilah taman rindu

yang diteduhkan oleh takjub takbir

inilah taman munajat

yang dirimbunkan oleh syahdu bicara

inilah taman cahaya, inilah taman rahmat

yang dipayungi oleh Arash-Mu

Illahi rabbi

kupinta izin-Mu untuk terus mengakrabi

di antara taman-taman sufi-Mu

sungguh!

 

 

   

 

 

INSAN KEHILANGAN

 

Di hadapanku kini tersergam kota batu bata

yang rakus menebarkan jalan hanyirnya ke pelusuk

lautan kehidupan

menyesakkan nafas, melemaskan jasad, 

merimaskan rohani

dan memedihkan mata

aneh!

sememangnya aneh

kota yang dibangunkan oleh keringat moyang

kota yang didirikan oleh bunga kecintaan

kota yang didenyutkan oleh semarak kemerdekaan

kota yang dituguhkan oleh pejal kenangan sejarah

sedang lara mengharungi mimpi ngeri yang bepanjangan

sedang nazak mendepani kepincangan umat!

Ilahi, apakah ini petanda penghujung zaman

insan hilang kepribadian kerana mengejar kekayaan

insan hilang persaudaraan kerana hanyut menurut sungai kesibukan

insan hilang kasih sayang kerana suburnya benih kebencian

insan hilang ketakwaan kerana meneguh madu taufan

insan hilang pertimbangan kerana menjunjung hawa nafsu

insan hilang keikhlasan kerana menghirup minuman riak

insan hilang kesantunan kerana gugurnya akhzar akhlak

insan hilangan kesabaran kerana hangatnya api haloba

insan hilang keinsanan kerana lazatnya halwa duniwai

Ilahi, di bawah riayah-Mu aku sujud

mengikrarkan cinta memohon perlindungan

dari segala kemurkaan-Mu.

 

1999

 

 @

 

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

        

Hakcipta © 2003 Ikatan Penulis Sabah (IPS).  
Dikemaskini pada: 20 May 2003 02:01:34 AM .
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1