SELAMAT DATANG

MEMORI PTMP & JTMP

"MUZIUM MAKMAL ANDA"

 

PENGENALAN
PENGURUSAN
SEJARAH
KEJAYAAN
BATCH
KOLEJ
ASRAMA
PENTADBIRAN
PESARA
KENANGAN
KESATUAN
PERSATUAN
CAPAIAN
  Free track counters
Lovely Counter
  Free track counters
Lovely Counter
Sejarah perkhidmatan Juruteknologi Makmal Perubatan bermula seawal tahun 1900 sewaktu penubuhan Institut Penyelidikan Perubatan dengan seorang (1) penjawat yang bergelar Pembantu Makmal. Pada Tahun 1911 tiga (3) orang lagi telah dilantik mengisi jawatan tersebut, dan seterusnya pada tahun 1920 pengisian jawatan terus meningkat kepada tujuh (7), 24 pada tahun 1953, dan 125 pada tahun 1959 mengikut peningkatan perkhidmatan.

Pada peringkat awal, perkhidmatan makmal hanya tertumpu kepada Makmal Kajikuman, Kimiahayat, Kajidarah, Kaji Tisu dan Parasit. Manakala anggota yang dilantik diberi latihan berbentuk in-service training selama tiga tahun.

Pada tahun 1968, Sekolah Teknologi Makmal Perubatan (kini dinaik taraf sebagai Kolej Teknologi Makmal Perubatan) ditubuhkan bagi melahirkan lebih ramai Pembantu Makmal. Pada tahun 1976 nama jawatan Pembantu Makmal telah ditukar kepada Juruteknologi Makmal Perubatan dengan menawarkan latihan secara Polyvalent MLT Full Training selama tiga (3) tahun. Pelatih yang lulus dianugerahkan Sijil Teknologi Makmal Perubatan dan layak untuk dilantik ke Jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan terlatih. Pada tahun 1991, program latihan Sijil Teknologi Makmal Perubatan telah dinaik taraf kepada program diploma seiring dengan perkembangan perkhidmatan patologi dan keperluan Juruteknologi Makmal Perubatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Bilangan terkini JTMP di KKM adalah seramai 6,721 orang yang terdiri dari pelbagai gred dari gred lantikan pertama U29 sehingga gred kenaikan pangkat U32, U36, U38 dan U40. Pengagihan dan penempatan penjawat dilakukan mengikut keperluan disiplin perkhidmatan makmal diseluruh Negara.

 

copy paste dari garis panduan JTMP BSKB

 

Untuk sumbangan gambar dan maklumat, sila klik pada halaman PENGURUSAN untuk menghubungi admin halaman.