KARYAWAN IPS

                   Selamat Datang ke Laman Web Kami        

Sahara JaisRosnah RadinAbd Naddin ShaiddinRobby aDiana CT Khatizah Mohd DerinMohd Azrone SarabatinMarlenny Deen ErwanHasyuda AbadiRafidah MatasanJasni YakubOneh Latifah OsmanShuhaibun YussufDayang Salmah SalamAida ARJulius MokejalDg Zuraizah Pg FauziMaskunah Asir

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

 

 

 

 

 

 

 

 

Hasyuda Abadi

Shuhaibun Yussuf

Dg Salmah Salam

Abd Naddin Shaiddin

Oneh Latifah Osman

Jasni Yakub

Robby A.

Sahara Jais

Rosnah Radin

Muharsafa Kirana Bacho

Mohd Fuad Bebit

Mabulmaddin Shaiddin

R.A.M. Papar

Aida A.R.

Badri Haji Ahmad

Julius Mokejal

Mohd Azrone Sarabatin

Rafidah Matasan

Aida A.R.

Dg. Zuraizah Pg. Fauzi

Maslian Padih

Amisah Mahmud

Agus M

Masalmah Ahmad

Marlenny Deen Erwan

 

 

 

                                         

 

Karyawan IPS> Sajak > Badri Haji Ahmad

 

 

b a d r i  h a j i  a h m a d

 

MENCARI RAHSIA YANG HILANG

 

Di alam itu entah telah berapa abad waktunya

sekaliannya tak pernah berhenti melabuhkan kasih

menatapi zat kehidupan-Mu

Tuhanku

di alam ini segala zikir dan puja

adalah sebenarnya

ketaat yang paling mutlak

 

Rahsia-Mu menagih suatu pertanyaan

ketika telah kau tutup tirai-Mu

dengan rahsia ciptaan Sajaratul Mutaqin

perintah-Mu hanya menentukan wujudku

dengan segala pemberian kasih-Mu

telah Kau berikan memenuhi rahsia

suatu kehidupan

 

Wujud aku di alam kenyataan ini

setelah terlupa pada rahsia keindahan-Mu

sementara masih terkenang pada segala kemuliaan

pemberian-Mu segalanya tertulis

di keindahan Loh Mahfuz

 

Aku ingin kembali mengingati perjanjian

sebelum roh menempati jasad

tentang pengakuan keesaan-Mu

tersimpul dalam makna kata yang mencari erti

tersimpan dalam kalimah tauhid

Rububiyah

Uluhiyah

 

   @

 

 

 

Menatapi cermin diri

bintik-bintik hitam menutupi tujuh Latifah

dan adalah benteng paling pejal menutupi segala

kebenaran hakikat

semuanya akan sirna dan lahir cahaya paling murni

kembali aku mengenali diri

 

Mencarimu setelah aku terpisah jauh

terasa amat payah menghujam diri di alam batini

berdiri aku di ambang pintu syariat-Mu

selangkah aku hadir merenungi hakikat-Mu

 

Lalu aku hanyut rindu bertasbih dalam tarekat-Mu

dan makrifat menyatukan kita di puncak segalanya

senyuman kita bersatu di titik pertemuan

dan kita bicara dalam rahsia

pertemuan ini mengembalikan rahsia yang hilang

Engkau memberikan kebenaran dalam kalimah sudi

La Ilaha Illahllah

Muhammad Rasulullah

 

Kata-Mu

di sinilah tersimpan segala rahsia

 

LPPB, Kota Kinabalu.

23 Julai 1993

 

 

(Dipetik dari Antologi Kiswah Rindu, 1993)

 

 

 

5

 

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

        

Hakcipta © 2003 Ikatan Penulis Sabah (IPS).  
Dikemaskini pada: 20 May 2003 02:01:34 AM .
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1