SELAMAT DATANG

MEMORI PTMP & JTMP

"MUZIUM MAKMAL ANDA"

PENGENALAN
PENGURUSAN
SEJARAH
KEJAYAAN
BATCH
KOLEJ
ASRAMA
PENTADBIRAN
PESARA
KENANGAN
KESATUAN
PERSATUAN
CAPAIAN
  Free track counters
Lovely Counter
  Free track counters
Lovely Counter
Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) adalah profesion yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di fasiliti-fasiliti seperti Jabatan Patologi hospital, makmal klinik kesihatan dan institusi-institusi KKM antaranya Pusat Darah Negara, Institut Penyelidikan Perubatan serta Makmal Kesihatan Awam.

Profesion JTMP berada di dalam kumpulan pelaksana Skim Perkhidmatan Awam. Skim perkhidmatan JTMP diletakkan di bawah klasifi kasi perkhidmatan perubatan dengan kod U. Skim ini bermula dengan gred U29 sehingga U40. Syarat lantikan ke gred U29 ialah Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan. Fungsi utama profesión JTMP adalah menjalankan ujian-ujian diagnostik di makmal-makmal Jabatan Patologi hospital dan makmal klinik kesihatan awam bagi menghasilkan keputusan ujian yang membantu pegawai perubatan membuat diagnosis terhadap sesuatu penyakit. Ujian diagnostik ini dilakukan ke atas pelbagai jenis sampel seperti darah, urin, cecair badan, tinja (stool) dan sampel tisu yang bergantung kepada bidang perkhidmatan dan displin di makmal patologi. Disamping menjalankan ujian diagnostik di hospital dan makmal klinik kesihatan, JTMP juga menjalankan tugasan di institusi lain di KKM antaranya Makmal Kesihatan Awam, Pusat Darah Negara dan Institut Penyelidikan Perubatan.

 

copy paste dari garis panduan jtmp BSKB

 

Untuk sumbangan gambar dan maklumat, sila klik pada halaman PENGURUSAN untuk menghubungi admin halaman.