Organisasi Aktiviti 991 SPI
 
Kenali Pertahanan Awam. Ianya Sebahagian Dari Hidup Anda... Nyawa Yang Amat Bernilai Dapat Dipelihara Dan Diselamatkan Jika Anda Sebahagian Daripadanya.
 
 
.: VISI :.
Untuk menjadikan program Pertahanan Awam suatu agenda negara bagi keselamatan rakyat.
.: MISI :.
Menyebar dan mendidik rakyat mengenai langkah-langkah keselamatan diri sepanjang masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana.
.: OBJEKTIF :.
Untuk mengadakan langkah-langkah pertahanan awam dan perkhidmatan bantuan kecemasan bagi mengurangkan kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh bencana atau akibat tindakan musuh demi mewujudkan keselamatan yang menjamin kesejahteraan untuk pembangunan negara yang berterusan



KEMENTERIAN DALAM NEGERI

ANDA BERJASA NEGARA SEJAHTERA
Bilik Operasi 991 Pertahanan Awam Melaka
SEJARAH JPA3 MELAKA
Jabatan Pertahan Awam Melaka telah ditubuhkan pada 18 Oktober 1964

Semenjak dari penubuhan tersebut hingga ke hari ini, Pertahanan Awam Melaka telah berpindah pejabat seperti berikut :

  • Bangunan Stadhuys Melaka (1964-1965)
  • Lot 141-142 Tengkera (1964-1970)
  • No. C 4677, Klebang Besar (1970-1975)
  • Balai Bomba lama, Jalan Banda Kaba Melaka (1976 -1979
  • Tingkat 6, Wisma Persekutuan Jalan Hang Tuah Mall Melaka (1979 - 2004)
.: STRATEGI :.

Menubuhkan Angkatan Pertahanan Awam yang mahir, cekap dan berdisiplin serta dilengkapi dengan peralatan moden yang sesuai untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

Melatih dan mendidik orang ramai (rakyat) mengenai program Pertahanan Awam itu sendiri dan tanggungjawab mereka terhadap program tersebut.


.: FUNGSI :.
1.
Menggubal dasar-dasar yang sesuai mengenai Pertahanan Awam.
2.
Mengelola dan menyenggara Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan sokongan dan logistik yang memadai
3.
Melatih dan mendidik orang ramai mengenai Pertahanan Awam supaya mereka dapat menerima dan memberi tindakbalas yang sewajarnya kepada program yang penting bagi keselamatan diri mereka
4.
Menggubal dan menyusun jenis latihan-latihan yang sesuai bagi Angakatan Pertahanan Awam mengikut keadaan semasa.
5.
Menyediakan khidmat bantuan kecemasan dan talian kecemasan 991 di seluruh negara.
6.
Melakukan tugas-tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan kemalangan di seluruh dunia.

.: NILAI DAN TERAS :.
CEKAP DAN TEPAT
BERDISIPLIN DAN BERTANGGUNGJAWAB
KERJA BERPASUKAN
BERKHIDMAT DENGAN IKHLAS
| Laman Utama | Pengenalan | Organisasi | Aktiviti | 991 | SPI |
| Baca Buku Tetamu | Tulis Buku Tetamu |
| Kementerian Dalam Negeri | Laman Rasmi JPA 3 | Negeri Melaka | Pendaftaran |
Copyright © 2004 JPA3 Negeri Melaka. All rights reserved.
 
Hosted by www.Geocities.ws

1