KARYAWAN IPS

                   Selamat Datang ke Laman Web Kami        

Sahara JaisRosnah RadinAbd Naddin ShaiddinRobby aDiana CT Khatizah Mohd DerinMohd Azrone SarabatinMarlenny Deen ErwanHasyuda AbadiRafidah MatasanJasni YakubOneh Latifah OsmanShuhaibun YussufDayang Salmah SalamAida ARJulius MokejalDg Zuraizah Pg FauziMaskunah Asir

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

 

 

 

 

 

 

 

 

Hasyuda Abadi

Shuhaibun Yussuf

Dg Salmah Salam

Abd Naddin Shaiddin

Oneh Latifah Osman

Jasni Yakub

Robby A.

Sahara Jais

Rosnah Radin

Muharsafa Kirana Bacho

Mohd Fuad Bebit

Mabulmaddin Shaiddin

R.A.M. Papar

Aida A.R.

Badri Haji Ahmad

Julius Mokejal

Mohd Azrone Sarabatin

Rafidah Matasan

Aida A.R.

Dg. Zuraizah Pg. Fauzi

Maslian Padih

Amisah Mahmud

Agus M

Masalmah Ahmad

Marlenny Deen Erwan

 

 

 

                                         

 

Karyawan IPS> Sajak > Maslian Padih

 

 

m a s l i a n  p a d i h

 

JALAN PULANG

 

Kugapai mahkota cintanya

tika diriku di dasar sedar

kucapai nilai rindu kasihnya

tidak diriku mengenal amal

kugenggam tali perjuangannya

tika dioriku disapa takwa

dan menghuni jendela hatinya

mengutip khazanah mutiara

yang bersinar dalam benar

bergetar dalam samar

dalam gua kejahilan.

 

Namun tanganku sering terlewat

berpaut di dedaun iman

yang berpusar dalam gelombang

dan rebahku masih di kaki pagi

menyelak tabir kesabaran

walau tersunkur di dada senja

akan kubangkit bersama obor malam

menyusuri kilauan pelita sabda

seiring dengan nur firman-Nya. 

 

 

 

 

 

 

 @

 

PELANGI WAKTU

 

Sewaktu tangisnya menjenguk dunia

bersama putihnya ceria wajah

merangkak mentafsir pelangi diri

sehingga tercorak jejalur kusam

di dedaun waktu

dan denai yang berbatu hitam

melekat di telapak kakinya

 

Lalu ingin melapah derita

mahu meratah sengsara

mahu menelan bahagia

mahu memperkosa perintah

dan mahu merampas dunia

 

Ketika runtuhan usia 

meleraikan ceria

terlontar dirinya di gelombang senja

 

Lalu ingin menggenggam kata

sujud di halaman nasuha

sedang takdir tersenyum di pintu rumah

membentang hamparan restu

perjalanan ke taman kemboja

bersama resah tanpa suara.

 

(Dipetik dari Antologi Puisi Cahaya, 2000)

 

5

 

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

        

Hakcipta © 2003 Ikatan Penulis Sabah (IPS).  
Dikemaskini pada: 20 May 2003 02:01:34 AM .
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1