KARYAWAN IPS

                   Selamat Datang ke Laman Web Kami        

Sahara JaisRosnah RadinAbd Naddin ShaiddinRobby aDiana CT Khatizah Mohd DerinMohd Azrone SarabatinMarlenny Deen ErwanHasyuda AbadiRafidah MatasanJasni YakubOneh Latifah OsmanShuhaibun YussufDayang Salmah SalamAida ARJulius MokejalDg Zuraizah Pg FauziMaskunah Asir

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

 

 

 

 

 

 

 

 

Hasyuda Abadi

Shuhaibun Yussuf

Dg Salmah Salam

Abd Naddin Shaiddin

Oneh Latifah Osman

Jasni Yakub

Robby A.

Sahara Jais

Rosnah Radin

Muharsafa Kirana Bacho

Mohd Fuad Bebit

Mabulmaddin Shaiddin

R.A.M. Papar

Aida A.R.

Badri Haji Ahmad

Julius Mokejal

Mohd Azrone Sarabatin

Rafidah Matasan

Aida A.R.

Dg. Zuraizah Pg. Fauzi

Maslian Padih

Amisah Mahmud

Agus M

Masalmah Ahmad

Marlenny Deen Erwan

 

 

 

                                         

 

Karyawan IPS> Sajak > Agus M.

 

 

a g u s  m.

 

W A R G A  D E S A K U

 

Di bumi yang tanah basah sesudah hujan melimpah

beburung bernyanyi  pilu di perahu yang gersang

tersentuh jiwaku melihat sawah kaku dilupa tuan

padi tanpa menuai musim dan sungai mengalir sampah

paya bakau ditimbus pupus benih ikan tertuba

asid kilang menyapa sumpah nelayan tua.

Lihatlah! Aduhai cintaku

anak warga yang pernah mengalir keringatnya

di bawah payung matahari menjilat umbun

berkasut hanyir lumpur sawah bendangmu.

Lihatlah! Olehmu

warga yang tersimpuh di teratak gelisah

membilang hari meniti arus zaman

tersandung aibnya bila jejak-jejak kaki berpagar besi

bertandang ke pantai di kiri duri dan kanan bara

memenjara kehidupan tradisi

sedang mereka di anjung sana

melunjur pesta rakus memeta ceruk desa

menghampr kehijauan perladangan golf

memacak aras hotel berbintang lima

merimbun taman industri memekar kepulan asap

mencorak wajah desaku yang tercinta. 

 

   

 

 

 

 

Aduhai! Warga desaku

teguhkan semangat waja menyusur arus waktu

waktunya telah tiba untuk kita berangkat

meninggalkan halaman tradisi

tanpa membenarkan peribadi tersentuh

oleh taufan yang melanda warisan moyangmu.

Aduhai! Warga desaku

segakkan maruah bangsamu

dalam derap langkah bersama berlagu mengikut irama

senada membina jati diri melepaskan mantera

minda dan lidah dari ketajaman belati pusaka

kita bukan meminta hati nyamuk tujuh dulang

air mata tujuh tempayan dan titian emas sebagai hantaran

tetapi harga kepada kehidupan tradisi

yang lemas dalam arus pembangunan

dan jiwa yang gundah dalam ledakan peluru kemajuan.

Aduhai! Warga desaku

pancaklah tutur silatmu mengikut paluan gendang

bukan membenih dendam membara

atau cacian kebencian

menunding jari menyemai sengketa sesama kita

kerana di depanmu saujana pandang perlumbaan

zaman menguji kecekapan minda

memperkasa keberanian melangkah

mencanang wawasan desa gemilang warisan berzaman

hadiahmu kepada kelahiran generasi akan datang.

 

 @

 

Muka Depan | Sajak | Cerpen | Esei | Pantun | Pautan | Hubungi Kami

        

Hakcipta © 2003 Ikatan Penulis Sabah (IPS).  
Dikemaskini pada: 20 May 2003 02:01:34 AM .
Webmaster
Hosted by www.Geocities.ws

1