KARYAWAN IPS

                   Selamat Datang ke Laman Web Kami        

Sahara JaisRosnah RadinAbd Naddin ShaiddinRobby aDiana CT Khatizah Mohd DerinMohd Azrone SarabatinMarlenny Deen ErwanHasyuda AbadiRafidah MatasanJasni YakubOneh Latifah OsmanShuhaibun YussufDayang Salmah SalamAida ARJulius MokejalDg Zuraizah Pg FauziMaskunah Asir

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

 

 

 

 

 

 

 

 

Hasyuda Abadi

Shuhaibun Yussuf

Dg Salmah Salam

Abd Naddin Shaiddin

Oneh Latifah Osman

Jasni Yakub

Robby A.

Sahara Jais

Rosnah Radin

Muharsafa Kirana Bacho

Mohd Fuad Bebit

Mabulmaddin Shaiddin

R.A.M. Papar

Aida A.R.

Badri Haji Ahmad

Julius Mokejal

Mohd Azrone Sarabatin

Rafidah Matasan

Aida A.R.

Dg. Zuraizah Pg. Fauzi

Maslian Padih

Amisah Mahmud

Agus M

Masalmah Ahmad

Marlenny Deen Erwan

 

 

 

                                         

 

Karyawan IPS> Sajak > Marlenny Deen Erwan

 

 

m e r l e n n y   d e e n   e r w a n

 

SIRATAL MUSTAQIM

 

Berpaling dari garis iman

menadah palsu satu kebenaran

menyisih dari pegangan

melerasi simpul takwa

 

Bebas dan tertawa

bebas dan tertawa

seketika hampir senja ke diri

ke mana lari

kelmari tiada lagi

bahkan esok yang tiba

bakal menyuapmu suatu rasa

tentang segala-galanya

untuk selama-lamanya

 

Insan

kembalilah kembalikah ke garis itu

teguhkan pegangan  ucapkanlah kalimahmu

tanda kau beriman tundukkanlah seluruh kudratmu

Tuhanmu ada di hadapan.

 

Kota Kinabalu

Julai 1993

 

PERISTIWA AKHIR ZAMAN

 

Yang menciptakan langit dan bumi

indah bulan untik galaksi

rahmat hujan sinar mentari

perempuan-perempuan, lelaki-lelaki

adakah dia dikenali?

 

Manusia

tertawa ketika gembira

menyelam ke lubuk alpa

tenggelam di laut punca

goyah iman runtuh agama

 

Terdahulu

penah berbahagia bangsa syaitan

melihat kaum Nuh karam

juga Firaun hilang pegangan

 

   @

 

 

 

 

Merlenny Deen Erwan

 

Terkini

bangsa syaitan kian gemilang

insan masih terus berdendam

ke akhir zaman ghairah berperang

kemajuan adalah segala-galanya

agama bilang tanpa warisnya

 

Inilah kisahnya manusia

nikmat yang dikurnia

disyukuri segali tiada

sedang bencana sekecil menimpa

hampir mati raung ratapnya

 

Memang sukar meyakini

suatu yang ghaib dan azali

tapi selalu jawapan ditemui

engkaulah insan yang paling tenang

 

Tuhan

kelak muncul zaman gemilang

umat-Mu pasti faham

itulah tanda pengkahir zaman

seperti yang pernah Engkau janjikan.

 

Kota Kinabalu.

Julai 1993

 

 

(Dipetik dari Antologi Kiswah Rindu, 1993)

 

5

 

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

        

Hakcipta © 2003 Ikatan Penulis Sabah (IPS).  
Dikemaskini pada: 20 May 2003 02:01:34 AM .
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1